Wednesday, August 19, 2009

Bowling...

Assalammualaikum....
Selasa.. 18 Ogos, 2009..
Majlis Daerah Ledang telah menganjurkan Pertandingan Bowling Jemputan Sempena Hari Kebangsaan Yang Ke 52 Tahun 2009, Peringkat Daerah Ledang.
Mukdimah je tu... hehehe.. Khamis lepas cikgu Reza telefon aku. Dia ajak aku join Pej. Pendidikan Daerah Ledang untuk sertai pertandingan tu.. Aku on je.. memang dah lama gak aku tak pegang bola bowling. Saja je nak tunjuk skill.. hehehe.. bukan pandai main sangat pun...
Dalam kumpulan aku ada 5 orang, 4 lelaki dan 1 ppuan (akulah tu)
Sebenarnya aku tak praktis apa pun.. jadi aku pegi untuk memenuhi korum.. Masa sampai kat Mahkota Parade Melaka jam 7.30 malam aku berdebar2. Tengok lawan2 hebat2 belaka.. Aku dah kecut perut. Maklumlah.. tak berlatih apa pun...


Dari kiri... Cikgu Zainal, Cikgu Shukur, Aku, Cikgu Azrun dan Cikgu Reza..


Pertandingan berakhir dalam pukul 11.00 malam. Sebab dah lama tak main.. aku kepenatan. Ada juga dapat strike.. tapi perfomance aku hancur... tak penah aku main teruk camtu..
Tapi apapun.. kami tetap dapat tempat ke-2. Kumpulan kitaorg terkejut sangat.. tapi Alhamdulillah.. atleast ada gak tempat.
Cikgu Zainal dapat tempat ke2 kategori individu lelaki dan cikgu Azrun dapat tempat ke3.
Aku sampai kat rumah kul 1.30 pagi.. kepenatan.. ngantok.... sampai kat umah.. tengok anak2 dah tido.. cian diaorg...
Apapun.. aku enjoy gan game tu.. nampaknya aku kena praktis lagi.. bak kata omputeh.. PRACTISE MAKE PERFECT.....


1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails