Thursday, March 11, 2010

Wake Up Call... 9 Mac, 2010

Assalammualaikum....

Syukur keHadrat Illahi kerana masih memberi aku peluang untuk menghirup udara, menikmati keindahan hidup di bumiNya nie..
Eemm... aku tak tau dari mana harus aku mulakan kisah aku kali nie...
apa yg aku pasti.. aku rasa seperti mati hidup semula...
OK.. aku tak emo pagi2 nie...

9 Mac, 2010.. tarikh keramat dalam hidup aku. Malam Selasa.. aku dah plan nak tengok The Biggset Loser Asia Final yang akan bermula jam 9.00 malam. Tapi dalam masa yg sama aku terpaksa (terpaksa sebab sebelum nie aku memang jarang bawa balik keje opis kat umah) mengEDIT kertas kerja yang dibuat oleh Guru2 peserta Bengkel yang dianjurkan oleh Pejabat aku.
Jam 8 malam aku bawa Lyana ke Klinik.. Dia sakit lidah.. susah nak makan.. balik dari Klinik.. aku pun mulakan tugas aku. Hujan dah mula turun.. sesekali ada juga kilat dan guruh.. Mak aku dah sound.. tutup semua suis.. yelah.. takut kilat dan petir..


Hati aku tak sedap.. tapi aku teruskan juga menaip.. klu tak kerana benda Urgent.. memang aku tak akan buat dalam keadaan cuaca yg buruk macam tu..
Malang tak berbau.. sedang sibuk menaip.. aku dikejutkan dengan Petir dan Guruh yang amat.. amat.. amat kuat.. Petir tu menyambar main box suis umah aku.. dan yang teruk sekali.. ia juga menyambar ke Laptop aku.. aku terkena renjatan elekrtik.. Seingat aku.. aku menjerit kesakitan.. jeritan yang aku sendiri tak sangka akan aku lakukan.. Badan aku tertolak kebelakang dan terbaring..
Aku tak berapa ingat apa yg berlaku kerana pada masa tu pandangan aku memang gelap.. dalam beberapa saat.. aku dengar suara Wawa, akak ana.. akak ana tanya.. aku kena kejutan elektrik ke.. aku mengerang..
ya.. aku kena kejutan elektrik.. bahagian badan sebelah kiri aku kebas..
Bila aku bleh bangun. baru aku terasa sakit.. wawa dan akak ana sibuk ketuk badan dan tangan aku sebelah kiri dengan selipar jepun.. Mak dan Lyana pula sibuk pasang pelita dan lilin.
Aku kebingungan.. rasa lost.. blurr... semua ada.. mak marah2 sebab aku degil.. aku nangis sebab aku rasa macam mimpi..
Aku kol salha kawan aku yang keje nurse.. aku rujuk dia patut ke aku pegi hospital. Dia cakap.. aku patut pegi untuk check up.. takut apa2 jadi pada jantung aku atau organ dalaman aku.
Wawa jadi driver malam tu...

Di Unit Kecemasan Hospital Tangkak, aku dimasukkan kedalam wad pemerhatian. Semuanya di periksa. Tekanan darah, jantung dan darah. Aku diarahkan masuk ke wad untuk pemerhatian.. tapi aku tak mau. Lepas ujian darah keluar.. aku balik. Aku tak sangup tunggu.. Keluar pun aku kena sign surat dan syaratnya aku kena datang awal pagi 10 Mac, 2010 untuk check up..

Semalam.. 10 Mac, 2010.. Aku pegi check up.. Shidah (Nurse) yang juga kawan lama aku.. check aku..
Alhamdulillah.. Semuanya ok.. aku dapat MC..

Apa yang berlaku pada aku adalah satu Wake UP Call untuk aku. Aku sedar, kalau Allah nak cabut nyawa aku.. dengan sekelip mata je ia akan berlaku.. Aku bersyukur kerana Dia memberikan kesempatan untuk aku melihat anak2 aku membesar.. aku tak dapat bayangkan kalau aku mati.. siapalah yang akan menjaga anak2 aku.. Adakah mereka akan dapat kasih sayang sama seperti yang aku berikan??
Aku betul2 insaf dengan apa yang berlaku.. Malam semalam.. selepas anak2 tido.. aku bangun.. aku buka lampu.. Seorang demi seorang anak aku, aku tatap wajah mereka.. Lyana.. Anak sulung aku.. dia berhati lembut walaupun gayanya agak kasar. Adib.. dia seorang yang bertanggungjawab. Pandai menjaga Dani n Lyana.. Dani.. sicomel aku.. permata hati aku.. manja dan manis.. Dani yang tak pernah merasa kasih sayang seorg lelaki.. Wajah2 comel tu membuatkan air mata aku mengalir.. kalaulah aku mati.. apa akan jadi pada anak2 aku??? Ya Allah..

Sampai hari nie.. tangan kanan aku masih kebas2.. dan aku jadi trauma bila melihat laptop aku.. Nak pegang pun aku takut.. laptop tu masih berada ditempat yg sama.. aku tak berani nak usik..Laptop aku ok cuma chargernya je yg rosak...

Aku berhenti dulu..
Wasalam...


3 comments:

  1. adoi umi ina naper tak dgr ckp mak..tak berkat tau..len kali jgn buat n cuba2..kes naya punya keje...sedih baca kisah umi d akhir citer tu..rasa nak kongsi bersama kisah idup..

    ReplyDelete
  2. Thanks alina... semuanya jadi pengajaran dalam hidup saya...

    ReplyDelete
  3. 1st time menjenguk blog ini dan sedang membaca cerita di sini. Nice info blog. Mantap!!!I like to share with bloggers and all of readers
    Keep in touch

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails