Friday, November 16, 2012

Rehat..

Salam Maal Hijrah.

Disini saya memohon ampun dan maaf kepada semua rakan pembaca blog saya.. Ampun dan maaf saya pohon sekiranya secara tidak sedar saya telah melukakan hati kalian.

Saya mohon berehat seketika.. keadaan kesihatan yang betul-betul mengganggu saya akhir-akhir ini membuatkan saya terpaksa melupakan seketika laman saya nie.

Penumpang dibadan perlu saya buang.. banyak yang perlu dilakukakan.. Saya sentiasa berada dalam ketakutan sejak mempunyai penumpang yang tidak diundang.

Suhu badan juga tidak menentu.. kadang-kadang sejuk.. sesejuk ais.. kadang-kadang jadi panas.. sehingga rasa nak ditanggalkan semua yang ada dibadan.. Mujur saya masih waras berfikir apabila mengenangkan keadaan badan yang tak secantik JLO.. jadi niat tu saya pendamkan dididalam hati..

Kaki dan tangan sentiasa saja sejuk. Degupan jantung laju selaju jantung pelari pecut yang baru saja lepas berlari. Mukua saya jika ditoreh pun sudah pasti tidak akan mengeluarkan darah.. terlalu pucat.. Sungguh saya runsing dengan keadaan diri.

Mohon juga dari rakan-rakan untuk mendoakan saya disetiap penghujung doa kalian.. agar saya kembali aktif seperti sebelumnya..

Maafkan saya..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails