Monday, October 12, 2009

Program Sandaran Berinformasi Dan Penanda Aras Staf Sokongan PKG Johor 05 - 08 Oktober, 2009 Di BTPN Terengganu..

Salam.. Buat rakan2 semua..
Hari nie baru aku sempat pos pic masa kat terengganu...
Program Sandaran Berinformasi dan Penanda Aras Staf Sokongan PKG Johor ke BTPN Terengganu...
Hari isnin kami memulakan perjalanan ke Terengganu. Aku tunggu kawan2 dari JB di PKG Segamat Baru. Lepas makan tengahari kami bertolak ke Kuantan pada jam 12 tenghari..
Kami berhenti rehat di Kemaman untuk makan Sata, keropok lekor dan berehat pada jam 3.30 petang.. perjalanan yang lancar.. Alhamdulillah.. cuma aku bosan sikit sebab tak dapat nak tido.. diorg berkaraoke dalam bas.. mata ngantok.. tapi dengar suara2 sumbang yang nyanyi.. terus tak bleh tido.. naik pening lak kepala aku.. hehehe...
Selepas Kemaman kami berhenti di sebuah Masjid di (aku tak ingat kg apa.. tapi ada perkataan Meraga kat belakangnya)..
Kami solat Jamak zohor dan asar.. sebelum meneruskan perjalanan ke Marang..
Sampai di BTPN Terengganu yang terletak di Marang pada jam 7.00 malam. Selepas mandi dan solat Maghrib, kami ke Kafetaria untuk makan malam. Hujan turun lebat sangat.. Sebenarnya ada banyak gambar tapi masih pada jurufoto rasmi.. dia tak email lagi..
Malam tu.. lepas makan kami keluar ke Mydin Terengganu tuk membeli barang keperluan.. Aku tak beli apa2 pun.. tak de selera nak shopping.. sebab dalam kepala aku hanya terbayang Pasar Payang n Kain Sutera.. hehehe..

Kami pergi ke Pasar Payang pada hari ke3 berada di Terengganu.. Aku dapat beli 2 pasang sutera (yg aku idam-idamkan) Dapat belikan mak n anak2 baju dan dapat juga belikan akak2 aku baju kaftan seorg sehelai... Sbenarnya bukan apa.. shoppingkan acara wajib kalau berjalan kemana2 pun.... ilang semua stress bila dapat membeli.. walaupun kopak duit... hehehe.. sesekali je aku beli sutera nie.. tak sempat nak amik gambar sebab aku dah anta kedai tuk tempahan.. tak sabar nak pakai.. hehehe... Selain Pasar Payang.. kami dibawa ke Desa Murni.. sebuah pasaraya yang menjual baju sutera, tudung, kain ela, kain batik n pelikat dan macam2 lagi.. Harganya murah.. bolehlah.. aku pun beli kain batik n pelikat. Tudung tuk mak aku.. Atleast ada gak buah tangan tuk family aku...

Aiskrim Goreng di Pantai Batu Buruk.. sedap...

Bergambar beramai2 di PKG Bukit Payung.

Di PKG Segamat bersama sarimah dan akak zah..
posing dulu sebelum naik bas untuk ke Terengganu..

Aku duduk bersama kak zah dalam bas...

Pada hari pertama.. selepas melawat disekitar BTPN Terengganu..
kami ke Muzium Negeri Terengganu.. Macam2 ada.. Muzium yang cantik dan menarik..
Berhadapan dengan Muzium Negeri... ialah Taman Tamadun Islam dan juga Masjid Kristal..
Aku betul2 teruja sebab dapat ke Masjid nie.. dapat solat lagi kat dalamnya.. Alhamdulillah...
Nanti ada rezeki lebih.. nak bawa anak2 n mak kesini plak..

Minum air Gelas Besar.. Ada 3 saiz gelas.. murah2 je...


Dihadapan PKG Tok Jiring... Posing sebelum masuk gua buatan..

Dalam gua.. steady je rimau tu aku diri sebelah dia...



Kami bertolak balik ke Johor pada pagi Khamis 8 Oktober, 2009 jam 8.30 pagi.. Sedih plak nak balik tapi kat mata aku dah terbayang wajah anak2 n mak.. rindu sangat dengan diaorg...
Kami singgah dibeberapa tempat.. antaranya.. Kawasan jualan lemang, Kemaman untuk beli keropok dan akhir sekali kami makan tengahari di BTPN Pahang yang terletak di Beserah, Kuantan.
Selepas solat Zohor kami bertolak balik dan aku sampai di Segamat pada jam 5.00 petang..Banyak betul aku shopping sampai penuh keta.. hehehe.. tiba kat umah.. Dani dah melompat2 bila nampak aku... Syukur kami semua selamat sampai umah... Penat.. tapi puas...
Wsalam...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails