Saturday, June 18, 2011

Terkesima

"Saya sedih dengan cerita Adib."Luah cikgu kelas Adib sewaktu aku bertemu dengannya tengahari tadi. Kami bertemu dipertandingan mewarna yang dianjurkan oleh sebuah bank di pekan.

"Saya minta dia buat karangan tentang keluarga. Biasalah.. awal-awal tahun mesti ada subjek tentang keluarga." " Bila buat kisah tentang Ibu Saya dia buat cantik je... tapi bila tiba bab Ayah Saya.. dia cakap tak de idea."

"Saya cakap kat dia, awak buatlah kisah awak dengan ayah awak. Awak ceritakan apa yang awak buat bersama. Apa yang ayah awak suka buat dengan awak.. tapi adib mencebik."

"Saya tak tau.. saya tak de idea. Saya dengan babah tak de yang kitaorang buat sama-sama. Dia tak de datang jumpa saya pun.. telefon pun tak pernah. Kalau jumpa pun masa cuti sekolah. Itupun susah. Adib pandang cermin tingkap.. saya tengok airmatanya meleleh. Sedih saya." Sambung cikgu tersebut.

"Insya Allah cikgu, dah besar nanti saya nak jaga umie saya. Saya tak nak jadi macam Babah saya. Saya jaga keluarga saya sendiri baik2. Itu yang Adib cakap dengan saya."

"Saya kesian dengan dia. Dia bijak, sopan budaknya. Baik bahasa dan pandai bergaul. Tapi sayang emosi dia terganggu. Dia selalu pening kepala.. saya tau sebab dia selalu fikir tentang ayah dia. Dia tentu fikir, napa ayah dia tak macam ayah orang lain. Dia cemburu bila kawan-kawan cerita tentang ayah diaorg, punya keluarga yang sempurna, tapi dia tak boleh nak cerita apa-apa."

"Saya doakan yang terbaik buat dia..."

Aku terkesima.. kelu lidah untuk berkata-kata.

Hanya hati aku yang menangis... Maafkan umie sayang... umie tak mampu menjadi ibu dan ayah dalam satu masa.

Teruslah Kau Ke SyurgaNya...

" Kak Ina, Abg Amri anak Mak Lang Pon meninggal." Aku terdengar suara Yanti, sepupu aku dihujung talian.

Daripada Dia kita datang, kepada Dia kita kembali.

Terbayang wajah Abg Amri diruang mataku. Dia bukan insan yang biasa.. dia seorang yang anak yang luarbiasa.

Lahir dalam keadaan sempurna. Umurnya aku tak pasti tapi dalam lingkungan 38 tahun.

Akak Meran menceritakan yang dia seorang anak yang comel sewaktu kecilnya. Tembam, bermata sepet dan berkulit putih. Betul-betul mendapat gen dari Mak Lang Pon.

Aku tak tau tarikh atau tahun sebenar peristiwa itu berlaku. Tapi yang aku pasti pada hari kejadian angin kuat telah melanda kampung kami. Rumah arwah Atok sebelah arwah Abah terletak dibelakang rumah kami. Dikelilingi oleh pokok-pokok getah dan tentu saja jika berlaku angin kuat, semua pasti akan ketakutan. Takut pokok getah itu tumbang dan menimpa rumah kami.

Sewaktu angin kuat melanda kampung kami, Mak Lang Pon membawa anak-anaknya seramai 3 orang kerumah kami. Dibelakang rumah aku ada sebatang pokok kekabu (banyak perkara mistik berlaku berkaitan dengan pokok tersebut). Sejak dari peristiwa tersebut, Abg Amri mendapat demam panas dan dia terus berubah dari bayi yang sihat dan comel ke seorang yang pasif. Puas berubat tapi keadaannya tidak berubah. Ramai menyatakan yang dia telah disampok.

Dia membesar seperti orang lain tapi dia seperti orang hilang akal. Dia tak gila.. cuma dia pasif. Dia memahami setiap pertanyaan dan menjawab dengan sempurna cuma dia menjadi pasif. Akal dan perlakuannya sama seperti kanak-kanak.

Segala perkara semuanya perlu dibantu. Mandi, makan, minum semuanya perlu dibantu dan disediakan.

Kami sekeluarga menyayangi dia. Semuanya melayan dia dengan baik. Dia tidak pernah mendatangkan masalah buat keluarganya... mahupun orang sekeliling.

Sehinggalah semalam... dia mendapat demam panas yang akhirnya membawa kepada pemergiannya. Ya.. Allah lebih menyayangi dia..

Kami semua diselubungi kesedihan tapi kami redha dengan ketentuan Ilahi.

Abang Amri... Moga kau terus ke syurgaNya.. sesungguhnya dirimu bersih dari sebarang dosa. Ya Allah cucuri rahmat keatas rohnya...

Al-Fatihah....

Friday, June 17, 2011

Selamat Hari Jadi Imam Muda Umie..


13 Jun, 2000..


Setahun lepas aku selamat melahirkan Lyana.. Pagi 12 Jun, 2000.. aku kesakitan. Sehari sebelum itu, kami semua sama-sama meniup lilin genap setahun usia Lyana. Saja disambut awal kerana aku dijangka melahirkan bayi ke-dua kami pada tarikh sama dengan tarikh lahir Lyana.


Pagi Ahad, aku mengejutkan babah. Babah bergegas mandi dan bersiap menghantar aku ke Hospital Seremban.

Seharian aku menanggung kesakitan. Kali nie aku lebih bersedia. Mungkin kerana aku telah belajar dari pengalaman yang lepas.

Menjelang Isyak.. perut yang sakit tak boleh ditahan-tahan lagi. Aku segera dihantar ke Bilik bersalin. Hospital Besar Seremban lebih moden dan lebih teratur. Semua ibu diletakkan dibilik yang berasingan.


Sakit aku berterusan tapi air mentuban masih tak pecah. Jalan telah terbuka sedikit. Seorang doktor Cina lelaki datang dan proses memecahkan mentuban berlaku.. Aku difahamkan.. kalau hendak "Teran" baby keluar kena tunggu jalan terbuka sehingga 9cm. Setiap sejam kesakitan yang aku lalui, jalan hanya akan terbuka cuma 1cm saja.. 9cm.. maknanya 9 jam.. aduyai...


Tapi aku bertuah pada kali nie, baru setahun melahirkan Lyana, maknanya jalannya masih baru dan mudah untuk melahirkan. Tepat jam 12.33 pagi.. 13 Jun, 2000 aku selamat melahirkan Baby boy.


Mata tak lepas dari memerhatikan baby. Proses yang sama aku lalui sewaktu melahirkan Lyana aku lalui juga pada kali nie. Bayi lelaki berkulit putih merah kemas dalam dakapan aku.


Indah.. sungguh indah. Aku menangis lagi. Bukan kerana kesakitan... tapi kerana kegembiraan. Bagi aku.. lengkaplah sudah sebuah keluarga. Lengkaplah sudah cahayamata kami.. sepasang. Apa yang diimpikan oleh semua lelaki.. bayi yang bakal meneruskan legasinya.


Keluar dari bilik bersalin jam 3 pagi. Babah menanti bersama dengan sepupunya.. Tugasnya sebagai bapa dilunaskan. Kelahiran baby ini lebih mudah dari sebelumnya..


Muhammad Adib Hakimi.. nama pilihan kami.


Terpuji Beradab Sopan Pujangga Bijaksana.


Antara makna-maknanya..


Dia seorang kanak-kanak yang pintar. Setelah kehilangan Imam yang sepatutnya dalam hidup kami, Aku mahu dia menjadi Imam aku. Langkah yang terbaik aku hantar dia ke Sekolah Rendah Agama Lughatul Arabiah. Disana dia diajar menjadi seorang muslim yang terpuji. Selain ilmu berkaitan dengan hukum-hukum Allah, dia juga diajar menjadi seorang Imam. Ya.. dia kini telah berupaya menjadi imam buat kami.. Dia mampu membaca doa dengan baik.. Tiada lagi yang aku pinta kerana Allah telah mengurniakan permata didalam hidup aku.


Adib seorang yang anak yang bijak, manja, penyayang cuma dia agak kasar. Aku tahu dia menjadi seorang yang suka memberontak kerana dia berusaha meraih perhatian aku. Bila berhadapan dengan Adib, aku selalunya akan bersifat lebih lembut walaupun kadang-kala kesabaran aku tercabar. Aku ajar Adib agar menjadi lebih kuat dan yakin dengan dirinya. Aku mahu dia menjadi pelindung kepada Lyana dan Dani. Ya.. dia memang boleh diharap.


Adib.. Selamat hari jadi yang ke11 tahun sayang. Jadilah anak yang Soleh.. jadilah anak yang boleh memberikan makanan buat umie dan babah ketika kami di"sana" nanti. Jagalah tingkah laku mu sayang.. Umie doakan Allah memberikan keredhaan dan syurgaNya buat Imam Muda Umie...



Panjang Usia Mu Sayang...




12 Jun, 1999..

Masih segar dalam ingatan aku.. Saat aku melahirkan cahayamata aku yang pertama di Hospital Muar. Dalam kesejukan malam yang disertai dengan cuaca yang amat buruk. Hujan lebat disertai dengan angin dan guruh dan kilat diluar.. disertai dengan kesejukan yang dikeluarkan oleh alat penghawa dingin jenis lama yang dilekatkan didinding.. betul2 dihujung katil tempat baring didalam bilik bersalin.

Aku terbaring dikatil keseorangan sambil menahan kesakitan yang setiap 2-3 minit datang.. Jam menunjukkan angka 9.30 malam. Aku berada disitu sejak 8.00 malam.

Jiran dari katil sebelah juga yang baru lepas bertarung nyawa sedang enak duduk sambil cuba menyusukan babynya terus memberikan sokongan buat aku.. sesekali keluar dari mulutnya.. "Teran je kak.. teran je.."
Aku gemuruh.. dalam kesakitan aku berfikir.. "teran" yang bagaimana dia maksudkan.. Ini pengalaman pertama aku.. maksud "teran" tu sendiri.. buat aku bingung.

Aku rasa banyak sungguh air yang keluar. Tapi bila aku jengah kebawah katil.. tak pulak aku nampak air bertakung.. Air mentuban dah pecah tapi MISI yang dah hampir separuh abad umurnya menyatakan jalan masih belum terbuka.

Berulang kali pintu bilik bersalin tu terbuka.. semua lalu didepan katil.. 2-3 orang ibu yang juga seperti aku menahan kesakitan ditunda dengan WILCHA.. terpancar diwajah masing-masing ketakutan sambil menahan kesakitan..

Selang beberapa ketika aku mendengar tangisan bayi.. ya. aku ingat.. 3 orang yang masuk selepas aku telah pun selamat melalui proses semulajadi dimana nyawa kami semuanya berada diubun-ubun. Tapi aku masih disitu.. menangis bukan saja kerana kesakitan tapi kerana kesejukan..

Jiran sebelah menyebelah aku juga telah beredar pergi dibawa MISI ke wad. Aku??? tolonglah MISI.. aku tak tahan lagi.

Menjelang tengah malam.. 12.30 pagi.. (pagi ke tengahmalam?) hanya aku tinggal seorang dibilik itu. 3 orang MISI yang berumur setengah abad membantu aku. Kesemuanya peramah.. memberikan sokongan dengan senyuman yang manis. Air selusuh yang mak aku bekalkan telah aku telan.. juga telah MISI curahkan diperut aku yang menghening.

Dihujung kaki.. duduk seorang doktor lelaki, muda belia.. mungkin doktor pelatih. Malam nie saja, dia telah menerima 2 kali tendangan dari aku. Kita sebok melayan sakit.. dia sebok menyeluk "TUT" aku.. nak rasa jalan dah buka ke belum. Dia mengadu kepada MISI yang berumur separuh abad apabila menerima tendangan aku tapi akhirnya mengalah kerana akhirnya MISI itu sendiri memarahi dia kerana mengganggu aku.

MISI sebelah kiri.. menekan2 diulu hati aku kerana kepala bayiku dah kelihatan. MISI sebelah kiri.. memegang kepala aku sambil mengajar aku cara nak "Teran".. MISI dihujung kaki berulang meminta aku... "PUSH.. PUSH.. PUSH.. " " Sikit lagi dik.. kepala dah separuh nie.."

Aku kepenatan.. sakitnya... dikepala aku teringatkan mak.. Sakitnya mak... bibirku tak berhenti-henti menyebut "Allah"..

Tiba-tiba aku rasa sesuatu yang amat lembut keluar diikuti dengan tangisan yang amat nyaring disamping kelegaan yang amat sangat..

MISI berumur separuh abad yang menyambut bayi itu terus menjerit.. " Alhamdulillah!! baby girl"

Baby girl dibawa kedakapan aku selepas dia menjalani proses pembersihan.. Terkesima.. menitis airmata melihat indahnya ciptaan Allah yang telah dikurniakan kepada aku.. Semuanya aku teliti.. jari-jarinya.. bibirnya.. matanya.. telinganya.. Baby girl yang masih merah tu aku kucup dipipi.. Indah sungguh kurniaan Allah buat aku.

Jam 2.30 pagi aku dihantar ke wad dengan menggunakan WILCHA.. Diluar aku disambut oleh mak, suami dan akak ipar aku. Babah menjalankan tugas pertamanya sebagai seorang bapa.

Itulah detik-detik terindah dalam hidup aku yang tak mungkin dan tak ingin aku lupakan.

Lyana Yasmeen.. bermaksud Keharuman Bunga Yasmin menjadi pilihan aku dan babah.

Keharuman Bunga Yasmin... Umurnya telah mencecah 12 tahun. Anak gadis yang manja, masih mahu dibelai dan dia tak segan-segan mencium dan memeluk aku dikhalayak.. Dalam masa yang sama dia telah pandai berdikari dan boleh diharap untuk membantu aku. Dia boleh disuruh untuk membantu aku seterika baju sekolahnya sendiri, membantu mengangkat baju diampaian, membantu menyediakan hidangan makan malam dan tak lupa menyediakan tempat tidur untuk adik-adiknya.

Keharuman Bunga Yasmin.. Doa tulus dari umie.. moga dirimu menjadi anak yang solehah, penyayang dan menjadi insan yang berguna dimasa hadapan. Umie sayangkan simanis umie ini.. Jagalah diri dan maruah dirimu.. Moga Allah merahmati simanis umie dan menempatkan dirimu di syurgaNya nanti.

Selamat hari Jadi yang Ke12.. Keharuman Bunga Yasmin..

Wednesday, June 15, 2011

Berhenti berharap...

Noktah telah aku letakkan.. tak perlu untuk aku berharap lagi kerana sememangnya tiada apa yang perlu aku harapkan. Tiada siapa yang boleh aku gantungkan pengharapan.

Aku tak pernah minta jadi begini tapi yang pasti, Allah tahu yang terbaik buat diri aku. Aku juga tahu apa yang berlaku sekarang adalah kifarah dari dosa-dosa aku yang lalu. Aku telan jua walaupun pahit kerana ini adalah pilihan hidup yang pernah aku ambil dulu.

Tiada apa yang aku kesalkan kerana segala keburukan yang datang adalah kerana ianya datang dari aku sendiri.

Aku tinggalkan dibelakang segala kekecewaan.. aku tinggalkan dibelakang segala kerunsingan.. aku tinggalkan dibelakang segala kekalutan.

Aku biarkan apa yang telah berlaku didalam hidup aku kebelakang dan yang pasti aku tak mahu berpaling lagi. Tak ingin aku palingkan lagi.. tak ingin aku menoleh lagi bagi mengenang segala kelukaan.

Aku telah berusaha menyalurkan aura kasih sayang kepada orang yang aku cintai kerana aku percaya, kasih sayang yang kita beri maka kasih sayang juga yang akan kita perolehi. Dan itulah kesilapan yang paling besar telah aku lakukan.

Kesilapan aku kerana aku memberikan pada orang yang salah. Dia tidak selayak nya untuk menerima ketulusan kasih, sayang, cinta, rindu dan kesetiaan aku... Kesilapan aku juga kerana aku menjadi terlalu setia.. sehingga bila hati aku terluka ianya menjadi terlalu sakit dan menyedihkan.

Dan kini.. kasih, sayang, cinta , rindu dan kesetiaan telah aku bungkuskan kembali dan aku simpan untuk aku persembahan kepada orang yang selayak menerimanya..

Selalu aku katakan kepada akal dan hati.. Pasti ada insan lain yang lebih baik dari yang sebelumnya untuk aku, cuma aku tak tahu bila ia akan berlaku.

Aku telah berusaha.. aku telah berdoa.. dan kini aku serahkan semuanya pada DIA.. kerana hanya DIA mengetahui segala-galanya...

Thursday, June 9, 2011

Majlis Perujian Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Johor

Aku sebenarnya rasa kesal dengan layanan pihak Pejabat Agama Daerah Ledang dan juga Pejabat Daerah Ledang terhadap kumpulan Nasyid SK Ledang.

Kesal kerana anak2 yang membuat persembahan tersebut bukan saja tidak diberikan cenderahati.. Air mineral sebotol pun tak merasa.

Ok.. aku ceritakan kisah yang berlaku sewaktu majlis tersebut berlangsung.

1. Sebelum persembahan, anak2 nie semua bersiap dibelakang layar besar ditengah padang - bukan di belakang pentas yang lebih tersorok dan privacy.

2. Cikgu2 bertungkus lumus menyiapkan anak2 ini, mengemas mereka didalam samar lampu yang dibias dari dalam khemah tetamu.

3. Selesai nasyid.. tak de air, tak de kuih.. semuanya tak de.. kalau tak kasi cenderahati aku tak kisah lagi.. tapi kalau air mineral sebotol pun takkan tak boleh kasi?? Kan anak2 nie baru je lepas menyanyi.. tekak kering. Tak salah kan kasi sebab aku tengok di meja pengacara dan dibelakang pentang berkotak2 air mineral.

4. Perkara ini tak akan berlaku kalau mereka memanggil artis. Bukan saja mereka menyediakan bilik penginapan, bilik persalinan, air minuman, makanan bahkan bayaran juga akan mereka berikan..

5. Apa sebab mereka nie budak2 sekolah maka Pejabat Agama dan Pejabat Daerah boleh buat mereka sesuka hati?? Layanan yang diberikan macam anak2 apa je.... bukan anak2 nie saja dilayan teruk.. guru2 pengiring juga mendapat layanan serupa. Tapi demi tanggungjawab, amanah yang diberikan dilaksanakan sebaik mungkin. Tahniah aku ucapkan pada Ustazah2 dan Ustaz2 yang membimbing anak2 ini.

Orang2 Pejabat Agama Daerah dan orang2 Pejabat Daerah Ledang... korang jawablah nanti ya... memang korang tak bertanggungjawab!!!!.. DO Mana??? DO pun cam ******!!!!!

Trauma

Dah lama aku tinggalkan blog aku nie.. sampai bersawang jadinya. Tapi kalau setakat sawang labah2 aku ok lagi.. jangan sarang lipan.. aaahhh... nak menaip perkataan itupun aku tak sanggup..dah buat aku fobia, apalagi bila tengok benda alah tu... Aku memang geli, takut, seram dan pernah seminggu tido aku tak lena dengan penangan benda alah tu..

Trauma aku nie bermula dari umur aku 5 /6 tahun (tak pasti), tapi yang aku pasti sangat malam bermula segala2nya.

Aku baring disebelah mak sambil menonton TV. Mula2 aku rasa seperti ada sesuatu yang mengusik ibu jari kaki kanan aku. Aku kuis sedikit kerana menyangkakan semut. Ibu jari aku diusik lagi. Aku mengadu pada mak. Mak cakap bangun, tengok dan buang semut tu.. Aku bangun dan wahhh... dihujung ibu jari kaki aku lipan sebesar ibu jari kaki org lelaki (org lelaki sila check ya ibu jari kaki anda), merah dengan panjang sejengkal.

Macam histeria aku menjerit dan melompat (dah macam katak) sambil melarikan diri keatas katil. Seisi rumah dah kecoh dan gempar dengan jeritan aku. Mak terus mencapai penyapu lidi dan membunuh lipan tersebut. itulah tugas seorang ibu, walaupun dia sebenarnya geli dengan lipan, tapi dia akan buang perasaan tersebut dan bersedia melindungi anak2nya.

Aku demam hampir 3 hari.. dan sejak dari itu, aku jadi fobia. Aku memang tak boleh tengok.. bukan saja lipan hidup, lipan dalam tv, lipan mati... gambar lipan pun dah buat aku geli geleman.. Eeeiii... kadang2 sampai termuntah2 tau..

Duduk rumah kampung, benda alah tu memang ada.. walaupun jarang2 jumpa, tapi kami sentiasa berwaspada. Banyak sebenarnya perkara yang berlaku tapi kebanyakkannya aku dapat mengelak. Pernah sewaktu aku hendak mengemop lantai dapur.. tengah aku sedap2 memerah mop.. keluar dari celah2 mop. Tengah aku sebok2 masak untuk berbuka.. benda alah tu berjalan selamba je lalu sebelah aku. Waktu aku membasuh baju, benda alah tu keluar dari timbunan baju kotor.

Pernah juga benda alah tu dok lepak dalam kasut Adib.

Adib : umie ada benda dalam kasut abg nie.. kaler merah.. tolonglah kuarkan.

Umie : Apa dia??

Aku tak selak lidah kasut.. aku terus hentak kasut hitam Adib
tetiba melompat lipan keluar.. terus jatuh ke lantai...

Umie, Adib, Lyana dan Dani : AAAAAAAAAhhhhhhhhhhhhh... aaahhhhhhhhh.. aaaahhhhhhhhh... (sambil melompat2 dan menjerit2 macam tak ingat dunia.)

Mak : Mesti ada MARE tu... (ayat standard mak bila dia dengar aku menjerit)

Bestkan dialog tu??? Itulah yang terjadi beberapa bulan lepas. Nasib baik mulut kasut tu aku halakan tempat lain, sebab mula2 aku memang nak halakan ke badan aku, kalau tak.. mau benda alah tu hinggap kat badan aku..

Aku kalau nampak benda tu memang aku akan jerit kaw kaw punya.. macam org kena histeria.. hehehehe.... satu rumah tau perangai aku.

Bulan lepas adalah kemuncak pada segala kejadian yang melibatkan benda alah tu. Pagi ahad yang hening.. selesai solat subuh aku melipatkan telekung dan sejadah. Aku angkat untuk diletakkan di penyidai. Terasa sesuatu menjalar ditangan kanan aku, dikepala cuba terbayangkan labah2. Aku tepis dengan tangan kiri dan..

" PEK " jatuhlah benda alah tu diatas lantai, panjang dan besar... telekung , aku lepaskan sama...

Umie : " AAAAAAAAAhhhhhhhhhhhhh... aaahhhhhhhhh.. aaaahhhhhhhhh... (sambil melompat2 menuju kebilik mak dan menjerit2 macam tak ingat dunia.)

Sekali lagi mak datang menyelamatkan aku.. anaknya yang penakut.

Seminggu aku tak cukup tido.. kejap2 terjaga dan jika tiba2 aku teringat peristiwa tersebut aku akan tersentak dan menepis tangan kanan aku menggunakan tangan kiri atau aku akan mengibas2 kan tangan sambil menggeleng2kan kepala.. semata2 nak menghilangkan gambaran kejadian tersebut.

Sehari selepas itu juga kereta aku terbabas ditepi jalan sebab aku panik bila terasa ada benda menjalar dikaki aku sewaktu memandu sewaktu dalam perjalanan balik kerja. Bila aku check.. ianya cuma seekor semut hitam. Punyalah aku trauma... dah sampai tahap gaban...

Kata orang kalau kita fobia dengan apa2 saja.. kita kena menghadapinya baru lah ketakutan kita akan hilang.. Aku pernah cuba, tapi tak berjaya dan aku masih lagi fobia dengan benda alah tu... Abis Camne???

Arnab???

Anda semua suka bela arnab??? Aku tak sebenarnya tak berapa minat.. bukan saja arnab.. semua jenis binatang peliharaan aku tak minat.

Lyana.. dia memang minat giler gan binatang2 nie.. sebab tu dia pernah cakap dengan aku dia nak jadi doktor haiwan. Mula2 aku memang galakkan dia.. tapi sejak keluar kat majalah dan suratkhabar tentang seorang bakal doktor haiwan yang bergambar dengan anak2 babi dan ada yang dipeluknya.. aku jadi takut dan geli.. terutama apabila membayangkan Lyana yang memegang binatang tersebut. Eeeeiiiii... Nauzubillah... minta dijauhkan... lari tajuk dah..

Ok.. Arnab kat bawah nie namanya MAT DEN.. Abg ipar dan akak aku sebenarnya yang mengusahakan gerai menjual arnab di Pasar Tani. Jadi pada sesiapa yang memang gemar.. minat.. suka.. cinta.. atau apa2 saja panggilan yang sewaktu dengannya, bolehlah ke pasar tani yang tertera dibawah untuk membeli secara terus atau juga menempah secara Online (wah.. jual arnab pun ada blog tau! hehehehe)... diblognya..
http://rabbitsuperb.blogspot.com



Mat Den yang comel.. baka baik... tapi mahal sikitlah.. Baka yang macam nie dah banyak akak aku jual. Lyana dapat je pegang Mat Den.. terus dipeluknya dan dibelai.. suka sangat dia.. Mat Den pun memang suka dibelai dan dimanja..



Sapa2 yang berminat... silalah ke blog diatas atau secara terus di...


Setiap Sabtu ;
Tempat : Pasar Tani Prima Saujana, Kajang
Masa : 7.00 am - 12.00 pm

Setiap Ahad ;
Tempat : Pasar Tani Paroi, Negeri Sembilan
Masa : 7.00 am - 12.00 pm

Tokey : JAMAL 019-2303848 (abg ipar)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails