Wednesday, September 7, 2011

Kisah Hati

Macam mana aku nak bahagia??

Macam mana aku nak cari suami??

Macam mana aku nak hidup tenang??

Aku tau kenapa aku jadi macam nie.. Sebab aku rasakan hati aku nie busuk sangat.

Kenapa agaknya aku terlalu sibuk memikirkan hal-hal orang lain??

Kenapa aku terlalu pedulikan apa yang sebenarnya tak berlaku pada aku tapi sebenarnya aku keterlaluan menyatakan yang perkara-perkara itu akan, sedang dan pernah berlaku?

Kenapa busuk sangat hati aku nie?? Itulah masalah aku..

Aku cemburu dengan orang yang bahagia disekeliling aku sedangkan aku bukan tak boleh bahagia dengan cara aku sendiri.

Aku selalu mempersoalkan kenapa rakan aku yang lain yang berstatus sama seperti aku terlalu senang mendapat pengganti sedangkan aku payah sangat nak lekat dengan mana-mana lelaki pun.

Kenapa aku susah nak kemana-mana sedangkan aku bukan tak punya kereta bukan tak punya duit?

Semuanya kerana hati aku.. aku mengaku.. hati aku kotor.. Satu pengakuan nie.. itulah kesilapan besar aku.

Aku perlu membersihkan hati aku.. aku kena jadi lebih redha sebenarnya.. aku kena betul-betul tegas untuk tidak memikirkan perkara yang bukan-bukan.

Jangan peduli kan hal orang. Jangan dok sibuk ambil tahu hal orang lain. Biarlah mereka dengan kehidupan mereka. Aku perlu teruskan kehidupan aku. Gembirakan hati aku sendiri.. bersihkan hati aku.. tumpukan perhatian pada anak-anak. Lupakan dulu soal jodoh atau teman hidup.

Aku pasti jika hati aku bersih tak berkarat seperti sekarang tentu Allah akan lebih mempermudahkan jalan hidup aku.

Insya Allah... - usaha tangga kejayaan..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails