Saturday, March 24, 2012

Sambutan Maulidur Rasul 1433H & Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2011

Majlis nie berlangsung semalam di Sekolah Rendah Agama Lughatul Arabiah, Ledang. Sekolah Agama Lyana, Adib dan Dani..







Ustaz sedang berceramah

Adib masuk Nasyid dan Berzanji


Lyana dan Adib dapat hadiah bagi Kategori Cemerlang UPPK 8A 2011. Dani tak dapat apa-apa.. belum lagi rasanya. Tunggulah tahun-tahun depan.

Umie?? Aku tak sangka sebab ada cabutan bertuah... dan aku dapat pulak hadiahnya..



Tadaaaaaa.... dapat baju kebaya sepasang.. Lyana nak baju nie.. kaler hitam.. macam nak kasi dia.. macam aku nak buat baju sendiri.. Sayang pulak nak kasi sebab cantik kainnya.. tapi mengenangkan kaler hitam yang memang tak boleh "in" langsung dengan aku.. Rasanya terpaksalah aku lepaskan dengan berat hati...

Pada aku acara semalam berlangsung dengan lancar.. cuma kadang-kadang ada gak kurangnya... tapi biasalah.. tak de siapa yang sempurna..

Penceramah semalam memang superb.. dia sendiri cakap.. dia berceramah untuk anak-anak.. bukan untuk ibu-bapa. Memang betul.. dia berjaya menarik perhatian murid-murid.. tengok wajah mereka pun aku tahu yang mereka gembira. Ceramah tentang Rasulullah s.a.w..

Semua kena bagi perhatian sebab kalau Ustaz bertanya.. siapa yang dapat jawab akan dapat hadiah. Adib pun join sekali..

Walaupun majlis selesai lewat petang tapi itu semua tak mendatangkan masalah. Kerjasama yang diberikan oleh ibu-bapa agak baik.

Tahniah kepada Guru Besar - Ustazah Norliza bersama dengan pada Ustaz dan Ustazah yang menjayakan majlis ini. Sememangnya mereka belajar dari pengalaman yang lepas dimana majlis mereka agak kelam kabut.


Terima kasih cikgu...

Wednesday, March 21, 2012

Umie Rempit..

Petang tadi aku jemput Dani balik sekolah agama dengan motor. Best gak kan sesekali dapat bawa motor. Bukan motor aku tapi motor anak buah aku. Esok dia baru nak test gan JPJ..

Bila bawa motor nie, tetiba je aku rasa muda semula. Kenangan zaman mude-mude dulu.. terus terbayang kat ruang mata.. cewahhh!!!.. hehehehehe..

Tapi memanglah.. terasa kembali mude remaja sebab aku ter'perasan' yang ada mat-mat rempit yang pandang-pandang dan jeling-jeling aku.. Tersipu-sipu malu kejap...

Yang paling tak boleh blah masa aku berhenti kat lampu isyarat.. adalah kereta proton nie berhenti sebelah aku. Ada 3 mamat dalamnya, budak-budak lagi rasanya macam awal 20an gitu.. Diaorang nie terteleng-teleng, terjengah-jengah, tersenyum-senyum pandang aku.. Aku pelik gak.. pandang diaorang aku terus tanya..

"What?"

"Baru dapat lesen L ke Kak Long?" Driver tu tanya aku..

Ahh Sudah!! rupanya simbol L ada tertampal kat belakang dan depan motor. Tak pe.. aku cuba cover cun..

"Kalau L pun tak salah kan??"

"Memanglah tak salah.. tapi Kak Long nampak cute lah ada tanda L." Diorang pakat gelak ramai-ramai.

Cis!!! Budusnya statement. Perli aku lah tu... Diaorang nie tak tau ke yang aku dulu minah rempit??

Aku amik lesen masa aku umur 18tahun.. masa tu aku keje kilang jadi operator.. Amik lesen guna duit sendiri.. then aku beli motor.. Motor Honda EX5.. Gaji aku kalau campur basic gan Overtime adalah dalam RM300.. Dapat le aku bayo duit motor bulam rm120. Minyak aku selalu isi... berapa ek?? tak berapa nak ingat.. tapi rasanya dalam RM3 - Rm5 je seminggu.. tak campur dengan minyak kalau aku berjimba dengan June kat Melaka atau lepak gan geng2 rempit.

June- member kilang aku.. namanya Junaidah.. anak polis.. kiranya disini kitaorang ada sikit kelebihan.
Kitorang berkawan dengan Anteh, Bakhtiar, Baba (Arwah dah), Rosli, Yusop (Skandel Aku), Jelin, Aki.. dan ramai lagi.. Diaorang nie group rempit - formerly known as bohjan dari Asahan, Melaka.

Sabtu dan Ahad kalau aku dengan June tak de overtime atau urusan keluarga.. kitaorang akan lepak kat Asahan. Port kitaorang... Rumah Anteh dan Arwah Baba (adik-beradik). Kadang-kadang kat bengkel abang Anteh.. (tak ingat nama)

Sepanjang aku lepak dengan diaorang, tak pernah lah pulak kitaorang ada acara "YAM SENG", "NGISAP or TARIK" dan juga "SEKS"..Walaupun negara kita masa tu tengah kecoh dengan kisah BOHJAN dan BOHSIA...

Depan aku memang tak de... belakang aku.. Wallahualam..

Apa yang aku tahu.. diaorang semua.. terutama Anteh, Bakhtiar, Yusop dan Arwah Baba memang jaga aku dan June. Tak pernah pulak kitaorang kena cuit.. kena pegang atau yang sewaktu dengannya.

Tapi aku memang jarang balik lewat malam.. sebab mak aku garang.. nak kena bamboo.. baliklah lewat... habislah aku!!!! Kalau mak aku tak belasah pun, compom aku kena tido kat luar.. takut whaoooooo... Kang buatnya tengah-tengah tido kat atas pangkin dalam sabak atau nama modennya porch, ada menda baring sebelah aku.. hah!!! sapa nak jawab??? hehehehe...

Banyak kenangan aku dengan motor.. Alhamdulillah... sepanjang aku merempit dulu aku tak pernah dapat kemalangan besar.. setakat kecik-kecik.. bak kata orang tu, jatuh-jatuh bodoh tu adalah... definasi jatuh bodoh nie, jatuh tak bersebab.. tengah-tengah bawa motor.. berhenti kat simpang ke, kat lampu isyarat ke, kat tepi jalan ke.. tetiba je jatuh..

Aku teringat kisah lama... masa tu Anteh adn the geng ada lumba haram.. masa tu antara Masjid Al Azim sampai Peringgit.. jalan tu seingat aku lurus lah ada 4 lane je kot... tak macam sekarang dah ada banyak lane..

Masa diaorang ada sessi cabar mencabar dan deal nak jumpa kat mana.. aku ada gak ikut.

Kumpulan yang nak lawan tu agak kuat.. ramai gak geng diaorang.. diaorang bengang sebab ada budak dari geng Anteh ambil bohsia dari geng diaorang.. jadi sebab nak tebus maruah le kononnya.. kenalah berlumba..

Yang tak boleh tahan tu.. ketua kumpulan nak aku atau June jadi taruhan... Kalau diaorang menang... Aku atau June kena ikut diaorang, Tak yah citer apa akan jadi pada aku kalau diaorang dapat -pengakhiran yang menakutkan.. memikirkannya pun aku dah takut, ahli geng diaorang je ada dalam 40-50 orang... mati kejung aku.. hahahahaha..

Kalau geng diaorang kalah.. Bohsia tu akan terus jadi hak mamat dari geng Anteh..

Anteh bengang je.. tapi aku masih ingat kata-kata Anteh. Terharu aku dengan kata-kata dia..

"Kau ingat Ina dan June tu Bohsia ke? Diaorang tu member aku tau, aku pun tak berani nak cuit.. niekan pulak nak kasi ko?"

"Ina.. balik!!!"

"Lie.. Ucop.. ko anto diaorang balik... sampai rumah!!?

Anteh suruh Rosli dan Yusop temankan kitaorang balik.. itu mandatori.. perintah Anteh memang kena akur.. aku kelam-kabut start motor,, then terus blah..

Pengakhiran malam tu.. hampir semua tido lokap.. Rosli dan Yusop.. nasib baik temankan aku dan June.. kalau tak.. memang ke dalam le jawapnya..

Kenangan dengan diaorang semuanya menarik.. Jalan-jalan masa hari raya.. beraya 1 Melaka dengan diaorang naik motor... Tapi masa raya selalunya aku dan June akan bonceng diaorang je.. Aku selalu naik gan Anteh dan June dengan Bakhtiar.

Mana ceruk kitaorang tak pergi kat Melaka masa tu?? Semuanya kitaorang redah.. Sampai lampu isyarat dari Jasin sampai Bandar Hilir pun aku boleh ingat berapa banyak tak ke giler namanya?? hehehehehe... kelakar... seronok sangat...

Nasib aku dan June memang baik sebab kenal dengan group Anteh.. Kalau dengan group lain rasanya.. tak taulah apa jadi kat kitaorang.

Kisah nie berlaku dari tahun 1993-1995.. Tahun 1995 aku dapat keje sebagai kerani di Kilang Matsushita kat Senai. Aku berkursus selama sebulan kat sana.. jadi hubungan dengan mereka terputus.. dengan June pun aku jarang-jarang dapat jumpa.

Dulu mana ada handphone atau internet.. sebab tu susah nk berhubung.

Alhamdulillah... Anteh berubah sejak Baba meninggal pada usia 22 tahun... tak lama lepas tu Anteh pulak accident.. kaki patah.. teruslah hilang minat nak bawa motor. Dia belajar jadi mekanik dan sekarang dah punya bengkel sendiri, berkahwin dan punya sepasang cahayamata.

Bakhtiar??? Anteh ada citer yang dia dah kawin.. tapi sayang.. dia salah langkah. Kata orang dia amik dadah.. betul atau tidak aku tak pasti... Wallahualam.

June... baru je bersalin.. baru tak barulah.. dah masuk 5-6 bulan kot.. Ayah dia lepas pencen dah pindah dok Labu, Negeri Sembilan. June pun katanya dah dok kat area Subang kot.. aku pun tak pasti.. Subang atau Shah Alam.. Aku jarang-jarang dapat berhubung dengan dia..

Yang lain-lain aku tak tahu.. dah bertaburan disana-sini..

Pada aku... kalau nak berkawan tu.. tak salah.. dalam diri kita sendiri kita kena ada pendirian.. kena tetapkan batasan. Jangan pulak dah ada pendirian dan batasan tapi kita sendiri yang langgar.. Kalau ikutkan hasutan dari syaitan.. memanglah macam-macam boleh jadi.
Jangan ikutkan sangat kata hati atau nafsu kita.. Orang tua-tua cakap.. ikut hati, mati.. ikut rasa, binasa.. ikut nafsu, lesu...

Cuma aku rasa bertuah sebab berkawan dengan Anteh dan Arwah Baba.. Mungkin sebab diaorang berdua rapat dengan mak dan kakak diaorang.. sebab tulah mereka hormat pada perempuan. Lepak kat rumah Anteh siap mak dia masak.. makan ramai-ramai.. kalau musim buah.. duduklah kitaorang kat bawah pokok rambutan, langsat atau manggis yang ada sekeliling rumah Anteh.. Siap ada bekal bawa balik lagi.. Mungkin sebab tu mak aku tak kisah aku berkawan dengan Anteh..

Walaupun mak aku garang, mengongkong aku dan salah sikit habislah kena bantai.. tapi aku tak sampai le nak lari dari rumah atau memberontak. Aku bergaul dengan geng Anteh hanya untuk mengisi masa lapang.. tak lebih dari tu..

Jauh dah aku pergi nie.. dari citer bawa motor petang tadi.. dah balik pulak ke zaman mude-mude pulak.. Sesekali layan citer lama apa salahnya kan??

Monday, March 19, 2012

Tak Lama Lagi Leee...

Pilihanraya tak lama lagi..
Aku didaftarkan sebagai petugas pilihanraya... Masa pilihanraya tahun 2008 dulu aku pun jadi petugas.
Aku jadi kerani peti undi (agaknyalah.. tak ingat le)

Keje aku senang.. bila ada orang nak mengundi.. katalah yang nak mengundi tu namanya ALI .. ALI wajib kasi IC dia pada aku.. aku pun cari nama ALI dalam list nama.. list yang sama akan dipegang oleh wakil parti politik dalam bilik mengundi... dah jumpa nama ALI .. aku pun sebut nama ALI kuat-kuat (nasib baik kat tekak aku memang dah ada internal speaker) jadi secara automatik aku tak perlukan microphone. .. then aku gariskan nama ALI.. kiranya dah padamlah nama ALI tu..

Lepas ALI dapat kertas undi.. dia pegi dalam kotak mengundi.. ALI pun memangkah calon-calon yang dia berkenan.. tapi kat kertas tak delah gambar calon.. yang ada cuma gambar simbol parti.. ALI nie aku tak tau.. dia sokong sapa.. kerajaan ke atau pembangkang.. jadi sukati dialah nak pangkah sapa pun.. dia pangkah kerajaan.. aku tetap hidup (dengan izin Allah).. kalau dia pangkah pembangkang pun.. aku tetap juga akan hidup (dengan izin Allah) yelah.. Ajal, rezeki, jodoh.. semuanya Allah yang tentukan.. bukan mana-mana orang..

Lepas tu.. ALI masukkan kertas undi yang dia dah pangkah tu dalam peti undi yang lutsinar...

Proses mengundi nie.. makan masa kejap je.. tak sampai 5 minit pun..

Aku dan rakan-rakan yang jadi petugas pilihanraya yang kena kerja dari awal pagi.. seawal jam 7 pagi hingga jam 7 petang. Aku ingat lagi.. nak makan, nak pegi toilet, nak solat semuanya bergilir-gilir..

Tepat jam 5 petang.. ketua aku akan tutup pintu saluran mengundi.. aku kena jaga saluran 1. Bila wakil politik dah puas hati.. barulah boleh buka peti undi.. mulalah proses mengira undi..

Kena buka satu demi satu kertas undi.. dah buka.. kena sebut kuat-kuat dan angkatkan kertas tersebut depan wakil parti politik untuk membuktikan apa pilihan pengundi.. Jadi tak akan ada wakil yang tidak puas hati..

Jadi petugas pilihanraya, kenalah bersikap profesional, telus dan tidak bias.. Aku mengamalkan sikap kesamarataan.. walau siapa pun aku sokong.. aku tak sampai nak mengenepikan orang yang aku tak sokong.. walau tak suka.. simpan je dalam hati.. jangan tunjukkan.. biarpun pada hari tu aku kena tengking dengan wakil parti sebab aku tersebut perlahan nama pengundi (sebab nama cina tu susah nak sebut).. tapi aku senyum je walaupun muka dah merah sebab malu kena tengking..

Walaupun agak penat seharian duduk kat dalam bilik yang panas.. tapi aku seronok.. kali nie aku daftar lagi sebagai petugas pilihanraya.. bukan aku yang nak sangat... tapi ni semuanya keja akak Zai.. kerani sekolah.. dia pujuk aku join.. siap sebut bab.. makan free lagi.. dapat elaun lagi.. hehehehehe... sapa tak nak??? (sori.. ada unsur mata RM kat sini)

Sekurang-kurangnya aku ada pengalaman.. cuma aku takut le.. sebab ada orang dari parti pembangkang panggil aku anjing kerajaan.. hanya kerana aku bekerja sebagai penjawat awam dan juga petugas pilihanraya. Sungguh aku tak nampak mengapa sesama Islam sanggup menggelar orang lain sebagai anjing..


Aku tak nampak pun dimana anjingnya aku... Aku tak pernah plak nyalak ngata mana-mana parti atau calon yang aku tak suka.. baik kerajaan atau pembangkang.. aku tak delah nak ngata atau ngutuk.. bagi aku kalau tak suka.. diam jelah... tak yah nak cakap apa2 sebab.. takut salah cakap nanti dah jatuh fitnah atau mungkin gak menyakitkan hati orang tanpa kita sedar. Bila plak masanya nak minta maaf??

Takkan kat Padang Masyar nanti kita nak menguak umat manusia mencari dia nak minta maaf??? Masa tu maaf dah tak laku dah.. habis pahala kita kasi kat dia.. takut-takut dosa dia plak yang terpaksa kita tanggung.. alahhhh.. tak nak le..dah le amalan aku ni setakat hujung kuku je.. Nauzubillah...

Tapi aku sentiasa beringat.. Allah kalau nak kasi.. cash je DIA kasi.. selepas negeri yang diambil alih oleh pembangkang.. dia telah mendapat khabar sedih.. kerana syarikat tempat dia mencari rezeki telah ditamatkan kontrak oleh kerajaan baru. Dan keadaan dia pun terumbang ambing.. Syarikat dia dah tak berapa nak jalan.. terpaksa pulak dia cari peluang lain.. Dia kol aku... mengamuk.. marah-marah.. aku cakap dengan dia.. bukan ini ke yang dia minta dulu??? Sejak dari hari tu dia terus senyap.. apa jadi dengan dia sekarang aku pun tak tau.

Aku tak menyorak dia.. aku simpati sangat.. jadi buat semua rakan-rakan aku.. sebelum kita nak mengata orang.. atau nak merendah-rendahkan orang lain.. fikirkan dulu implikasi yang bakal kita hadapi.. Kalau pun tak kena pada kita.. takut jadi pada anak-anak kita. Minta dijauhkan...

Yang penting aku bukan anjing kerajaan.. aku hanya manusia yang Allah ciptakan untuk menjadi hambaNya..

Wednesday, March 14, 2012

Al-Fatihah

Aku sedih bila mengenangkan nasib kanak-kanak yang hilang dan akhirnya dijumpai tetapi hanya tinggal abunya saja selepas dibunuh dan dibakar.

Agaknya nie trend zaman sekarang.. tak suka, kita bunuh.. buat salah, aku simbah asid.. dendam kesumat, kita bakar.

Mulut, mata, tangan, kaki, lenggok badan.. semuanya wajib kita jaga.. bukan untuk diri kita saja bila kita mengadap Allah nanti.. tapi juga untuk orang lain... agar semua perbuatan kita yang melibatkan anggota yang aku katakan tadi tidak sesekali menyakiti orang lain.. baik secara fizikal mahupun mental.. kalau kita tak jaga.. silap haribulan.. dapatlah ganjaran dari orang yang kita sakiti.. kalau kena kat kita saja.. mungkin kita ok lagi.. tapi kalau dah melibatkan orang yang kita sayang.. anak-anak, ibu-bapa atau adik beradik kita.. camne???

Mak sibuk berfacebook.. anak dibiarkan kedai sendirian dengan duit dan nota. Anak kecil diusia 5 tahun disuruh mencari makanan sendiri. Umur 5 tahun.. kelaparan.. dah pukul 11 pagi tapi tak makan lagi.. ok.. dimana silapnya ye??

Aku bingung dengan kejadian nie.. sapa yang salah??

Adakah salah :-
1. Kanak-kanak 5 tahun yang kelaparan dan kekedai sendirian?
2. Mak yang berfacebook dan tak peduli anak tu makan ke tak?
3. Nenek yang menghina suspek?
4. Suspek yang dikabarkan sebagai penagih yang menyimpan dendam?

Bagi aku seorang ibu yang waras.. tak mungkin akan membiarkan anaknya yang berumur 5 tahun kekedai sendirian.. juga dia tak mungkin akan membiarkan anaknya kelaparan sehingga jam 11 pagi. Sedangkan pada masa yang sama dia berfacebook. Apa salahnya ditinggalkan dulu facebook yang tak akan lari kemana-mana tu dan dilayani dulu anak yang masih tak mengerti kezaliman manusia didunia nie???

Bila aku pandang megi dan telur.. aku teringat Allahyarham.. dia mesti meninggal dalam keadaan lapar dan kempunan untuk menikmati megi dan telur.. Kesiannya dia.. apalah dosa dia??

Nenek?? Orang tua.. memang kadang-kadang sukar nak menjaga kata-kata.. kita semua pun sama.. sukar menjaga lidah sehingga tanpa kita sangka telah melukakan hati orang lain.

Suspek?? Semuanya kerana marah dan ianya menjadi dendam...

Sabda Nabi pada hadis yang lain: “Jauhilah kemarahan, kerana ia adalah bara api yang bernyala-nyala dalam hati anak Adam”. Cuba kita lihat bagaimana jika seseorang dalam keadaan marah. Kedua-dua matanya merah dan urat lehernya akan kelihatan timbul. Rasulullah pernah menerangkan: “Bahawa kemarahan itu dari syaitan. Dan sesungguhnya syaitan itu dijadikan dari api. Api hanya dapat dipadam dengan air. Apabila marah oleh seseorang kamu maka hendaklah ia berwudhuk”.
(sumber Hadith 40 , Mustafa Abdul Rahman)

Kalau nak diikutkan pada aku nie... sapa yang tak pernah kutuk aku?? sapa yang tak pernah fitnah aku?? sapa yang tak pernah perli aku?? sapa yang tak pernah hina aku??

Bukan orang luar aja.. rakan sekerja.. malah keluarga sendiri pun pernah menghina aku.. tapi aku serahkan kembali segala-galanya kepada Allah.. aku tau... aku tak mampu membalas semuanya.. biarlah Allah yang menentukan apa yang bakal mereka dapat.. Maaf?? sudah tentu aku maafkan seikhlas hati.. cuma.. ikhlas kita nie.. hanya Allah yang tahu..

Bukan nak cakap aku baik.. takkkkk.. aku bukan orang yang baik.. cuma aku malas nak beratkan kepala otak aku dengan masalah yang remeh. Banyak lagi benda penting yang perlu aku fikirkan.. nak besarkan anak2.. nak mereka selesa dengan hidup mereka.. nak membentuk mereka menjadi anak-anak soleh dan solehah.. bukan kerja mudah tau.. jadi dari melayan benda yang bukan-bukan.. baik aku layan anak-anak aku.

Itu tentang marah dan dendam..

Tentang tanggungjawab pulak??

Pada aku.. dimana tanggungjawab seorang ibu ya?? Sanggup melepaskan kanak-kanak kecil pergi sendirian.

Aku tak sanggup.. biarlah aku penat asalkan keselamatan mereka terjaga. Asalkan aku tau mereka berada dimana dan mereka dengan siapa. Anak-anak pun ada yang tak puas hati sebab aku tak benarkan mereka bawa basikal kesekolah atau berjalan-jalan tanpa aku.. Tapi aku bertegas..

Mungkin orang akan kata aku melampau.. tak pe.. asalkan anak-anak aku selamat.. Kita penat tak pe.. asalkan hati kita puas.. mak aku cakap.. biar dia menangis sekarang.. jangan kita yang menangis kemudian.

Sesal dahulu pendapatan.. sesal kemudian??? Menangis airmata darah sekalipun, kita tak mungkin akan dapat undurkan masa...

Sikit Je nie..

Aku malas nak menaip panjang-panjang. Cuti sekolah.. tak kemana-mana.. Adib sibuk gan tuisyen, latihan nasyid, latihan koir dan latihan bola baling. Jadual aku tetap kelam kabut walaupun cuti sekolah. Ingatkan dapatlah aku bermalas-malas kat pejabat masa lunch.. tapi haremmmm.... masih kena keluar juga.. letih badan.

Main bola baling sampai bengkak jari hantu dia.. terkena bola.. mak jadi tukang urut sebab aku takut. Aku memang tak kasi dia masuk apa-apa acara tahun nie. Dia nak UPSR.. tapi Adib memang aktif. Cikgu pilih dia sebab dia komited..

Maaflah cikgu.. bukan dia seorang je yang komited ya.. umie dia sekali yang terpaksa komited.. anak penat sikit.. umienya yang penat banyak..

Lyana dan Dani dok rumah je cuti nie. Minggu depan sessi persekolahan bermula, Lyana akan bertukar ke sessi pagi. Lega kepala otak aku bila dapat berita tu. Dapatlah aku rileks sikit.. yang penting.. minyak keta jimat...

Kat pejabat?? penuh weiiii... dalam fail "TINDAKAN".... penuh dengan surat dan laporan yang nak kena siapkan. 2 minit mesyuarat yang masih dalam proses.. (sebenarnya baru siap tajuk je) Laporan pun.. baru aku editkan gambar.. Surat?? Dah aku minitkan.. tapi malas nak tebuk dan masuk dalam fail.. hahahahaha.. unta padang pasir pun tak de malas macam aku...

Bagilah sikit kat aku ni aura rajin.. sapa ek ada aura tu???

p/s : aku rindu pada akak aku... aku kesian kat dia sebab asik kena tipu.. apalah nak jadi nie???

Tuesday, March 6, 2012

Maafkan aku ye???

Hampir 2 minggu aku tinggalkan laman aku ni..

Agak sibuk dengan tugasan harian.. kerja.. anak-anak.. rumah.. jemputan kawin..

Kadang-kadang aku buka juga tapi bila baru je nak menaip, macam-macam hal yang datang.

Tak nak jadi citer panjang.. tak nak bebankan kepala dengan benda yang bukan2.. aku tinggalkan je dulu keinginan nak mengarang cerpen disini..

Sepupu mak aku sakit kuat.. jadi kerja aku berulang-alik hospital.. jadi supir.. macam nielah..

Akak arwah abah aku pun tak sihat.. kena gak hantar mak kesana selang sehari.

Memang jarak tak jauh.. tapi mak tak nak naik motor..

Badan rasa lesu.. jamu dah abis tapi masih tak direfill balik.. Kepala pun selalu je kena migrain sekarang nie..

Mungkin aku stress kot??

Jadi buat kawan-kawan yang selalu rajin menjengah laman aku nie.. maafkan aku ya??

Aku perlukan nafas sikit... kasi tenang jiwa aku yang tengah kacau nie..

Bukan saja di blog.. tapi Laman Muka Buku pun dah lama aku tak tinggalkan komen.. kalau masuk pun just nak tengok2 je citer kawan2.

Tapi selalunya aku hanya pandu lalu je..

Insya Allah.. minggu depan cuti sekolah.. aku akan cuba update lagi..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails