Monday, March 28, 2011

3 Gelas Kosong

Petang minggu yang membosankan.. kepala pening sehingga terpaksa menelan 2 biji panadol. Bukan selalu dapat makan panadol, tapi bila sekali dapat makan terus 2 biji ditelan.

Berkebun bagi mengeluarkan peluh.. 2 lubang dapat digali dan ditanam dengan 2 batang pokok dukong dan petai. Sebenarnya ada 4 lagi pokok yang perlu ditanam.. Pulasan, manggis dan durian terpaksa diketepikan sebab tak tahan dengan tekanan.. Merah sudah tapak tangan yang lembut bak kapas.. aduh.. demi dia yang tercinta terpaksa diturut jua.


Setelah hampir 50 tahun tanah ini ditakluk ISRAEL.. PALESTIN berjaya mengambilnya kembali kerana dalam geran memang tertera nama yang memihak kepada PALESTIN. ISRAEL terpaksa menyerah kerana PRESIDEN AMERIKA telah meninggal dunia, PERDANA MENTERI BRITAIN terpaksa mengalah sebab tanah yang digunakan untuk parking kereta mewah dia dan anak-anaknya termasuk dalam kawasan PALESTIN, PRESIDEN PERANCIS tak amik pusing sangat sebab sebok dengan kehidupan keluarganya yang porak peranda. Nasib baik HAMAS sudi membantu kalau nak diharapkan dengan ARAB SAUDI.. gigit jarilah jawabnya.. PERDANA MENTERI BRITAIN sebenarnya takut dengan HAMAS.. mana tau kot-kot HAMAS akan melancarkan INTIFADA lagi.

Tiap-tiap malam PALESTIN melakukan sujud syukur, mensyukuri nikmat yang DIA berikan setelah hampir 50 tahun bersabar. Akhirnya SIRIH PULANG KE GAGANG. 50 tahun PALESTIN menumpang di khemah pelarian dan tuan tanah tempat perkhemahan itu sendiri berulang kali melihat keadaan tanahnya dan khemah yang didirikan takut jika khemah menjadi semakin kukuh dan besar.

Tugu-tugu monumen yang dibina oleh ISRAEL sedikit demi sedikit telah PALESTIN robohkan. Pada mulanya tugu itu hanya seluas bilik darjah yang selalu digunakan ISRAEL untuk mengajar anak muridnya tapi setiap tahun seiring dengan pendapatan hasil KEBUN KURNIA dari PRESIDEN AMERIKA sebelum beliau meninggal, keluasannya bertambah sehingga mampu memuatkan 5 bilik darjah. Memang ISEAEL terlalu tamak....

Alah.... dah menyimpang dari tajuk diatas.. tak pe nanti kita kembali pada tajuk tersebut.. Apa yang ingin ditekankan disini.. NIKMAT dari kesabaran PALESTIN selama ini amat manis sekali untuk dihirup. Seluruh keluarga PALESTIN begitu gembira sehingga andai ada peluang saja, setandan pisang lemak manis, seteko air kopi, seperiuk ubi rebus, meehun goreng dan sambal tumis dihantar ke surau bagi menjamu para jemaah yang sama-sama menadahkan tangan dan mengaminkan doa tanda kesyukuran.

Balik ketopik asal....


Usai menanam pokok petai yang menjadi idaman tercinta.. teriakan sikecil kedengaran. HP berbunyi dari orang yang amat dikenali.. terpampang soalan... senyuman terukir tanda gembira.. Insya Allah jemputan akan dipenuhi setelah jemputan terdahulu tak dapat ditunaikan kerana leka menguruskan yang tercinta.

Lepas Maghrib.. bersiap seadanya.. tak boleh cantik-cantik nanti takut dikata perasan. Mana tau yang mempelawa nanti akan berkata kita nak ngurat dia. Tersenyum sendiri sambil meneliti rupa dicermin mencari kesilapan.. mana tau ada tahi mata yang tertinggal.. air liur basi yang lupa untuk dilap.. (Pasti dia sedang tersenyum)

Sekecil menangis untuk mengikut tapi yang tercinta telah berjaya menarik perhatian sekecil.. syukur kerana tercinta memahami keperluan hati untuk melegakan seketika tekanan...

10 minit menanti.. sampai pun. Senyuman yang dilemparkan dibalas mesra... Agak lama tidak bertemu dengan dia.. maklum dia sibuk. Segelas besar air limau suam dan teh 'o suam terhidang.. jangan lupa RM5 ya???

Saling berbalas renungan dan senyuman. Sesekali terlepas gelak tawa kerana bicara yang mencuit hati... Berbagai kisah yang dikongsi bersama. Ada yang sependapat, ada yang berlainan pandangan semuanya disatukan dibawah lampu didataran itu. Pandang kiri... pandang kanan... ada yang menemani dan tidak mungkin menimbulkan kecurigaan. Percayalah.. ditempat lapang ini tak mungkin KHALWAT akan berlaku...

Catatan BLOGGER kegemaran, penangan Novelis Thriller pujaan, menyusuri susur galur keluarga, tentang kenakalan anak-anak, kisah penyakit dan kesusahan masa lampau juga perihal buku yang sedang dalam proses pembuatan dan bakal diterbitkan.. semuanya terhimpun menjadi hidangan makan malam. Puas menikmati keenakan jamuan itu dan akhirnya dipancarkan melalui senyuman penuh kekenyangan.

Teh 'O Suam dari 1 menjadi 2 cuma limau Suam saja yang masih bersisa, bukan apa tak mau nanti minta dicampakkan RM5 sebagai galang ganti pertemuan malam itu... Dia memang kelakar. Semua yang tertulis disini dirakam dan dimainkan kembali dan menjadi bahan gurauan..

Sejam telah berlalu.. malam semakin larut. Masing-masing perlu kembali semula kealam realiti. Dia harus pergi dengan janji Insya Allah untuk bertemu kembali...

Kita bukan sepasang kekasih tetapi teman yang saling memahami..

Saturday, March 26, 2011

Sengal...

Hari ini saya akan menceritakan kisah yang berlaku pada saya pada hari ini.

Hari ini hari Sabtu. Seperti biasa hari Sabtu dan Ahad adalah Hari Kelepasan Am saya yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia. Ini memandangkan saya adalah kakitangan Kerajaan...

Seperti biasa setiap pagi telefon saya akan berbunyi untuk mengejutkan saya dari tidur yang lena. Pada pagi ini ianya berbunyi pada jam 6.15 pagi. Saya terus bangun dan mandi. Solat?? Tanpa segan silu saya mengaku yang saya "berCOTI" pada hari ini (Sebenarnya dah 3 hari aku berCOTI).

Selepas mandi dan bersiap secantik-cantiknya(siap pakai gincu lagi) saya mengejutkan Lyana untuk Solat. Lyana bangun tanpa banyak ragam. Saya terus mengIRON baju Melayu Adib kerana pada hari ini dia ada persembahan NASYID disekolahnya sempena Mesyuarat Agong PIBG (seperti biasa aku malas nak pegi).

Semasa mengIRON baju, saya telah mengeluarkan suara TARZAN untuk mengejutkan Adib. Dia bangun dengan cepatnya kerana dia terlalu EXCITED untuk kesekolah. Bukan saja Adib yang terjaga apabila mendengar suara TARZAN saya, Dani pun terjaga juga (pandai pun bangun).

Selepas bersilat didalam bilik (kemas katil sambil merungut, mengarah anak-anak lipat selimut) saya pun keluar rumah untuk bersarapan dan menghantar Adib kesekolah.

Lokasi seterusnya ialah Kedai Makan Meecik (Orang Tangkak mesti tau kedai nie). Dari jam 7.10 pagi saya berada dikedai tersebut sehingga jam 7.45 pagi kerana keSENGALan pekerjanya. Saya meminta roti canai. Ya! Roti canai terhidang tetapi tak de kuahnya. Setelah 2 kali minta, baru kuahnya sampai (Dah abis separuh roti canai Adib makan) .

p/s : untuk pengetahuan NOR dan kawan2 sekolah aku yang baca blog nie.. kedai meecik dah pindah lokasi dan dah jual roti canai..

Dani mula buat perangai. Mula-mula dia minta roti canai tetapi kerana terliur dengan mee goreng, telur mata kerbau dan sate sotong yang saya makan dia telah merengek-rengek dengan muka 10sen meminta menu yang sama. (Sakitnya hati aku!!) Terpaksalah aku membungkus mee goreng tersebut. (nak bungkus pun kena masuk barisan)

Selepas menghantar Adib kesekolah saya memandu balik kerumah sebelum singgah membeli Lontong untuk mak terchenta dan juga singgah untuk beli sabun basuh baju. Acara wajib saya pada hari ini adalah membasuh baju yang dah diperam selama 7 hari a.k.a seminggu. (2 bakul beso aku kena hadap)

Sampai dirumah, saya bersilat lagi (asingkan baju). Setelah mendapat 5 longgokan baju seperti barang kitar semula mengikut kategori.. Seluar 1 longgok.. baju t-shirt 1 longgok.. baju kerja saya 1 longgok.. baju dan seluar yang kecil-kecil 1 longgok dan pelbagai (kain batik, tuala, baju kelawar) 1 longgok.. saya pun mula membasuh. Baju sekolah rendam dulu.

Hari ini kerja-kerja membasuh asyik terhenti saja sebab saya terlalu asik menonton TV (Hawaii Five 0 ). Jadi kerja saya pun lambat siap.

Jadi saya rasa kisah saya berhenti setakat ini saja kerana perkara-perkara berikut :-

1. Saya malas nak taip lagi.
2. Abg Ya dan keluarganya dah sampai dari KL.
3. Mak dah keluarkan suara TARZAN nya minta saya tolong dia masak.
4. Si comel Fawwaz dah sibuk menekan keyboard laptop saya nie. (Sekel nak?)

Sekian, terima kasih...

p/s : Nor... ok tak karangan aku???

Tuesday, March 22, 2011

Drama Sebabak...

Masa : 12.45 tengahari

Hari : tak ingat

Tarikh : Tak ingat tarikh sebenar tapi sekitar tahun 2009.

Lokasi : Jalan Serom 8 ke Kampung Seri Jaya.

Pelakon Utama :
Dani
Umie
Babah

Pelakon Tambahan:
Kereta Kancil
Telefon Sony Ericsson Lipat
Beg Tangan Cap Ayam


Situasi :
Umie dan Dani didalam kereta kancil untuk balik kerumah dari Sekolah.
Hari tu, wajah Dani betul2 ceria. Dani berusia 6 tahun baru balik dari Prasekolah.

Dialog :

Dani : Umie, mana handphone umie??

Umie : Dalam Handbag. Napa? Baby nak buat apa?

Dani terus menyelongkar beg tangan umie.

Dani : Umie, baby nak telefon Babah.

Umie : Napa lak??

Dani : Alah.. cepatlah.. nak cakap gan babah kejap.. kejap je.

Dani merengek-rengek sambil menghulurkan telefon kepada umie. Umie menyambut dan terus mencari nama babah didalam senarai buku telefon. Selepas mendail telefon diserahkan kembali kepada Dani.

Dani : Hello.. hello... Babah ek??

Babah : (tak tau apa jawapannya... tak bleh nak karang ayat takut salah nanti jadi fitnah plak)

Dani : Baby nie...

Babah : (tak tau apa jawapannya... tak bleh nak karang ayat takut salah nanti jadi fitnah plak)

Dani : Esok babah jemput baby. Babah tak payah masuk dalam sekolah. Babah tunggu kat pagar sekolah je. Baby nanti beratur dengan kawan2 dan Makcik Lela hantar sampai pagar sekolah. Nanti babah amik baby anta balik rumah tau. Baby nak tunjuk kat kawan2, siapa babah baby.

Umie terkedu.. terasa jantung Umie terhenti berdegup dan sebak didada.

Babah : (tak tau apa jawapannya... tak bleh nak karang ayat takut salah nanti jadi fitnah plak)

Dani : Ala.. esok je, sekali je.. babah datang tau. Baby nak babah amik baby.

Babah : (tak tau apa jawapannya... tak bleh nak karang ayat takut salah nanti jadi fitnah plak)

Dani : Tak pelah...

Dani terus melipat telefon dan menghempas telefon buruk aku ke lantai kereta kancil.

Dani menekup muka kekerusi sambil menangis.

Umie: Napa Sayang?

Dani : (Suara tenggelam timbul) Babah tak nak datang amik baby.

Umie : Kan Babah banyak keje.. Nanti babah datanglah. Nanti umie suruh mak datang amik baby ek?

Dani : (Suara tenggelam timbul) Baby tak nak mak.. baby nak babah. Kawan2 baby nak tengok babah baby.

Dani terus menangis. Umie hanya mampu mengusap rambut Dani. Kelu lidah umie.. mati akal dibuatnya.

Dani : KKRROOOHHHHHH...

Umie : Lahhhh... dah tido dah...

Dani tido dengan perasaan kecewa, tido bersama sendu yang masih bersisa. Umie sendiri menangis kerana sedih dengan kelakuan Dani.
Hampir sampai pekan, baru Umie perasan yang telefon Umie dah berkecai. Casing, bateri dan handphone bertaburan dilantai kereta kancil.

Umie : Aduyaiiii....


Sekian.....

ps : Sehingga kehari nie masih segar dalam ingatan aku kejadian tersebut. Aku dapat merasakan kehampaan, kelukaan dan kekecewaan yang Dani alami.

Tuesday, March 15, 2011

Fitnah

Sejak aku dapat msg tentang si BANGANG yang cakap laki dia sayang kat dia selain msg yang dia soh Nor berpantang lepas keguguran sebab laki Nor muda lagi dan takut nanti aku ngurat laki Nor.. banyak kenangan lalu terbayang2 dimata aku.


Aku tak tau napa aku jadi terlalu emosi. Sebenarnya bukan sekali dua dia perli aku tapi dah banyak kali. Dulu aku memang tak amik pot.. tapi makin lama aku tengok makin menjadi. Aku makin meluat gan sikap dia.


Sepanjang 7 tahun aku hidup sebagai ibu tunggal, bermacam2 ragam manusia yang aku jumpa. Berbagai2 fitnah yang tersebar dan ada diantaranya buat aku seperti jatuh terduduk, menangis dan termenung seharian berfikir dimanakah salahnya aku?? Dimanakah silap dengan gelaran yang aku pegang??


Berbagai2 kenangan menerjah kedalam fikiran aku. Aku ingat lagi, isteri pegawai aku pernah cemburu dengan aku sejak dari hari pertama aku bertugas di tempat aku sekarang, sehinggakan aku pernah dipanggil mengadap Pengarah jabatan aku sebanyak 3 kali. Aku dicemuh, dijeling dan ada yang tersenyum sinis memandang aku.


Aku dituduh membomohkan isteri pegawai nie kerana dia sakit padahal dia memang berpenyakit. Kalu aku nie kaki bomoh, apa kejadahnya aku nak bomohkan dia?? Kalau ikut lojiknyalah, lebih baik aku bomohkan bekas suami aku n isteri baru dia kerana mereka pernah melukakan hati aku.


Aku pernah bertanya kepada pegawai aku, pernah ke aku berkelakuan yang menjolok mata dihadapan dia. Jawapannya tiada tapi dia tak bleh nak tutup mulut orang sekeliling.

Aku cakap, aku tak takut orang nak mengata aku, bercerita yang bukan2 tentang aku sebab kenyataannya aku tak buat apa2. Kebenaran akhirnya pasti akan terbukti.. Tak perlu aku nak buat apa2 untuk buktikannya, hanya siang dan malam aku berdoa kepada DIA....

Setiap kali aku melangkahkan kaki kemana2 saja.. aku sentiasa berhati2. Nak berbual dengan rakan2 lelaki pun aku cuak.. bimbang tersalah cakap, tersalah laku atau apa saja yang menjerumuskan aku kepada fitnah manusia yang tiada sempadan.


Besar sungguh kuasa fitnah.. Ya.. semua orang tahu bahawa lidah lebih tajam dari sebilah pisau. Sabar, redha, berdoa dan takawal kepada Allah saja yang mampu aku lakukan.

Monday, March 14, 2011

Perasaan

Dah seminggu aku tak update.. malasssss.....

Seminggu yang memberi aku macam2 perasaan.

1. Risau - Risau dengan tahap kesihatan Lyana. Sakit dah berkurangan tapi aku masih mengawal pemakanan dia.

2. Marah - Bila ada mempertikaian tindakan aku menukar kereta sedangkan aku baru je beli rumah. Maknanya hutang aku bertambah. Dan aku tak boleh nak berbelanja sewenang-wenangnya. Aku ok je bila tak dapat shopping sebab aku tau bila tiba masa nak shopping, tentu aku akan ada duit dalam tangan (Duit yang turun dari langit) Yang kau kesah pehal???

3. Bosan - Dengan karenah anak2. Adib yang susah nak dibentuk.. tegur 10 kali pun masih tak berubah2 perangainya.. Selagi tangan aku tak naik kebadan, selagi anak tekak aku tak terkeluar memekik.. selagi tu dia dengan perangai dia. Sakitnya jiwa aku layan dia seorang nie. Tapi aku sayang sangat2 kat Adib. Tak sampai ati nak pukul bantai anak aku nie..

4. Meluat - Perangai mamat sekor nie kan.. cam hampessss........ nyakitkan ati je. Cakap sayang kat aku kononnya.. tapi tak sudah2 nyakitkan ati aku. Lepas tu minta maaf. Lepas minta maaf, janji tak buat.. tapi tak sampai sehari dah balik semula perangai hampessss. Aku dah makin meluat gan dia. Aku rasa nak putus je tapi tak pe.. simpan dulu wat stok. Sementara tu.. aku tinjau2 kot2 ada org yang sudi nak gantikan dia. Aku simpan sebab bleh gak aku wat kawan2 sms masa aku boring2. Klu aku tak boring, dia sms aku akan cakap aku BZ.. Sampai masa nanti aku nak tendang dia dari hidup aku. Dah malas dah nak layan perangai sampah dia tu.

5. Simpati - Dengan mangsa gempa bumi dan tsunami kat Jepun. Dulu aku penah keje gan org jepun. Mr Isayama, Mr Jinnai, Mr Abe, Mr Taniguchi n adalah lgi ramai tapi aku dah tak ingat. Diorg baik gan aku, banyak ajar aku tentang pengurusan masa, pengurusan kerja dan disiplin. Yang paling penting diorg cakap aku cantik. Hua.. hua.. hua.. Aku kasi gambar masa aku bertunang pada salah seorang dari mamat Jepun nie.. siap dia Scan n letak kat wallpaper komputer dia. Masa anak dara tentulah aku cantik n bergetah lagi. Sekarang?? aku masih cantik lagi..ok ?? Masih bergetah, cuma getah yang penuh kedut kat muka n getah tayar kat badan.. hehehehe...

6. Gembira - Jumaat lepas dapat result urine test Lyana... Alhamdulillah.. Protem dah ZERO. Maknanya tak de masalah.

7. Berdebar-debar - Result Blood Test Lyana keluar jumaat nie. Berdebar2.. air kencing dah ok.. darahnya je belum tau lagi. Masa amik darah aritu, Lyana nangis cam apa je. Baru nurse kuarkan jarum, dia dah meraung. Eeeiii... geram aku.

8. Teruja - Sebab aku dah dapat product skincare baru. Penggunaan awal muka aku tak de masalah. Selesa je, sebab sebelum nie product yang aku pakai wat kulit aku panas n merah2. Nasib baik aku cuma beli trial pack, Baru pakai semalaman, kulit aku dah macam udang kena bakar. Pakai je product baru nie, terus sejuk kulit muka aku. Pakai semalaman.. yang merah dah kurang dah. Tinggal sikit2 je lagi. Alhamdulillah....

9. Sakit Jiwa - S**** P***** M*** Ingat nak tampal gigi...rupa-rupanya kena cabut.....huahuahua....

Umie Ayang : Chah dah rongak. Hehehe
Friday at 3:35pm · LikeUnlike

S**** I** gg graham ke chah.....
Friday at 4:16pm · LikeUnlike

S**** P***** M*** shima:yup geraham....dah tua.........
ina: aku rongak laki aku sayang gakk.......hahahah
Friday at 6:36pm · LikeUnlike


MOTIP?? KO nak eksyen gan aku yang laki ko sayang kat ko lah kan??? Yang ko masih ada laki lah kan?? tak macam aku yang dah Single?? Sakit jiwa melayan orang yang macam nie. Taulah aku tak de laki, laki yang dulu pun memang tak sayang kat aku walaupun aku punya gigi cantik tersusun. Tapi yang aku komen pasal ko rongak.. bukan pasal laki ko sayang ke tak gan ko. BANGANG!!!! Tak pasal2 dapat bangang free.. bukan senang orang nak kasi tau...

Friday, March 4, 2011

Si Manis


Lyana.. Gadis manis yang pemalu..

Dah 2 minggu dia menderita sakit perut.

22 Feb, 2011 -
5.30 petang.
Doktor 1 - Klinik Swasta...

"Dia dah nak period nie. Dia belum pernah period kan?? "

"Belum lagi doktor." Jawap aku..

"Tak pe.. saya kasi ubat tahan sakit. Jangan kasi makan pedas2." sambungnya lagi, " Biasalah, dia dalam proses nak period nie, jangan bimbang ya?"

Aku terdiam... dalam kepala aku berfikir2, dia cuma cek suhu badan dan tekanan darah. Perut yang sakit langsung tak disentuh.

RM10 je aku keluarkan duit untuk rawatan nie.


Lepas makan ubat, masih tiada perubahan. Ubat habis tapi Lyana masih sakit.


25 Mac, 2011
7.30 malam
Doktor 2 - Klinik Swasta.

"Dia ada masalah kat sekolah ke? Pelajaran dia ok?''

"Biasa je doktor."

"Dia banyak homework tak?"

"Banyak juga. Napa doktor?"

"Dia stress nie. Baring kat atas katil."

Lepas Lyana baring..

"Awak guna 1 jari tunjuk pada saya awak sakit dimana."

Lyana point kat area atas pusat.

"Gastrik nie." Doktor tekan2 kat area appendiks, area usus dan area pangkal rahim. "Sakit tak?"

"Tak." jawap Lyana.

"Dia gastrik nie. Klu kita stress pun boleh menyebabkan kita gastrik."

"Ok doktor."

"Budak2 sekarang nie pegi sekolah pun stress. Baru darjah 6 dah macam student U. Banyak sangat bebanan."

Aku diamkan diri...

RM22 aku bayar untuk rawatan yang lebih kepada rungutan pada sistem pelajaran yang ada sekarang. Doktor siap keluarkan Suratkabar dan tunjukkan artikel tentang isu pembelajaran di Malaysia.


Seminggu berlalu.. Lyana masih sakit.. ON n OFF..

Selasa lepas aku tak tido sangat. 3 kali dia aku temankan Lyana ke Toilet nak buang air besar.. 3 kali lagi aku bangun temankan dia buang air kecil... Last2.. dia pindah tido sebelah aku minta aku peluk dia. Kesian pada simanis aku...



03 Mac, 2011
8.00 malam..
Doktor 3 - Klinik Kerajaan.

Lepas buat rawatan lengkap dengan pemeriksaan pada perut, tekanan darah dan ujian air kencing.

"Dalam air kencing tak de kuman, tak de darah yang ada kandungan Protem (aku tak tau apa), maknanya ada masalah pada buah pinggang."

Aku rasa batu besar dah jatuh atas kepala aku. Sebak.. tapi aku tahankan. Aku kena kuatkan semangat demi Lyana.

"Macam mana nie doktor?"

"Saya kasi ubat nak hilangkan protem tu.. minggu depan datang semula untuk ujian air kencing lagi dan ujian darah."

"Kalau masih tak de perubahan, saya akan buat surat untuk dirujuk pada Pakar di Hospital Muar."

Hancur hati aku dengar penjelasan doktor.

"Doktor tak de petua ke nak kurangkan protem tu?"

"Ada..." Sambungnya " Akak beli lobak putih, blender tuk airnya. Lepas tapis campur dengan air masak 1 tupperware."

"Simpan dalam peti sejuk. Sehari sekali atau 2 kali minum segelas tapi campur dengan 1 sudu sunquick, nak hilangkan bau n rasanya yang maung."

"Thanks doktor."

"Tak pe... Insya Allah dia tak de apa2. Minta dia minum air masak banyak2 dan makan ubat ya?"

"Terima kasih doktor."

Kaki aku lemah melangkah keluar dari bilik doktor.

Pagi nie, Lyana sakit lagi walaupun dia dah makan ubat. Pinggang dia mula sakit. Aku risau sangat2. Dia tak sekolah.

Moga Allah berikan aku kekuatan untuk menghadapi dugaan ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails