Tuesday, January 5, 2010

04 Januari, 2010..

Assalammualaikum…
04 Januari, 2010…
Hari nie merupakan hari yang penuh dengan emosi bagi aku…
Hari pertama Dani bersekolah.. Dani masuk dalam darjah 1 SK Ledang.. Sebenarnya aku berdebar dan teruja kerana dia akan memulakan alam persekolahan yang sama sekali berbeza dengan prasekolah.. dimana semuanya dia kena melakukannya sendiri. Syukur kerana Dani tidak banyak mendatangkan masalah pada Sek pagi.. Cuma masa kat sekolah agama je dia mula menangis kerana dia tak dapat kawan lagi.. Nasib baik Adib n Lyana ada.. jadi merekalah yang menjaga Dani…





Dalam kelas di Sek Agama.. Dani nangis.. mula2 dia ok.. tapi lepas ada seorg budak nangis, dia dah lain macam.. nasib baik Adib n Lyana ada...

Lyana bersama rakan sekelas..

Emosi?? Ya aku emosi..
Dani tak seperti kanak2 lain.. dia tak pernah mendapat perhatian dan kasih sayang dari seorg lelaki bergelar babah… aku masih ingat.. kami dihantar balik ke kg diwaktu dia berumur 1 tahun 4 bulan. Lyana berumur 5 tahun dan adib 4 tahun. Dani pendiam, penakut n selalu saja menyorok. Keyakinan dirinya amat rendah..
Dan waktu dia baru je masuk 2 tahun, aku dah meninggalkan dia untuk kerja di Bahau.. aku Cuma balik seminggu sekali. Aku tak pernah dapat melihat dia membesar dihadapan aku.. satu kerugian besar pada aku. Dia membesar bersama akak n mak aku. Setiap kali aku balik Kg.. dia tak akan berenggang dari aku. Malam dia akan tido di lengan.. sampailah sekarang.. dia tak penah melepaskan tangan aku sepanjang malam. Bila aku tanya kenapa dia cakap, dia takut klu dia bangun tido.. aku dah tinggalkan dia.. dia tak nak aku tinggalkan dia lagi..

Cian Dani.. dia jadi trauma dengan perpisahan kami. Mujurlah aku dapat tukar ke KG.. dan sejak tu.. Dani kembali ceria. Tapi bagi aku dia masih perlukan perhatian dari seorg lelaki yang bergelar babah.. Aku selalu perhatikan dia.. setiap kali sepupu dia brgurau dengan ayah mereka.. dia akan memerhati dari jauh.. kadang2 dia tersenyum sendiri. Ntah apalah yg dia fikirkan..

Aku teringat satu peristiwa.. waktu aku berkawan dengan B.. B baik dengan Dani.. dan Dani juga senang dengan B.. dia selalu cakap dengan aku.. dia nak jadi pemain bola seperti B. Dia nak belajar dari B.. tapi nasib aku memang malang.. B minta aku melupakan dia. Klu dah dengan aku dia putus.. apalagi dengan Dani.. Kadang2 aku terfikir.. apa salah aku.. napa nasib aku macam nie.. susah sangat ke aku nak cari cinta sejati?? Napa susah sangat lelaki nak terima aku dengan anak2??

Jawapan nya senang je.. aku JANDA.. tak mudah seorg lelaki nak terima perempuan berstatus seperti aku dalam hidup mereka.. lagi plak aku ada anak..
Semalam aku dapat berita.. rupanya bukan kalangan org luar je yang tak suka kat aku.. rupanya dikalangan ahli keluarga pun sama. Hinanya aku dimata mereka… aku tak penah minta tuk jadi begini.. tanyalah mana2 ppuan pun.. ada ke mereka sanggup memegang status nie??

Buat B… moga B bahagia.. saya tau.. saya tak layak tuk B.. Mungkin B dah ada pilihan.. yang selayaknya tuk B..

Dani.. umie nak Dani tahu.. yang umie sayangkan Dani.. umie rela kehilangan yang lain.. tapi umie tak rela kehilangan Dani.. Kita dah 2 kali kehilangan org yang kita sayang..
Tapi umie redha.. mungkin Allah telah menyediakan sesuatu yang lebih baik tuk kita sayang…
Kalau tidak disini.. mungkin di Sana nanti…

3 comments:

  1. umi tiada yg lebih bahgia kecuali bersabar..
    dgn kesabaran dan kekuatan yg ada pd umi,tu yg selalu buat umi bahagia..
    ank2 adalah kekuatan kita..dia yg selalu membuat kita jadi kuat..semoga ank2 umi berjaya dlm pelajaran atas didikkn uminya..

    ReplyDelete
  2. utk pegetauhan umi, sy akan update blog sy semula.. tunggu tau..hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails