Monday, July 25, 2011

Umpama Darah Yang Mengalir..

Sekali lagi terimbas kenangan lama.

Babak 1

Bukan disengajakan tapi diingatkan.

Dah senang dan mewah jadi sombong.

Dulu dipungut dikala hidup terseksa.

Jadi sedarlah diri.. ingatlah diri tu siapa.

Tiada satu pun yang dibeli.

Tak tau dimana letaknya segala kemudahan disini.

Anak derhakalah jika tersilap kata.

Demi Allah inilah kali pertama ianya disuarakan.

Sebak didada dan menjadikan diri teramat berdosa.


Babak 2

Sabarlah itu saja yang bisa dilakukan.

Ianya telah menjadi makanan sejak hari pertama kehadiran.

Ianya umpama darah yang mengalir didalam badan.

Telah sebati didalam hati dan fikiran.


Babak 3

Puaskah hati bila telah meluahkan perasaan?

Puaskah hati bila melihat hubungan berantakan?

Puaskah hati bila mendengar segala sumpahan, cacian dan makian?

Puaskah hati bila airmata berhamburan?


Penutup

Kelangsungan hidup perlu diteruskan.

Biarpun sedar ia sekadar penumpang.

Redha menelan kehilangan maruah yang dipertahankan.

Sujud dan tadahan tangan memohon agar masih ada ruang keampunan.



Saturday, July 23, 2011

Happy Birthday Sayang...


23 Julai, 2003.. Lahirnya Muhammad Dinie Khalis.. Hari nie tarikh itu menjelma kembali. Dia kini telah berusia 8 tahun.

Syukur Ya Allah... dia telah membesar dengan baik walaupun dalam serba kekurangan.

Selamat Hari Jadi sayang.. umie mendoakan agar Dani membesar dengan sihat dan sentiasa berada dalam didalam keredhaan Allah. Panjang umur dan dimurahkan rezeki. Diterangkan hati dan ditetapkan iman anak umie yang manja nie...

Umie sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak umie... sayang baby umie... mmuuuaahhhh.......

Friday, July 22, 2011

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang BTP 2010

Bengkel Membudayakan Kecemerlangan Perkhidmatan 2011 - Siri 3

Malam 16 Julai 2011 diadakan Majlis Anugerah Nilam Peringkat Kebangsaan.
Majlis makan malam nie dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran. Makanan sedap, persembahan pun menghiburkan.

Bersama PTP dari PKG Sentol.. Puan nie orang Muar... dia siap minta no telefon aku. Dia cakap kalau dia balik Muar nak pegi melawat dusun arwah atoknya dia nak kol aku.
Dia siap soh bawa guni sebab banyak manggis. Sedap tu...

Bersama KPP Negeri Johor dan Abg Man.
Petugas dari BTP, Bukit Kiara..
Sedondon tak?? ehem.. ehem...

Nie hari terakhir 17 Julai, 2011. Ada sessi soal jawab dan penutup, semuanya berjalan lancar dan masing2 dah tak sabar nak balik rumah.

Pengalaman selama 4 hari amat aku hargai dan semuanya indah dan manis bagi aku. Syukur Alhamdulillah.. Segala puji bagi Allah... Dia telah memilih aku dikalangan rakan2 yang lain.

Bengkel Membudayakan Kecemerlangan Perkhidmatan 2011 - Siri 2

16 Julai, 2011.. hari yang bersejarah buat aku. Pagi nie aku akan terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.. anugerah yang tak pernah aku terfikir akan dapat. Ya aku tau aku bukan calon pilihan.. tapi telah ditakdirkan yang kali nie ianya milik aku jadi aku terima. Aku berkerja kerana Allah untuk memberi rezeki yang halal buat anak-anak dan mak. Jadi aku rasa inilah balasan Allah buat aku. Syukur Alhamdulillah.. segala puji hanya untukNya...

Bersama Rawinda dari PKG Labuan. Aku berkenalan dengan dia di Bengkel Pengurusan Fail dan Rekod di BTPN Pahang. Ini kali ke-2 kami bertemu..
Di Bukit Melawati.. kali pertama.. seronok dan teruja.
Bersama abg man, rakan dari Kota Tinggi.

Bengkel Membudayakan Kecemerlangan Perkhidmatan 2011

14 -17 Julai, 2011 aku berkampung di Hotel Quality Shah Alam untuk menghadiri Bengkel Membudayakan Kecemerlangan, Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Majlis Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan.

Aku bertolak dari Tangkak lewat.. jadi sampai kat Shah Alam pun lewat.. jam 4.00 petang baru sampai. Ingatkan dapatlah singgah makan2 kat R&R.. tapi sebab kejar masa... terpaksa tahan perut. Menunggu orang sampai aku kebuluran.

Lagipun aku bukan pernah drive ke Shah Alam sendiri. Nasib baik GPS ada.. Thanks ya Cik Teratai a.k.a Cik GPS... hehehehehe...

Sudahnya aku pening kepala. Berdenyut2 sakitnya dan terpaksa telan panadol barulah aku bleh tido. Aku jamah nasi jam 7.00 malam kat hotel tapi cuma masuk sikit je sebab perut dah masuk angin. Tak nak lah citer panjang.. kita layan gambar je ye?? Ini gambar2 pada 15 Julai.. dalam bengkel dan juga malam rehearsal majlis APC.

Tuesday, July 19, 2011

Doa Qunut...

Arini Dani meragam..

"Baby pening kepala lah umie."

"Adik mandi basuh kepala, nanti oklah tu." "Nie msti adik tak banyak minum air nie."

"Taklah... pening nie."

Dani baring.. aku dah menjerit dari dapur sebab dah lewat nak masuk keje petang. Nak amik Lyana kat SK sebab dia ada program Mento Mentee.. balik lambat. Amik Lyana terus hantar ke sekolah agama. Lyana salin baju dalam kereta je.

Tetiba je dengar suara anak buah aku.

"Akak Su tau nama baby pening."

"Tak nak lahhhhh..." Dani pura-pura menangis.

Nak tau apa sebabnya????

Sebabnya???

Rupanya Dani tak hafal doa Qunut lagi..

Aduyaiiii.. napalah Dani tak cakap gan Umie??

Tapi yang buat aku bertambah pelik.. masa dia solat subuh... masa part baca doa Qunut tu dia baca apa ek???

Aaaaahhhhh..... semputtttt.......... tanjat gegirl....

Migrain aku!!!!

Monday, July 18, 2011

Tolonglahhhhhhh..........

Aku tak tau kenapa aku jadi orang yang terlalu menghormati masa. Bukan saja masa aku... tapi masa orang lain juga. Aku tak suka masa aku terbuang begitu saja. Aku lebih suka buat semua kerja cepat dan habiskan sebelum waktunya agar aku boleh buat kerja lain atau aku boleh duduk goyang kaki dan berehat selepas itu.

Aku memang benci... tak suka.. menyampah... jaki... bosan... meluat... dan semua yang sewaktu dengan maksud-maksud perkataan yang aku dah taipkan diatas tadi dengan orang yang tidak menepati janji dan orang yang cuai dengan masa.. yang tak menghormati masa. Kalau kau tak menghormati masa maknanya kau tak menghormati orang lain dan kau seorang yang amat mementingkan diri sendiri.

Apa yang aku nak ceritakan adalah sedikit saja daripada kisah yang aku lalui sewaktu aku pergi berbengkel di Shah Alam pada minggu lepas.

1. Aku dah tetapkan waktu untuk bertemu ialah selewat-lewatnya jam 12.30 tengahari. Tapi dia naik bas dari rumah jam 11.30 pagi.. perjalanan yang biasanya kalau aku naik kereta nak ketempat dia memakan masa 1 1/4 jam bayangkan kalau naik bas awam? Tentu masa perjalanan akan bertambah lambat.

2. Aku terpaksa menunggu dari jam 12.30 tengahari sehingga jam 1.00 petang. Ada lagi yang sedang menunggu kita di R&R yang memakan masa 5 min perjalanan (kalau aku bawa 110km/j)

3. Yang menunggu di R&R dah naik KERAS menunggu. Dari 12.30 diaorg lepak sampailah aku sampai jam lebih kurang 1.30 petang. Tengok... dekat sejam menunggu.. berapa banyak masa telah dibazirkan???

4. Tolonglah.. kalau menumpang orang buat cara menumpang. Biar kita tunggu orang.. jangan orang tunggu kita. Kalaupun orang terpaksa menunggu kita.. tolong ambil masa seminima yang mungkin. Jangan sampai orang merungut atau bosan menunggu.. Kan kita dah banyak buang masa disini???

5. Waktu makan dan sessi bengkel... yang nie buat aku betul2 angin. Janji nak keluar makan jam 7.45... Jam 7.00 aku dah siap mandi manda.. masuk waktu terus solat lepas solat terus berkemas dan siap untuk makan pada jam 7.40 malam.

6. Aku keluar bilik tepat jam 7.45.. ketuk2 pintu bilik.. masing2 terjongol kepala masih tak bertudung. Alasan.. baru je siap solat.. Eeemmm... perancangan masa??? Camne tu?? Aku tak harap dia ikut stail aku.. tapi hormati masa aku. Tolong jangan buat orang menunggu.

7. Waktu berjalan di Mall.. tengok2 baju. Yang aku geram.. aku dah 10 langkah dihadapan.. dia baru je3-4 langkah. Langkah macam orang catwalk dan macam itik pulang petang.. lambat selambat-lambatnya... sampai aku terpaksa berhenti dan menunggu.

8. Yang nie buat aku betul2 rasa sakit jiwa rasa nak hempas2 kan kepala kat dinding... Majlis jamuan rasmi bermula jam 8.30 malam. Janji nak keluar jam 8.15 malam. OK... aku cakap aku lewat sebab sakit perut... jam 7.30 malam aku dah siap mandi tapi masih tak berkemas..

9. Jam 8.00 malam aku mula berkemas... tapi cara aku berkemas... mula-mula pakai bedak.. siap berbedak.. aku lepak jap tengok TV.. dalam 1-2 minit.. aku bangun pakai gincu.. then duduk semula tengok TV... selang 1-2 minit aku mula pakai baju.. duduk semula sambil sikat rambut.. Aku sebenarnya bosan sebab aku rasa aku terlalu lembab...

10. Jam 8.15 malam aku mula pakai tudung aku fokuskan telinga aku dengan bunyi-bunyian dari luar. Aku nak dengar bunyi pintu bilik dibuka sebab jam dah menunjukkan pukul 8.15 malam.

11. Siap bertudung.. pakai kasut aku tengok jam... 8.20 malam. Aku keluar... cuba ketuk pintu bilik.. dan akhirnya....


AKU MACAM ORANG BODOH MENUNGGU DIA LAGI DI DEPAN PINTU BILIK DIMANA DIA MASIH TAK SIAP LAGI MEMAKAI TUDUNG.

Kalaulah korang semua berada ditempat aku.. agak2 sakit tak hati?? Aku rasa nak menjerit... nak hantuk2 kepala kat dinding sambil memaki hamun diri aku kenapa aku jadi begitu CEPAT dan mengapa aku bersama orang yang terlalu LAMBAT!!!! ooohhhh.. terus teringat lagu lama.. AKU KAH TERLEWAT ATAU WAKTU YANG TERLALU CEPAT????

Ini baru sedikit.. kalau aku nak tambahkan memang banyak. tapi aku tak sangup nak taip lagi sebab aku memang sakit hati.

Buat semua.. tolonglahhhhh hormati masa orang lain.


Monday, July 11, 2011

Sujud Syukur

30hb Jun... Aku bercuti sebelum ke Kuala Lumpur, Kedah dan Langkawi.

Lepas makan ubat aku baring bagi merehatkan badan. Terdengar bunyi sms masuk di telefon aku.

En K : Tahniah dapat apc

Aku bingkas bangun sambil mengurut dada... terkejut...

Aku : Bio betul awak?

En K : Tahun ni banyak bagi PT.

Aku : Nama saya ada ke?

En K : Ada Sarinah bt.....

Aku : Ye ke? senarai ada kat awak ke? Markah saya tak tinggi pun.

En K: Ada. BTPNJ ada 16 orang dapat.

Aku : Alhamdulillah kalau ya... Muar sapa lagi yang dapat?

En K : Saya tak berapa ingat.

Dalam masa 1/2 jam aku dapat panggilan dari pejabat minta aku datang seketika. Ada urusan rasmi.

Sah aku berjaya mendapat APC tahun nie. Syukur Alhamdulillah...
Aku tau aku tak dicalonkan tapi dah rezeki aku.. aku terima dengan hati yang terbuka cuma aku terfikir mengapa aku yang dapat, mengapa calon pilihan yang dipuji2 tak dapat langsung.

Sepanjang berada di Kedah dan Langkawi aku masih memikirkan tentang perkara ini. Kebetulan Pen Pengarah sendiri menyertai kami dan aku ajukan persoalan tersebut padanya.

Jawapannya mudah. Tahun lepas dia datang memantau ke pejabat aku. Dia puas hati dengan kerja aku. Sistem pengurusan fail aku yang lengkap dan Pejabat aku berjaya mendapat Anugerah Pengurusan PKG Cemerlang. Jadi dia mencalonkan aku dan Alhamdulillah... aku berjaya. Dia juga menegaskan sewaktu mesyuarat SKT yang lepas apabila dia mengutarakan soalan... semua soalan tersebut aku dapat jawab sedangkan kawan2 yang lain semuanya mendiamkan diri. Jadi tak salah dia pilih aku..

Aku terdiam.. bila aku ajukan tentang calon pilihan... jawapannya... "SAYA MINTA ITU TAK DE.. SAYA MINTA NIE.. TAK TAU... MACAM MANA SAYA NAK KASI DIA???"

Eemmm... no komen tuan...

Yang buat aku tak puas hati, calon pilihan.. perli2 aku kat FB... macam2 yang dia perli padahal kami selama nie berkawan baik. Aku kecewa dengan sikap dia.. bukan aku yang minta.. aku menjalankan tugas mengikut SKT dan juga Fail Meja aku... Jadi jangan salahkan aku.

Tengahari tu... aku melakukan Sujud Syukur... dan aku menadah tangan bersyukur kehadrat Ilahi diatas kurniaan Nya nie. Aku bukan saja dapat APC.. aku juga berjaya mendapat Anjakan Gaji kerana telah lulus peperiksaan tahun lepas.

Tahun nie majlis akan diadakan di Hotel Quality Shah Alam, bermula 14 - 17 Julai, 2011. Tak sabar rasanya nak pergi.. Nak kena cari baju baru nie... hehehehe...

Alhamdulillah... rezeki anak2...


Ladang Anggur di Tasik Beris, Kedah - Balik Tangkak..

3 Julai, seawal 7.30 pagi kami bertolak balik ke Johor. Kami cuma sempat singgah di Ladang Anggur Tasik Beris, Kedah. Aku tak pasti samada terletak di Gurun atau Sik. Nak singgah Penang pun tak sempat..

Akak Nilam kena pastikan kami semua sampai awal di Johor sebab hari Isnin kami semua bekerja seperti biasa.

Sepanjang perjalanan dari Alor Star ke Ladang Anggur, hujang turun dengan lebat. Tiba di Ladang Anggur kami terpaksa meredah hujan. Hampir sejam kami disini. Bergambar dan membeli buah tangan. Sedap tau anggurnya walaupun kecil2 tapi manis.














Dalam perjalanan balik tiba di Taiping kami terserempak dengan kemalangan nie. Siap kuar TV n suratkabar. Jem dekat sejam kat sini.. perut dah berkeroncong.. cuaca dah kembali panas. Aku dapat tahu dari TV pemandu dia lari... kau dah salah ko lari ek??? bodoh punya driver...

Aku sampai kat Tol Tangkak jam 9.00 malam. Penat tapi aku puas ati. Aku gembira tengok Lyana, Adib dan Dani. Mereka berlari dan berebut2 untuk memeluk aku. Rindu pada umie katanya... Umie pun rindukan sayang-sayang umie nie...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails