Tuesday, September 13, 2011

UPSR 2011

13 September, 2011..

Pagi nie Lyana menghadapi peperiksaan UPSR.

Dia telah mempersiapkan diri sejak dari awal tahun.. Ulangkaji telah berkali2 dilakukan.. keputusan peperiksaan percubaan tidak begitu memberansangkan. Tapi aku letakkan semuanya ketepi. Semangat tetap aku tiupkan kedalam dirinya.

Aku tidak begitu mengharap pada dia kerana aku tau kemampuannya. Jika dia berjaya dengan cemerlang, aku anggap ianya sebagai bonus buat dia dan juga aku.

Buat Lyana... umie terima apa saja keputusan yang bakal keluar nanti. Cemerlang atau tidak..Lyana tetap anak umie. Lyana lah permata hati umie..

Hanya doa yang mampu umie titipkan setiap hari untuk anak-anak umie.

Wednesday, September 7, 2011

Kisah Hati

Macam mana aku nak bahagia??

Macam mana aku nak cari suami??

Macam mana aku nak hidup tenang??

Aku tau kenapa aku jadi macam nie.. Sebab aku rasakan hati aku nie busuk sangat.

Kenapa agaknya aku terlalu sibuk memikirkan hal-hal orang lain??

Kenapa aku terlalu pedulikan apa yang sebenarnya tak berlaku pada aku tapi sebenarnya aku keterlaluan menyatakan yang perkara-perkara itu akan, sedang dan pernah berlaku?

Kenapa busuk sangat hati aku nie?? Itulah masalah aku..

Aku cemburu dengan orang yang bahagia disekeliling aku sedangkan aku bukan tak boleh bahagia dengan cara aku sendiri.

Aku selalu mempersoalkan kenapa rakan aku yang lain yang berstatus sama seperti aku terlalu senang mendapat pengganti sedangkan aku payah sangat nak lekat dengan mana-mana lelaki pun.

Kenapa aku susah nak kemana-mana sedangkan aku bukan tak punya kereta bukan tak punya duit?

Semuanya kerana hati aku.. aku mengaku.. hati aku kotor.. Satu pengakuan nie.. itulah kesilapan besar aku.

Aku perlu membersihkan hati aku.. aku kena jadi lebih redha sebenarnya.. aku kena betul-betul tegas untuk tidak memikirkan perkara yang bukan-bukan.

Jangan peduli kan hal orang. Jangan dok sibuk ambil tahu hal orang lain. Biarlah mereka dengan kehidupan mereka. Aku perlu teruskan kehidupan aku. Gembirakan hati aku sendiri.. bersihkan hati aku.. tumpukan perhatian pada anak-anak. Lupakan dulu soal jodoh atau teman hidup.

Aku pasti jika hati aku bersih tak berkarat seperti sekarang tentu Allah akan lebih mempermudahkan jalan hidup aku.

Insya Allah... - usaha tangga kejayaan..

Monday, September 5, 2011

Aidilfitri 2011

Selamat Hari raya Aidilfitri buat semua pembaca blog ini yang beragama Islam.

Seribu kemaafkan aku pohon pada kalian jika sepanjang aku menulis disini tanpa aku sedari telah melukakan hati semua dengan tulisan aku yang mungkin agak lantang ataupun dengan sindiran yang halus.

Aku hanya manusia biasa yang sering... atau mungkin lebih baik aku katakan.. kerap.. terlalu kerap membuat kesilapan. Keceluparan lidah aku yang lebih tajam dari pisau, kerlingan mata aku yang penuh dengan prasangka atau juga sumbingnya bibir aku memberikan senyuman sinis.

Ampun dan maaf aku pohon...

Aidilfitri kali nie.. aku masih keseorangan.. menyambut bersama2 mak dan adik beradik yang lain. Menumpang raya adik beradik aku.. senyuman hanya untuk meriangkan hati yang menangis disamping memberikan kegembiraan buat Lyana, Adib dan Dani.

7 kali Syawal aku rayakan dalam keadaan ini.. sungguh aku telah lali tetapi sesekali perasaan rindu itu datang. Rindu untuk mengenggam tangan sang suami.. rindu untuk melihat anak2 beratur menunggu giliran untuk memohon ampun disamping menerima upah raya.. Bodohkan aku??? membayangkan sesuatu yang sukar untuk aku miliki.

Ya.. aku terpaksa akui kata-kata cik teratai.. " MUNGKIN KITAORANG BAHAGIA ADA SUAMI ATAU PASANGAN TAPI ALLAH ANUGERAHKAN KAU DENGAN BAHAGIA YANG LAIN YANG MUNGKIN KAU TAK NAMPAK."

Sedikit sebanyak terubat juga kesedihan dihati.. ya.. aku redha dengan ketentuan ini.. cuma bila ianya datang , seksa sekali rasanya..

Salam Aidilfitri...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails