Thursday, November 17, 2011

UPSR 2011

Keputusan dah keluar..

Aku guna jalan belakang nak tau keputusan Lyana.

Itulah gunanya kalau kita berbaik-baik dengan guru-guru dan kakitangan sekolah. Yelah, mungkin kerana aku kerja kat sekolah.. jadi sebab itulah aku boleh mesra dan rapat dengan mereka.

Balik je Guru Besar dari PPD.. Keputusan Lyana dah sampai ke pengetahuan aku.

2A 3B.. Aku tak hampa cuma kesiankan dia. Dia dah penat belajar. Ya.. dia tak sepandai Adib.. dia tak sepandai anak2 rakan2 aku yang lain. Tapi dia dah berusaha sehabis mungkin. Aku tetap bersyukur. Aku tetap gembira kerana dia tak de C atau D.. jauh sekali E...

Dia tetap membanggakan aku. Dia tetap membuatkan aku bahagia.. kerana dia cahaya hidup aku..

Lyana... tahniah sayang.. umie sayangkan kakak... berapa pun keputusan yang kakak dapat.. umie tetap berada disisi kakak..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails