Tuesday, April 24, 2012

Rindu Padanya..

Memang azab.. memang diaorang nak kenakan aku.. memang diaorang saja nak suruh aku buat keje.. hehehehe.......

Aku jadi Penghuluwati.. Kena lantik TERPAKSA RELA tau... Eeeiii... geramnya aku...

Aku sekarang berada di Hotel Emperor Melaka.. mulai dari hari nie.. 24 April hingga 27 April, 2012.

Bengkel Pengurusan Kewangan, Pentadbiran dan Perkhidmatan.

Jadi berapa hari nie aku tak akan uruskan anak2. Tak suka tinggalkan diaorang tapi aku terpaksa. Pengarah dah kasi arahan.. sapa-sapa tak nak hadir kena sertakan surat doktor..

Mana nak cekau surat doktor???

Baru je 5 jam aku kat sini.. aku dah rindukan anak-anak.. Tak sabar nak tamatkan bengkel nie...

Monday, April 23, 2012

Dasar Jantan!!!

Aku memang marah dan geram..

Marah sebab.. dulu.. dia nak sangat kawan gan aku.. merayu2.. pagi, petang, siang dan malam..

SMS dan call, aku tak ingat berapa ratus kali sehari. Aku tak layan.. aku ignore.. tapi dia tak putus asa.

Sanggup datang Tangkak cari aku. Tunggu aku berjam-jam di Masjid Tangkak.. tunggu kat Dataran Tangkak, tunggu kat Bus Stand Tangkak.. Padahal memang aku dah cakap aku tak nak jumpa.. Dah dekat 2 jam menunggu.. aku datang gak.. sebab aku kesian.. tak sampai hati.

Masa raya pun.. dia sanggup datang Tangkak cari aku. Dia sanggup tinggalkan anak bini dia kat rumah semata-mata kerana kononnya cinta pada aku.

Macam-macam kutukan yang dia berikan pada isteri dia. Macam-macam keburukan isteri dia yang dia ceritakan pada aku.

Tak pandai kemas rumah, tak pandai masak, tak pandai jaga hati suami, tak pandai layan suami kat tempat tido.. macam tido dengan tunggul kayu, tak pandai nak jaga anak, bangun tido lambat. Basuh baju pun malas..  Tak pandai nak jaga badan sampai dah macam guni beras sampai tak selera nak tengok.. apalagi nak "bersama".

Macam-macam gelaran yang dia kasi bini dia. Aku muak.. aku jelak.. aku bosan.. aku benci..

Dia dok citer gan mak dia, nak kawin dengan aku.. dia dok citer gan bini dia, dia nak kawin lagi 1.

Padahal aku tak pernah kasi kata putus pada dia.. dari tahun 2009 sampailah puasa tahun 2011.. dia asik mengejar aku.. Aku ambil langkah untuk mendiamkan diri.. aku malas nak layan sangat sebab rasa aku tak perlukan lelaki macam nie untuk dibuat suami.

Tapi!!!!!!!!!!!!! Hari nie aku betul-betul angin.. aku geram sebab aku rasa dia memang dah menipu aku. Tak selera konon!!!!!!... Abis yang tersembul keluar lagi 1 anak tu apa????

Dasar jantan!!!

Aku tak kesah dia dapat anak lagi kalau dia tak hina bini dia.. nie dah hina bini dia macam-macam... dah puas bini dia dia kutuk.. dia samakan dengan itu dengan ini.. tetiba je boleh beranak kan?? Agak-agak ko benih sapa tu???

Aku bukan cemburu atau aku kecewa.. tapi aku rasa macam...eeehhmmmmmmmmm.... Jantan jenis apa dia nie ek???
Kau hina bini ko.. tapi dalam masa yang sama kau "bersama" dia.. Ok.. tanggungjawab.. tapi.. tolong jangan hina dia then baru ko cakap ko hanya nak tunaikan tanggungjawab ko.. memang macam ****kan????

Nasib baiklah aku nie memang jenis tak nak ganggu rumahtangga orang.. kalau tak.. dah compon2 aku sms pada bini ko semua sms kutukan ko pada dia.. Nak???????

Dasar Jantan...........

p/s : Nasib baik aku tak terima dia..

Friday, April 20, 2012

Drama Sebabak.. Dimanakah Cinta??


Pelakon Lelaki Utama : Dani a.k.a Baby a.k.a Adik.

Pelakon Perempuan Utama : Umie

Pelakon Undangan : Atok

Watak Sampingan : Tilam, Selimut, Bantal, TV dan Cicak.

Lokasi dan Masa: Atas tilam kat depan TV.. Masa 9.40 malam.

Situasi : Dani, Umie dan Atok sedang menonton Forum Perdana Ehwal Islam di TV1. Mulut Dani berkumat-kamit seperti menghafal sesuatu. Suaranya antara jelas dengan tidak. Umie dan Atok terganggu dengan keadaan tersebut.
Cicak pun bengang je dan asik berbunyi kat atas siling rumah sebab dia tak dengar suara penceramah jemputan kat TV. Dia pun nak belajar agama gak.. maklum.. baru bertobat.

" Adik!! Diamlah, Atok tak dengo ni.!" Atok mula bersuara.

" Kita tengah hafal lagu nie. Kita masuk Action Singing lah Atok." Dani membantah. " Esok kita ada latihan. Cikgu nak semuanya dah hafal."

" Yeke Baby masuk Action Singing lagi?" Umie bertanya minta kepastian.

" A'ahlah Umie. Tiap-tiap hari lepas rehat baby ada buat latihan kat bilik Muzik."

" Cikgu apa yang ajo baby?" Umie bertanya lagi.

" Teacher Suziewana." " Umie nak tau tak? Tahun nie ada tema. Temanya pasal Alam Sekitar."

" Yeke? Teacher soh nyanyi lagu apa?"

" Diamlah!! Aku tak dengo nie. Nak berbual pegi sana." Atok menengking sebab tak puas hati.

" Atok nie kan???" Dani mula merajuk.

Umie berbisik kat telinga Dani.

" Cakap pelan-pelan. Jangan marah Atok. Teacher soh nyanyi lagu apa?" Umie bertanya semula.

" Lagu Where Is The Love. Baby Dah hafal dah."

" Wah!! Sedap lagu tu. Umie suka. Baby dah hafal tak?"

" Dah.." Dani menghulurkan lirik lagu pada Umie sambil mengosok-gosok biji mata. "Umie tengok tau.. baby nak nyanyi."


" People killin people dying

children hurt and you hear them crying

will you practice what you preach

and would you turn the other cheek

Come on, come on, come on, help us

need some guidance from above

these people got me got me questionin

where is the love"

" Where is the love.. where is the love.. where is the loveeeee... " Umie sambung nyanyi...

" Pandai baby nyanyi.." Umie memuji..  " Nah, simpan lirik nie. Esok nak guna dah tak jumpa." Umie hulurkan lirik pada Dani tapi mata umie memandang TV.
 
" Krrroooohhhhhhhhhhh.......... "
 
Umie pandang kearah Dani.
 
" Laaaaa..... tido dah? Tengah-tengah nyanyi tetiba je tido?"
 
" Bertuah punya anak." Umie geleng kepala sambil cium pipi Dani dan tarik selimut dia.





 

Wednesday, April 18, 2012

Perkongsian..

Aku jumpa 1 entry kat blog.. Tentang Demo nak hapuskan PTPTN.. Aku memang setuju dengan blogger tu..

Aku tau ramai yang tak suka atau tak setuju dengan pendapat aku.. Tak pe.. aku tak kisah..
Lagipun aku pernah cakap yang aku bukan pengkritik atau pengulas terbaik..

sapa2 nak baca.. sila ke link yang aku bagi ni..

Tak suka tak apa.. hidup aku tetap macam nie.. tak berubah pun.. :)

Aku baca  KAT SINI .....

Tuesday, April 17, 2012

Minta Dijauhkan..

Sungguh.. aku hanya mampu tersenyum sinis melihat para pelajar yang "konon"nya bijak pandai berhimpun untuk pemansuhan PTPTN.

Kebanyakan mereka dikalangan bangsa apa ek?? Cina?? India?? Ke yang sebangsa dengan aku?? Memalukan.. Agak-agak mak ayah diaorang camne ek??? Suka?? Gembira?? Terharu?? Sedih?? Marah???

Macam nielah.. kau dah pinjam duit orang.. masa nak pinjam.. apa saja sanggup ko lakukan..  bila dah dapat... agak2nya berapa RM yang ko gunakan untuk ko belajar?? Untuk bayo yuran??

Aku peratikan budak2 sekarang nie.. baru je belajo kat matrik.. dah pandai pakai HP yang canggih2. Agak2 mak bapa diaorang ke yang kasi duit tu nak beli HP mahal2 tu??

Ko dah pinjam tu.. duit orang.. ko bayo lah balik. Peliknya.. bila dah pinjam duit ribu-riban.. tetiba je ko soh mansuhkan sistem tu. Bukannya ko nak belajo.. belajo pandai2.. dapat markah yang baik..untung-untung dari pinjaman terus bertukar ke biasiswa.

Ini tidak.. belajo ntah kemana.. asik nak berdemo je. Bila masa ko nak belajo? Bila masa nak dapat markah bagus??
Sekolah je tinggi-tinggi.. tapi otak letak kat tapak kaki.

Cian aku tengokkan diaorang nie.. sian sangat-sangat. Moga anak-anak aku tak terikut2 dengan perangai macam nie. Kalau terikut juga.. harus.. ko jangan balik jumpa aku.. Penat aku ngajo.. penat kehulu kehilir anto pegi sekolah tapi hasilnya.. ko berdemo juga.

Jangan nak layan menda-menda yang buang masa nie. Ko ingat zaman sekarang nie barang murah-murah ke??

Lagi 1.. Aku harap sangat dan yang teramat penting sekali.. budak yang turunkan bendera PM tu tak akan jadi cikgu anak aku. Ya Allah.. jauhkanlah orang yang tak tau adab tu dari keluarga aku. Aku tak rela dan tak redha dia ngajo anak-anak aku.. atau anak-anak orang yang aku kenal.

Sebabnya?? Dia tu belajo je tinggi.. kat U konon.. tapi tahap kurang ajo nya kalah budak yang cuma habis darjah 6 atau macam budak yang tak sekolah langsung kat kampung aku nie. Tapi budak2 nie taklah kurang ajo macam dia. Sebab setahu aku.. diaorang agak sopan dengan orang-orang tua kat kg aku.

Agaknya dia tu tak diajar untuk beradab kot?? Contohnya lah.. ko masuk rumah orang.. tetiba je ko tak suka dengan hiasan kat rumah orang tu.. ko terus amik dan letak tepi.. atau ko buang.. Tuan rumah tentulah rasa macam.. apakehalnya nie?? Ko tak suka.. jangan masuk.. jangan datang rumah.. lalu je.. masa lalu tu ko nak ludah ke nak apa ke.. itu ko punya pasal lah kan???

Yang paling penting pada aku.. ko dah hutang.. bayo jelah.. bila korang rasa tak nak berhutang.. tak payah pinjam. Yuran mahal?? Dah tu nak buat camne?? Yuran tu juga nanti akan digunakan tuk U korang.

Akak aku.. anak dia tak dapat PTPTN.. dia keluarkan duit KWSP dia nak bayo yuran.. tak de pun dia mengeluh. Ok je.. sebab apa?? Aku tau.. sebab korang nie celik2 mata je terus dah hidup senang.. semua yang korang nak dapat dengan mudah.. mak ayah sediakan.. jadi korang tak reti nak tadah tangan bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi.

Aku malas nak tulis panjang-panjang. Sebab aku tau.. suara aku tak akan mengubah apa-apa. Cuma kadang-kadang aku dok fikir.. masa pilihanraya nanti aku nak ubah undi aku. Tapi bila fikir balik..Buat apa?? Sebab kenapa kat negeri yang diperintah pembangkang.. kos sara hidup diaorang masih sama? Kalau betul nak bantu rakyat.. kenapa mereka tak tambah subsidi pada gula dan minyak. Jadi harga pada barang-barang yang dijual kat negeri yang diaorang perintah lebih rendah. Tentu rakyat dari negeri lain akan pangkah diaorang juga.

Lagi 1.. aku dah nampak dah.. keuntungan sekarang hanya akan dapat pada 1 bangsa saja. Bangsa tu aku tengok dah jadi kaduk naik kejunjung. Dah lebih-lebih dah.. dah melampau-lampau.. permintaan pun dah tak masuk akal. Memang giler "TUT".. benci aku!!!

Orang Islam dan orang melayu tak bersatu.. Bangsa lain yang kenyang.. beso kepala.

p/s: aku tak nak gay yang jadi pemerintah.. takut nanti diterbalikkan Allah tanah melayu nie.. Nauzubillah..

Monday, April 16, 2012

Saga..


Akhir-akhir nie.. penyakit aku datang balik.. kalau malas mengarang tu.. biasalah.. memang normal pada aku. Tapi kali nie sakit aku agak kritikal. Aku malas nak membaca. Dan aku rasa ianya 1 kerugian yang tak de tolok bandingannya.
Napa ntah aku kena penyakit nie? Ada sebab yang khusus ke?? Atau aku saja je cover line konon2 aku kena penyakit malas sedangkan aku sendiri yang malas membaca.?? Kononnya tak nak salahkan diri sendiri.. Shame on me... :(

Eeemmm.. sebenarnya aku sendiri tak faham. Tetiba je aku hilang keseronokan membaca. Aku selalu je letak buku yang aku nak baca dalam handbag atau dalam kereta.. tapi harapan tinggal harapan.. Jadi pekasam akhirnya.

Banyak buku yang aku dah beli... antaranya :-
Bumi Merah - Habiburrahman El Shirazy
Dendam - Affifudin Omar
Interlok - Abdullah Hussin
Kalau Kain Panjang Sejengkal - A Samad Ismail
Fiksyen 302 - Ramlee Awang Murshid ( Nan- jangan marah akak ek??)
Diari Mat Despatch, Diari Mat Despatch Edisi Lelaki Baik,  Diari Mat Kilang - Behruddin Bakri

Adakah kerana kisah dalam novel nie terlalu berat atau jalan cerita yang tidak menarik dan jauh dari hati aku menyebabkan aku jadi malas membaca?? Taklah.. tak.. bukan sebab tu.. Semua buku yang aku beli memang cerita dari genre dan pengarang yang aku minat dan kagumi..

Contohnya macam Interlok.. aku dah dapat buku nie rasanya dah dekat 2 bulan. Aku baca sikit je.. tapi pembacaan aku terhenti.. aku jadi jemu dan muak.. Aduyaiii!!! sedih rasanya..
Sebenarnya bukan buku tu je.. semua buku yang aku list kan kat atas.. aku dah baca sikit.. adalah dalam 5-6 bab aku baca.. lepas tu.. semuanya aku susun semula dalam rak.

Tapi kan.. ntah napa sabtu lepas aku jadi kemaruk semula..  Pelik aku dengan sikap sendiri sebab.. buku lain aku boleh selitkan semula kedalam rak.. tapi tidak buku nie..
Aku tak ingat kali pertama aku baca buku nie.. tahun bila.. beli dimana.. tapi kisah nie memang best!!! Superb..

Aku juga tak ingat dah berapa kali aku ulang membaca buku nie semula.. Tapi masih tak jemu dan masih aku mahu mengulang lagi pembacaan aku..

Kisah seorang pemuda yang cuba untuk berbakti dikampungnya bersama 2 sabahat baik beliau. Cuba untuk menjadi perintis kepada pembangunan dikampung Batu Ragi, Segamat. Buku nie macam ada daya penarik yang tersendiri. Dari segi penceritaan, dari segi bahasa, dari watak-watak yang ada sepertinya hidup dialam nyata. 

Tanpa jemu aku ulangi pembacaan aku.. Tanpa jemu aku masuk kembali kedalam dunia SAGA.. tak pernah jemu dan aku yakin aku tak akan jemu.




Minat aku pada pembacaan yang berat mungkin dah berkurangan.. Mungkin kerana kemunculan sesuatu yang baru dipasaran buat kasih dan tumpuan aku beralih arah. Buat hati aku berubah.. Kemungkinan tu memang ada.. dan aku sebenarnya puas bila bersamanya.. Baca yang 1 nie je...  sori bukan buku tapi majalah.. majalah yang 1 nie je dah buat aku lupa senarai diatas.. kecualikan SAGA ye???



Tenang jiwa bila membacanya.. :)


Friday, April 6, 2012

HFMD


Dani dapat MC 2 hari.. aku risau sangat-sangat.

Rabu lepas Dani mengadu ada bintik-bintik pada tapak tangan, tapak kaki dan mulut. Aku taklah terfikir benda lain selain dari demam campak.

Malam tu juga aku bawa dia ke Klinik Kesihatan..

Aku terkedu dan terkejut.. Dani kena HFMD.. atau nama panjangnya.. HAND, FEET & MOUTH DIASEASE..
Aku ingatkan penyakit nie hanya akan menyerang kanak-kanak diantara umur 1-5 tahun. Rupanya boleh juga kena pada kanak-kanak yang lebih besar.

Tak taulah dari mana datangnya penyakit nie.. camne bleh berjangkit pada dia. Dalam mulut Dani dah penuh dengan bintik-bintik... dah jadi ulser dah. Cian dia.. bibir kering dan susah nak makan. Bayangkan.. budak kuat makan tak boleh nak makan??

Aku ingatkan penyakit nie sekarang hanya terdapat di Malaysia Timur je.. tapi kat Singapore pun banyak kes yang dilaporakan. Kat Ledang pun banyak. Kawan aku yang keje nurse cakap Ledang dah jadi kawasan panas.. banyak kes yang dah dilaporkan. Aduyai...

Malam semalam sebelum tido.. kami berbual.

"Baby ok tak?"

"Sakit umie. Nak telan air liur pun susah."

"Sabar ye sayang?"

"Ok.. baby tau.. Allah tengah uji baby." Aku sebak tapi aku lindungkan dengan mencium dahi dia.

"Ustazah ada cakap, sakit tu penghapus dosa-dosa yang lama-lama."

Aku peluk Dani.. Aku tersenyum dan gembira dengan kata-kata dia, cuma terfikir.. anak sekecil nie mengingati dosa-dosa yang dilakukan yang entahkan ada entahkan tidak.

Sedangkan aku yang dah tua nie sentiasa saja alpa.. Allah... Tersedar aku dari khayalan dunia..

Penceramah bebas, Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, berkata sakit atau musibah yang terkena kepada seseorang adalah datangnya daripada Allah SWT. Tujuannya pelbagai dan mempunyai banyak hikmah untuk direnungi.


Sedangkan, Allah berfirman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud:

“Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”.

Menurutnya, bagi seorang yang pendosa, musibah atau sakit yang ditanggungnya merupakan salah satu jalan untuk Allah menghapuskan setiap dosa hamba-Nya. Bahkan ia seharusnya dilihat sebagai satu terapi untuk menggugurkan kesalahan dan noda pada diri anak Adam.

Sebagai manusia biasa, sudah tentu kita tiada terlepas daripada melakukan kesalahan sama ada secara sengaja atau tidak. Sedangkan dosa itu sebenarnya menjauhkan diri kita dengan Allah. Jadi hikmah diturunkan kesakitan atau bala bencana itu adalah sebagai cara untuk Allah menghapuskan dosa kita berkenaan.

Katanya, ia bersesuaian dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Jadi, jangan pandang sakit itu sebagai penderaan dan jangan pula mudah berburuk sangka kepada Allah. Bahkan sebaiknya kesakitan atau musibah itu dipandang sebagai nikmat untuk Allah membersihkan diri kita daripada segala dosa dan noda.

Baca artikel penuh selanjutnya di iLuvIslam. sakit-antara-penghapus-dosa-dan-peningkat-darjat

Melangkah Setapak Kehadapan...

Awal minggu nie aku agak stress.. bukan apa aku terpaksa jadi Fasilitator untuk bengkel yang akan diadakan di pejabat aku. Kumpulan sasarannya.. Guru Perpustakaan dan Media. Hampir kesemuanya memiliki ijazah.. dan aku.. cuma lulusan SPM je.

Sebenarnya masa boss aku cakap yang aku akan jadi fasi untuk bengkel tu.. aku terus terduduk.. maknanya aku kena kumpul bahan untuk persembahan dan handout nak kasi peserta. Lagi 1.. diaorang tu nak ke dengar budak SPM n jawatan hanya kerani  je bagi ceramah??? Terasa rendah diri aku yang kurus tinggi lagi langsing nie.. hehehehehe...

Tapi aku kena juga hadapi.. nak kata tidak memang tak boleh.. sebab aku rasa itu cabaran yang boss aku berikan pada aku.. yelah.. bukan senang tau pegawai nak kasi kebenaran pada kerani tuk ngajar pada cikgu-cikgi nie...

Diam tak diam.. masanya pun sampai.. bahan-bahan aku dah siapkan. Aku tunjukkan pada boss aku.. dia setuju dan puas hati. Cara bagaimana untuk aku sampaikan.. terpulang pada aku.

Berhari-hari gak aku berlakon.. dalam keta.. dalam bilik tido.. dalam bilik mandi.. dalam toilet.. dalam dapur.. atas katil.. sebelum tido.. semuanya aku bantai.. ada masa terluang je aku mula berlakon.. berangan.. hehehehe.. Yang beno nya aku nak tingkatkan keyakinan diri aku.. dan juga nak berlatih bercakap depan orang ramai..

Bukan aku tak pernah buat pengucapan awam pun.. cuma biasanya aku bercakap depan orang yang sama level gan aku.. tapi kali nie.. lain sikit.. nak ngajar orang pandai nie.. terutama yang belajo tinggi.. kita kenalah lebih tinggi akalnya atau lebih tinggi keyakinannya.

Ok.. layan gambar je lah.. nak citer panjang-panjang pun aku malas.. sebab aku memang malas.. hehehehe..

Aku dapat 2 tajuk.
1. Bengkel Pengurusan Sistem Fail
2. Bengkel Pengurusan Perolehan Bahan



Sessi soal jawab... Feedback memang baik. Semua bagi kerjasama dan ingin belajar. 


 Cara tebuk lubang pun kena ajar.. ukurannya..
diorang nie selagi boleh ditebuk.. diaorang tebuk.


Yang nie hari ke2.. slot aku tak de..
tapi sebelum balik aku kasi sikit tips pada diaorang cara-cara mudah nak mengemaskini fail.
Cara orang malas buat keje.. akulah tuuu... hehehehehe..


Alhamdulillah.. aku berjaya selesaikan tugasan aku.. Rata-rata peserta gembira dengan slot aku. Mereka dapat input yang banyak.. selama nie semuanya main hentam kromo je.. lepas aku terangkan barulah mereka sedar yang mereka sebenarnya perlu mengikut Arahan Perkhidmatan. Lagipun bukan susah pun nak buat.. benda dah ada.. teruskan dan buat penambahbaikkan...

Ayat kat Fail tu yang tak bleh blah... thanks Naz - kerani PKG Tangkak yang amik gambar nie.. ada juga yang perli2 aku.. tapi..... KAU ADA????

Aku menarik nafas lega.. kerana aku dah setapak langkah dihadapan mereka.. walaupun tak boleh rasa selesa.. tapi bolehlah aku tido dengan senyuman.. :) :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails