Monday, February 28, 2011

Putar Alam...

Ini adalah Email yang aku dan rakan2 aku terima ekoran dari ketidakpuasan hati kami dengan kawan yang berjanji. Dalam post yang terakhir aku dah ceritakan tentang di PUTAR ALAM nie..

Aku masih rasa sakit hati dan bengang bila dia tuduh aku MENGAPI-APIKAN kawan2 yang lain, padahal semua kawan2 yang lain marah dan geram pada dia... Yg lebih teruk bila kawan aku yang jual roti dan kek di kedai keluarga dia, sehingga hari ini sebarang bayaran masih tak diterima. Kek n roti habis dijual tapi duitnya???


Assalamualaikum kengkawan semua…

Hehehe…cerpen aku ni, aku send kat kengkawan yg beli ***, cuma aku tak tag kan nama semua at same email sebab ada few yang beli, tapi, nak kan privacy, tak let aku inform yg lain tentang pembeliannya…so, as a matter of respect, aku copy paste and forward cerpen aku ni, kat individual names ye. Dan sebab kedua, aku akan sertakan username dengan password utk setiap sorang, kat penghujung cerpen nanti.

Sorry sebab aku tak keep in touch dlm sebulan lebih ni. Aku pack sgt2 dengan thesis, kena hantar draft thesis. So, January dgn February memang aku fully mengadap thesis aku. Bertapa aku dalam library….hehehe….Alhamdulillah, minggu lepas, aku dah dapat submit draft thesis. Hehehe…ni baru lah ada mood nak bukak fb. Aku bukak gak sebelum ni,,,jenguk2 aje.

Tentang product ***** dengan company ****** ni, jualan masih aku teruskan, Cuma banyak perubahan dah berlaku dari segi policy dan jugak pentadbiran networking. Macam aku bgtau korang dulu, lepas aku join on December tu….aku mintak kat abg ipar aku untuk hold kan dulu, tangguhkan dulu registration org lain, sebab aku nak join kan kawan2. So, aku ambik masa jugak nak approach setiap sorang, ada yang cepat join, dan ada mintak tangguh. Especially, bila ada yg mintak aku terangkan, so aku kena delay, sampai aku balik Tangkak dan jumpa. So, aku request abg ipar aku, hold kan dari pertengahan december sampai january untuk kawan2 masuk (dlm sebulan setengah). Maksudnya, terbeku sekejap networking tu, sementara tunggu aku register kan kawan2.

Dalam masa aku hold tu, ada antara kawan2 kita, yang dapat joinkan org lain, alhamdulillah, bonus diaorg pun meningkat, cheque pun telah diserahkan pada kwn2 yg active dalam masa aku ’hold’ tu. Yang belum tu, ****** akan poskan ke alamat masing2.

Awal bulan february, ******* umumkan pertukaran policy networking. Banyak sangat perubahan dasar yang dilakukan. Antaranya:

-Staff ******* dan ahli keluarga staff **********(suami/isteri/adik beradik, dll) tak boleh buat networking lagi

-Bermula system maintenance setiap bulan. Untuk layak mendapat bonus, setiap member perlu maintain 1 kotak ******* setiap bulan (pada mereka yang tidak berminat untuk berniaga, makan ******** hanya untuk pulih penyakit dan kesihatan, perkara ini tidak menjadi isu)

-stokis baru perlu register bawah company ******** , bukan lagi dibawah mana2 individu

-dan lain2 lagi


Abg ipar aku, ************ kat ***** ni. Dia tak banyak terjejas, sebab tindakan aku mintak dia bekukan networking selama sebulan setengah untuk masukkan kawan2. So, dia just keluarkan nama dia, tanpa banyak terjejas. Tapi, dia dah tak boleh lagi masukkan orang bawah downline aku, ataupun masukkan stokis lagi, disebabkan dasar dan policy baru ni. Aku masih boleh buat, sebab aku adik ipar dia…isteri dan adik beradik tak boleh. Isteri abg ipar aku pun dah tak boleh buat lagi. So, aku teruskan aje macam biasa....dapatkan stock, dan buat jualan bila ada permintaan, tanpa penglibatan abg ipar aku.

Abg ipar aku kesal gak dengan tindakan aku bekukan networking tu...sebab, sebelum aku bekukan tu, dia active masukkan ramai org bawah aku, dan aku pun dah mula dapat bonus...tiba2, bila nampak ada peluang macam ni, aku sendiri yang mintak dia holdkan, sebab aku nak masukkan kawan2 sekolah. Abg ipar aku kata, kalau aku tak bekukan hari tu, tentu dah ramai bawah downline aku, dan bonus pun dah banyak, dan aku boleh teruskan dengan downline aku sekarang ni.


Tapi, ye lah...kita hanya merancang, Allah yang tentukan.....aku tak menyesal pun, sebab, aku memang berniat nak sama2 bantu kawan2 bila dapat peluang macam ni. Aku excited sangat2 masa tu...dan tak ingat orang lain dah...Cuma kawan2 sekolah lama aje yang aku pikir, dan nak sama2 share peluang ni. Sebab tu aku bagi potongan harga pada kawan2, dan bagi peluang bayar dua kali, supaya, kita sama2 dapat involve dalam bisnes ni. Abg ipar aku pun faham bila aku dah terangkan pada dia kenapa aku suruh dia bekukan networking tu untuk sebulan setengah. Walaupun tindakan tu merugikan aku, tapi, aku yakinkan diri aku, Allah pasti akan bantu, kalau kita berniat baik dan tak pentingkan diri sendiri. Dan yang pasti, kalau kita ada usaha, Allah akan sentiasa tunjukkan jalan, insyaallah.

Ok, since abg ipar aku tak boleh involve lagi dlm networking ni, aku teruskan aje dengan jualan sendiri…Cuma aku terkejar2 sikit …mcm aku kata, January + February ni, aku betul2 bertapa depan thesis aku…hehehe. Tapi aku banyak gak pos ************* pada permintaan luar kawasan KL. Dalam kawasan KL, aku dgn husband hantar sendiri.

Bila dah ada dasar dan policy baru ni, bermakna, setiap individu kena active buat jualan sendiri, baru boleh ada bonus. Dan aku rasa, syarat kena maintain setiap bulan sekotak ******* untuk layakkan diri dapatkan bonus tu, agak demanding, melainkan pada mereka yang memang nak continue consume product ****** ni secara berterusan. Pada mereka yang nak buat bisnes aje...memang demanding lah syarat tu. Syarat2 ni ada dijelaskan dalam laman website ************** . Akhir cerpen aku ni, aku akan bagi username and password masing2...boleh log-in dan check account masing2 dan syarat2 baru ni ye.

aku cuba carik jalan, mcm mana kita boleh teruskan bisnes ni, sebab utama adalah, untung runcit yang tinggi pada setiap kotak jualan. Sebenarnya, product ****** ni, lebih kepada konsep MLT (multi level trading), sebab untung runcit jualan setiap kotak yang tinggi. Tapi, perlukan modal yang besar untuk ambik barang secara pukal, dan pada masa yang sama, kena maintainkan account kita sentiasa active setiap bulan.

Aku cuba carik idea, discuss dengan abg ipar aku. Alhamdulillah, dapat jalan alternative. Plan aku, aku akan keluarkan modal, ambik product dari company, maksudnya, aku dapatkan stock, dan edarkan stock pada sesiapa yang nak buat bisnes. Aku dulukan product, tak perlu bayar apa2, bila dapat buat jualan baru bayar, jumlah setelah ditolak keuntungan.


Setiap kotak yang dijual, boleh dapat untung sebanyak RM98. maksudnya, aku bagi barang dulu, contohnya, 6 kotak terus. Jangan bayar apa2. bila dah ada jualan, baru bayar pada aku RM300 untuk setiap kotak. Harga jualan pada pelanggan masing2 adalah RM398. Maksudnya, tanpa keluarkan modal, untuk setiap kotak, korang boleh dapat untung sebanyak RM98. kalau tak dapat jual, aku boleh ambik balik barang.

Aku dah cuba konsep ni pada tiga orang, abang aku dan kawan aku kat kedah dengan kelantan. Alhamdulillah, sangat2 lancar dan berjaya! Sebab utama adalah, tak perlu keluarkan apa2 modal, just edarkan dan dapat untung runcit (konsep MLT). Setiap minggu aku pos kan 6 – 8 kotak ke kedah dan kelantan…dan kawan aku dah boleh dapat keuntungan paling kurang pun 6 kotak x RM98 = RM588 seminggu…hampir RM600 seminggu, tanpa keluarkan sebarang modal. Abang aku pun sama, kadang2 sampai 15 kotak seminggu dia dapat edarkan. Alhamdulillah, idea ni berjalan lancar. Ini cara yang paling mudah dan berkesan untuk kita sama2 get involve dalam bisnes ni....tanpa terikat dengan policy dan syarat2 baru yang dikeluarkan oleh syarikat.

Alhamdulillah, Allah tunjukkan jalan alternative untuk teruskan dengan peluang bisnes ni. Aku akan teruskan dengan konsep ni pada kawan2 pejabat jugak...sebab tak rasa beban untuk diaorang buat, sebab tk perlu keluar modal. Aku cadangkan, kalau korang berminat, kita boleh buat sama2. aku boleh bagi dulu barang, terpulang berapa yang korang nak.....tak perlu bayar apa2...kalau dapat buat jualan, baru bayar jumlah, selepas tolak keuntungan. Kalau tak dapat buat jualan, boleh return. Kalau perlukan risalah2, phamplets, flyers atau banner, aku boleh supply kan. Lagi mudah dan smooth konsep ni, insyaallah.

Kalau korang berminat, bagitau aku ye, kita discuss, insyaallah. Aku seronok buat bisnes ni sebab, yang paling utama, kesan positive product ni....Alhamdulillah, rasa gembira sangat2, bila dapat feedback positive dari orang yang mencuba, especially, those yang ada sakit2 kronik.

Ok, setakat tu aje lah cerpen aku buat masa ni....hehehe.


Satu lagi, pasal issue2 kata aku menipu.....secara jujur....aku memang tergamam!!! Aku pun tak tahu nak komen apa....tak pernah sikit pun terlintas dalam fikiran aku, kawan2 aku akan tergamak nak keluarkan perkataan tu pada aku........aku tawakkal, serah pada Allah, sebab hanya Allah saje yang tahu niat hati aku, dan hanya Allah saje yang tahu, macam mana aku excited nak share peluang ni dengan korang semua masa aku mula tahu tentang peluang ni.

Secara jujur, pertama kali aku tengok perkataan ’menipu’ tu, dua hari aku menangis dan rasa kesal dan sedih sgt2 fikirkan macam mana kawan aku boleh tergamak tuduh aku menipu. Aku tak dapat buat apa pun 2 hari...runsing, sedih, kecewa sgt2. Aku contact terus orang yang menuduh tu, tapi call aku tak dilayan. Aku heran, kalau kita betul2 kawan, kan boleh call aku terus...number phone aku bukannya susah nak dial pun.. 019*********...senang kan? Just call aku, tanya terus, apa cerita bisnes ni sekarang…aku boleh jelaskan semua2. Kenapa tergamak kata aku menipu? Memang sahlah kita sebenarnya dah ’jauh’ sgt2...dan dah tak kenal hati budi masing2 kan....aku akui, aku tak dpt nak keep in touch akhir2 ni sebab aku terlalu sibuk dengan thesis (tension tahap maximum)...tapi, tak bermaksud aku menipu. Kalau call masuk, aku memang akan jawap...so, kan lebih indah kalau tanya aku sepatah, daripada berkias2...menyindir2...berlapis2.....then mengapi2kan kawan2 yg lain.....aduhhh...

Bila aku bgtau abg ipar aku...dia terkejut giler! Dia tanya aku balik...untuk kawan2 mcm ni ke yang aku beriye melonjak2 nak share peluang hari tu, sampai aku sendiri yg rugi sebab bekukan registration??? Aku cakap, Alhamdulillah, bukan semua kawan mcm tu.....hanya few aje.

Entah lah...aku pun tak tahu nak kata apa...tapi, lepas dua hari aku tense dan stress tu, alhamdulillah, atas sokongan salah sorang dari rakan kita jugak, aku cuba kuatkan balik semangat aku....aku tawakkal pada Allah...hanya Allah yang tahu niat aku...aku tak dapat dan tak mampu nak yakinkan sesiapa. Tapi, aku redha....aku terima, apa saje tuduhan yang nak dilemparkan. Yang pasti, aku masih bersemangat nak teruskan dan share peluang ni dengan kawan2 yang lain (yang tak rasa aku menipu). Sekali lagi aku nak bagitau...kalau nak apa2 info, just dial 019***********...aku pasti akan respond insyaallah...tak perlu laaa menyindir2 ni semua...tak ke mana kita nanti....kalau nak berjaya...sama2 kita teruskan...kalau cara A tak boleh, kita cuba cara B, kalau B pun tak boleh, kita cuba cara C....itu adat resam kehidupan dan mencari kejayaan....Allah pasti bantu kalau kita betul2 berusaha, insyaAllah.

Hehehe....ok lah...itu aje yang aku nak cerita dan share....contact lah aku kalau perlukan keterangan lanjut tentang konsep MLT tu ye.

Ni username dan password masing2:

Website: http://***********

BC Name: *************
Password: ***********


Terimakasih...Wassalam.



Sampai hari nie aku masih sakit hati... dia cakap aku mengapi2kan kawan2..

Wednesday, February 23, 2011

Tipah Tertipu

Aku memang tak percaya sangat gan bisnes2 MLM nie..

Ramai yang dah himpit2 aku minta aku mencuba.. macam2 janji yang ditaburkan.. tapi aku masih bertahan dari dulu sampailah aku terima email dibawah...

Aku terpedaya kerana dia kawan sek yang aku kenal sejak dari kecil .. kami bersekolah di sekolah yang sama dari darjah 1 sampailah tingkatan 5. Dia sekarang dah jadi seorang yang berjaya..
Kerana janji2 manis dialah aku terpedaya....


Salam.

Aku just nak share sikit pasal product ***** ni ngan korang semua. Abang ipar aku (****, ada dlm fb aku), dia ********* kat company *******, HQ dia kat ****** . Dia yang introduce product ni, dan family mertua aku dah lebih 2 bulan consume product ni.

Aku buat tak reti aje mulanye, pasal saje nak tunggu dan lihat kesan dia pada family members yang makan. Memang banyak perubahan positif yang aku tengok ngan mata sendiri, especially kat mak ngan bapak mertua aku….mak mertua ngan problem darah tinggi, sakit urat dan gout, Alhamdulillah….dah banyak pulih sakit dia…dan dia dah sebulan lebih tak continue ubat hospital lagi. Bapak mertua lak, Parkinson, dah boleh Jalan, dan tak menggeletar lagi.

Itu kesan pada those yang ada sakit kronik dan berumur lah kan. Untuk yang lingkungan umur kita (yg masih bergetah ni!! Hehehe).....memang bestttt kesan dia, especially dari texture kulit jadik lembut dan gebu....kakak ipar aku dah banyak sakit beza kulit dia (*****, ada dlm fb aku). Sesuai sgt2 gak untuk yg ada problem athma, resdung dsb. Product ni very fine dan berasaskn stem cell buah2 (********), very natural, that those pregnant & breastfeeding pun boleh consume gak.

Aku sebenarnya, tak pernah involve pun dlm network marketing atau MLM selama ni….walaupun dah banyak pujuk rayu dari kengkawan kat **** tu…hehehe. Tapi, aku rasa product ni pelik sikit, dan ada prospect yang sgt2 besar in future, especially pasal dia new in the market….2 minggu lepas, keluar kat buletin utama tv3, abg ipar aku yg kena interview. bulan depan, akak ipar aku akan keluar kat nona, explain pasal product ni. Aku nak share personal opinion aku.

Sebenarnya….product ni dah terkenal among org2 “berada”…(dato’, datin, artis, etc)…aku mintak ampun kalau ada kengakawan aku kat sini yg bergelar dato’ or datin…hehehehe. First impression aku, product ni utk org kaya raya aje. Masa aku attend satu meeting tu….dah rupa mcm red carpet anugerah juara lagu aje…penuh ngan dato’…datin…ngan artis2 mesia…terkejut aku...(mula lah aku rimasss…hehehe). Bila abg ipar aku explain pasal network marketing dia…aku terkejut…pasal mudah sgt2 nak dpt bonus, dan everyweek Friday, masuk bonus.

Aku yg baru aje melangkah ni pun, dah masuk around $1750....padahal tak buat apa pun…hehehe….faktor utama adalah…network aku, direct bawah top management (abg ipar aku)…so, dato’ datin tu semua jadik downline aku…untung lah kita kalau dok atas carta…betul tak….hehehe. Aku pikir2 sendiri…patutlah kat mesia ni, yg kaya makin kaya…yang sederhana mcm kita ni…mcm nak pengsan kerja carik duit…mcm beza jurang dah kan…rupa2 nye…bisnes mcm ni, berlaku antara golongan berada aje…tak sampai kat class mcm kita.

Bila peluang bisnes macam ni wujud…hanya org2 yg dah kaya aje terlibat...tak heran lah diaorg makin kaya dengan mudah aje.... Sebenarnya....diaorg banyak saluran yang smart untuk buat duit....termasuk lah network marketing product ****** ni. Aku discuss ngan abg ipar aku...mcm mana nak salurkan cara bisnes mcm ni kat org2 yg mcm kita…yg hidup sederhana. Aku terfikir, mcm mana aku nak bawak product ni pada kawan2 dan yang penting, boleh ajak kawan2 involve dalam bisnes…yang selama ni, Nampak mcm kita tak mampu nak buat.

Abang ipar aku suggest, dia tahan kan dulu downline dia (yg dato’ datin tu)…maksudnye…dia tak registerkan dulu…tapi bagi aku bawak masuk kengkawan dan sedara mara aku dulu…secepat mungkin…..bila dah secure tempat kat dalam ranking, baru dia akan masukkan yg ramai2 tu bawah group aku….so, kita tak perlu nak sibuk2 carik orang lagi…sepatutnya tak boleh nak buat mcm ni, tapi rezeki aku….abg ipar aku pegang jawatan ********* , so, dia boleh adjustkan network tu….kiranye, boleh lah aku take advantage kat sini, dan yang penting, aku dpt share dgn kawan2 aku….permintaan untuk product ni memang hebat sgt2…tak senang duduk dah abg ipar aku tu…sampai kol 12 malam pun kat ofis lagi…masuk call dari merata negeri, semua nak jadik stokis. So, aku pun bertindak pantas….pikirkan korang semua…member2 aku kat **** tu pun aku tahan dulu….diaorg pun dah excited nak join tu. Cara dia mudah aje…korang beli 1 kotak dulu…kira terus register jadik business partner dengan 1 kotak tu. (kalau beli 2 kotak, point lebih).

Aku tengok, keluarga mertua aku, dah makan satu kotak sebulan dengan percuma sekarang ni, pasal diaorg guna bonus yg masuk kat diaorg, untuk beli satu kotak setiap bulan...dah macam free lak aku tengok. Memang product ni mahal, tapi, bonus dia lumayan sangat2!!! Ni pun, aku boleh offer harga yang lebih murah dan ansuran (2 bulan), pasal abang ipar aku nak tolong....aku tak boleh letak price kat wall fb aku...mampus aku kena pancung dengan stokis2 lain lak...hehehe....special price and deal utk kawan2 aku aje ni.

Harga Jualan sekotak RM470. Tapi, aku boleh bagi discount sampai RM370 sekotak. Terus jadik ahli dan bulan akan datang...korang dah boleh terima bonus, pasal nanti, abg ipar aku akan masukkan lagi downlines dia dalam group kita. Network ni memang aktif sgt2...pasal tu aku excited nak masuk dan cuba.

Pasal abg ipar aku yang control stocks, dia bagi aku offer yang lebih special untuk kengkawan....boleh buat bayaran ansuran 2 kali....tapi barang boleh ambik serta merta. Maksudnya, masa aku bagi barang, bayar RM200, then dah terus register sebagai ahli. Bulan seterusnya, korang bayar baki RM170 kat aku. Simple aje. Aku tak offer mcm ni kat org lain...just untuk kawan2 lama aku aje...yang aku boleh percaya. Kalau next time, korang nak beli lagi, dan rasa nak beli lebih (contohnya, ada orang lain yang nak), harga akan diturunkan lagi, sehingga ke RM280 aje sekotak (beli secara pukal). Tapi, apa2 pun, yang penting, korang try dulu sekotak. Sebab, bulan2 berukutnya....duit bonus tu pun dah boleh digunakan utk dapatkan product lagi.

Hari sabtu ni, aku balik kampung, dan akan bawak barang. Kalau korang nak, korang boleh contact aku, aku terus hantar barang, dan korang dah boleh start makan. Insyaallah, product ni sgt2 berkesan...kalau tak, aku pun tak berani nak suggest pada sape2 pun. Nanti, kalau korang nak aku explain apa2, aku leh jumpa aje direct, lagi senang nak discuss.


Aku mula join dari bulan 12 tahun lepas. Sampai nie masih tak de apa2.. bonus kemana, point kemana.. Bukan aku seorang je yang masuk.. ada lagi ramai kawan2 aku dari group SMILE masuk... semuanya kerana percaya yang dia benar2 nak menolong kami.

Janji2 dia nak masukkan dato', datin2 sebagai downline kami..hanya tinggal janji sebab masa aku check kat dalam website dia.. bawah2 aku cuma kawan2 aku je. Maksudnya aku tak nampak nama2 pelik yang aku tak kenal. Begitu juga dengan kawan2 aku yang lain... mengalami nasib yang sama.

Sampai hari nie... bonus aku masih rm35.00. Yang beli 3 kotak n masuk 2 nama lain cuma dapat rm100++ (tak ingat jumlah sebenarnya) . Sejak dia dapat duit kami semua.. tiada update yang kami dapat dari dia. Memang dia masih wujud dalam FB tapi dah tak de nak kasi komen2 macam dulu2. Dia senyap je.. Sms n telefon jauh sekali... Ada kawan2 yang merungut2.. tapi nak cakap apa lagi??

Bukan senang nak senang.. bukan juga susah nak susah..
Moral of the story... jangan nak join MLM lagi kalau korang memang jenis tak suka nak jual barang.

Menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian tak guna lagi.

Mentor

Malam Ahad lepas aku tak tau nak wat apa.. nak tgok citer Merlin tapi start kul 10.30 malam.

Terpaksalah aku ngadap TV, tgok rancangan realiti TV Mentor. Aku sebenarnya tak penah tgok Mentor.. tak tau kenapa tapi aku klu rancangan macam nie memang kurengggggggg.

Mata aku memandang ke skrin HP aku, jari memicit2 keypad.. lagi syok layan BubbleTown kat dalam HP aku. Dalam masa yg sama, telinga aku buka luas2 untuk mendengar butiran yang disampaikan diprogram Mentor.

Sesekali mata aku memandang kesrkin TV.. terutama apabila telinga aku mendengar sesuatu yang sumbang diikuti dengan gelak tawa anak2, anak buah, mak n akak aku. Aku tak ketawa besar, cuma tersenyum sinis sambil mengelengkan kepala.

Dalam hati aku mengomel... tak malu ke diaorg nie???

Aku malas nak wat ayat panjang2.. kat sini aku point2kan je apa yang buat aku tak suka, nyampah, muak, jelak, geli dengan mereka yang pergi ke uji bakat tersebut.

1. Datang dengan isteri naik motor dari Sabak Bernam. Dia dok citer bawa motor jauh2, tayar pancit, hidup yang susah, susah payah dia bawa motor jauh2 tapi tak dapat. Sanggup dia suami isteri datang naik motor semata2 nak jadi artis. Bila tak dapat.. dia nangis. Suara???? hehehehehe....

2. Penternak Lembu.... kena hina gan orang kampung sebab hidup susah n kejenya cuma jaga lembu. Salah n hina ke jaga lembu?? Rasullulah pun penah jadi gembala juga.. Aku tak kisah gan kerja dia, tak mendatangkan masalah pun. Cuma cara dia nak wat org kampung dia supaya lebih menghormati dia. Bagi aku klu kita nak org hormat kat kita, belajarlah pandai2. Kalau dah kata otak tu memang dah tak bleh nak wat apa2.. dah memang tak pandai.. usaha lain lah. Tentu ada caranya.. Bumi Allah nie luas, macam2 yang kita bleh buat selain dari nyanyi.

Napa aku cakap macam nie?? sebab suara dia memang tak sedap langsung.... memang tak bleh masuk kategori orang yang bleh nyanyi... Dah tu dia siap nangis2 sebab sedih kena hina.. bukan sebab sedih dia tak dapat masuk mentor. Memalukan.. dia bukan nak wat org makin simpati.. dia buat org makin meluat gan dia. Rasanyalah kan.. budak2 kampung dia tak akan kutuk dia ke bila dah masuk dalam TV.. dia tak dapat lak masuk Mentor dah tu nangis2 kat tepi dinding? Fikirlah sendiri.

Kat kampung aku.. ada 2 orang penternak lembu.. dari 2 ekor lembu.. skarang dah jadi usahawan yang berjaya dah... lembu n kambing dah banyak dah. Jual untuk aqiqah, untuk korban, untuk jual kat pasar. Sebab apa?? sebab dia usaha.. dia tak buang masa fikirkan org keliling yang dok hina dia.

Contoh terdekat.. mak aku.. dari penoreh getah... dari pagi sampai malam.. ada je keje yang dia buat.. nak cari duit untuk hidup n besarkan anak2.. skarang??? dia dah dok goyang kaki.. dah senang, dapat pegi Haji dan dapat pegi Umrah, ada rumah besar, anak2 semua ada kereta. Setahun 2-3 kali akan bercuti gan anak2.. shopping gan anak2.. beli apa je yang dia nak. Semuanya kerana usaha dan semuanya kerana dia tak pernah fikirkan semua penghinaan yang orang taburkan pada dia. Agak2 patut ke aku khutbah kan mamat nie??? hehehehe...

3. Dari pahang mamat nie datang. Minta duit mak, naik bas, tak cukup duit jadi tido kat kaki lima SOGO. Sanggup buat apa saja kerana Mentor. Agak2 dia sanggup tak dia buat untuk Akademi Al-Quran?? Kalau dah minta duit kat mak.. sah2 dia memang tak keje atau keje biasa2 je. Dok kat kampung ntah apa dia buat agaknya??? Nak ubah nasib dia nak jadi penyanyi... Napa kan dia tak nak belajar dulu sebab tgok dia nie muda sangat2.. macam belasan tahun. Sambunglah belajar.. Tak mampu??? Dari segi apa? Duit? Keputusan pekse tak ok?? Kalau keputusan pekse tak ok.. keje dulu, then baru sambung belajar amik MLVK ke, atau yg sewaktu dengannya.. Duit?? PTPTN kan ada?? klu rasa memang tak bleh nak wat loan.. keje.. cari duit dulu. Sebab apa aku cakap macam nie??? Dia memang tak bleh nyanyi.. suara dia??? aduyai.. sedih aku.. memang tak bleh masyukkkkkk.......... bukan bleh jadi halwa telinga.. bleh jadi nanah kat telinga tau...

4. Gadis nie.. tak dapat restu mak dia. Mak dia tak suka dia jadi penyanyi. Sebab mak dia tau suara dia tak sedap, muka tak komersial. Mak dia tentu nak dia punya kerjaya yang lebih menjaminkan masa depan. Siti Nurhaliza yang dah gah pun payah nak jual Album.. niekan pulak dia yang............. (tak sanggup nak abiskan ayat nie)
Dia masuk mentor sebab nak buktikan pada mak dia yang dia bleh berjaya.. pelik aku dengan kesempitan fikiran dia nie.

Bagi aku, kalau korang semua ada bakat... nyanyilah.. masuklah apa saja rancangan n usahalah agar korang berjaya jadi penyanyi. Tapi kalau setakat suam2 kuku.. suara yang memang tak boleh dijadikan halwa telinga.. carilah alternative lain. Carilah kerjaya yang betul2 boleh menjaminkan masa hadapan.

Janganlah memalukan dan memperbodohkan diri sendiri. Ukurlah baju dibadan kita sendiri. Kalau agak2 suara kita memang tak boleh nak jual.. duduklah diam2 kat umah. Masuk dalam ujibakat nie n 1 Malaysia tengok korang nyanyi. Dah tentu ramai org yang akan terguling2 sambil menekan2 perut gelakkan korang.

Lagi 1... Bagi aku rancangan2 macam nie dah terlalu banyak di Malaysia. Semuanya program hiburan yang melalaikan. Sampai bila kita semua nak digula-gula dan dikhayalkan dengan keindahan dunia hiburan??

Monday, February 14, 2011

Wahyu Terakhir...

Diriwayatkan bahawa surah AI-Maa-idah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu asar iaitu pada hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji penghabisan [Wada*].

Pada masa itu Rasulullah s.a.w. berada di Arafah di atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah s.a.w. tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan.

Setelah itu turun malaikat Jibril a.s. dan berkata:
"Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.dan demikian juga apa yang terlarang olehnya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu."


Sebaik sahaja Malaikat Jibril a.s. pergi maka Rasulullah s.a.w. pun berangkat ke Mekah dan terus pergi ke Madinah. Setelah Rasulullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat beliau, maka Rasulullah s.a.w. pun menceritakan apa yang telah diberitahu oleh malaikat Jibril a.s..

Apabila para sahabat mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira sambil berkata:
"Agama kita telah sempurna. Agama kila telah sempurna."

Apabila Abu Bakar r.a. mendengar keterangan Rasulullah s.a.w. itu, maka ia tidak dapat menahan kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar ra. menangis dari pagi hingga ke malam.

Kisah tentang Abu Bakar r.a. menangis telah sampai kepada para sahabat yang lain, maka berkumpullah para sahabat di hadapan rumah Abu Bakar r.a. dan mereka berkata:
"Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga begini sekali keadaanmu? Sepatutnya kamu berasa gembira sebab agama kita telah sempuma."

Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar r.a. pun berkata:
"Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesualu perkara itu telah sempuma maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahawa ianya menunjukkan perpisahan kila dengan Rasulullah s.a.w. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri nabi menjadi janda."


Setelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar r.a. maka sedarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar r.a., lalu mereka menangis dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka telah didengar oleh para sahabat yang lain, maka mereka pun terus beritahu Rasulullah s.a.w. tentang apa yang mereka lihat itu.

Berkata salah seorang dari para sahabat:
"Ya Rasulullah s.a.w., kami baru bailk dari rumah Abu Bakar r.a. dan kami mendapati banyak orang menangis dengan suara yang kuat di hadapan rumah beliau."

Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar keterangan dari para sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah s.a.w. dan dengan bergegas beliau menuju ke rumah Abu Bakar r.a..

Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. sampai di rumah Abu Bakar r.a. maka Rasulullah s.a.w. melihat kesemua mereka yang menangis dan bertanya:
"Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?."


Kemudian Ali r.a. berkata:
"Ya Rasulullah s.a.w., Abu Bakar r.a. mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahawa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya Rasulullah?."


Lalu Rasulullah s.a.w. berkata:
"Semua yang dikata oleh Abu Bakar r.a. adalah benar, dan sesungguhnya masa untuk aku meninggalkan kamu semua telah hampir dekat."


Sebaik sahaja Abu Bakar r.a. mendengar pengakuan Rasulullah s.a.w., maka ia pun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pengsan, sementara Ali r.a. pula mengeletar seluruh tubuhnya. Dan para sahabat yang lain menangis dengan sekuat-kuat yang mereka mampu. Sehingga gunung-gunung, batu-batu, semua malaikat yang dilangit, cacing-cacing dan semua binatang baik yang di darat mahu-pun yang di laut turut menangis.

Kemudian Rasulullullah s.a.w. bersalam dengan para sahabat satu demi satu dan berwasiat kepada mereka. Kisah Rasulullah s.a.w. mengalami hidup selepas turunnya ayat tersebut, ada yang mengatakan 81 hari, ada pula yang mengatakan beliau hidup sehingga 50 hari selepas turunnya ayat tersebut, ada pula yang mengatakan beliau hidup selama 35 hari dari ayat tersebut diturunkan dan ada pula yang mengatakan 21 hari.

Pada saat sudah dekat ajal Rasulullah s.a.w., beliau menyuruh Bilal azan untuk mengerjakan solat, lalu berkumpul para Muhajirin dan Anshar di masjid Rasulullah s.a.w..

Kemudian Rasulullah s.a.w. menunaikan solat dua raka'at bersama semua yang hadir. Setelah selesai mengerjakan solat beliau bangun dan naik ke atas mimbar dan berkata:
"Alhamdulillah, wahai para muslimin, sesungguhnya saya adalah seorang nabi yang diutus dan mengajak orang kepada jalan Allah dengan izinnya. Dan saya ini adalah sebagai saudara kandung kamu, yang kasih sayang pada kamu semua seperti seorang ayah. Oleh itu kalau ada sesiapa yang mempunyai hak untuk menuntut, maka hendaklah ia bangun dan membalasi saya sebelum saya dituntut di hari kiamat."


Rasulullah s.a.w. berkata demikian sebanyak 3 kali kemudian bangunlah seorang lelaki yang bernama 'Ukasyah bin Muhshan dan berkata:
"Demi ayahku dan ibuku ya Rasulullah s.a.w., kalau anda tidak mengumumkan kepada kami berkali-kali sudah tentu saya tidak mahu mengemukakan hal ini."

Lalu 'Ukasyah berkata lagi:
"Sesungguhnya dalam Perang Badar saya bersamamu ya Rasulullah, pada masa itu saya mengikuti unta anda dari belakang, setelah dekat saya pun turun menghampiri anda dengan tujuan supaya saya dapat mencium paha anda, tetapi anda telah mengambil tongkat dan memukul unta anda untuk berjalan cepat, yang mana pada masa itu saya pun anda pukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu sama ada anda sengaja memukul saya atau hendak memukul unta tersebut."

Rasulullah s.a.w. berkata:
"Wahai 'Ukasyah, Rasulullah s.a.w. sengaja memukul kamu."

Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada Bilal r.a.:
"Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fatimah dan ambilkan tongkat aku ke mari."


Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fatimah sambil meletakkan tangannya di alas kepala dengan berkata: "Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk dibalas [diqishash]."


Setelah Bilal sampai di rumah Fatimah maka Bilal pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fatimah r.a. menyahut dengan berkata:
"Siapakah di pintu?."

Lalu Bilal r.a. berkata:
"Saya Bilal, saya telah diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. unluk mengambil tongkat beliau."


Kemudian Fatimah r.a. berkata:
"Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta tongkatnya."


Berkata Bilal r.a.:
"Wahai Fatimah, Rasulullah s.a.w. telah menyediakan dirinya untuk diqishash."

Bertanya Fatimah. r.a. lagi:
"Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqishash Rasulullah s.a.w.?."


Bilal r.a. tidak menjawab pertanyaan Falimah r.a., sebaik sahaja Fatimah r.a. memberikan tongkat tersebut, maka Bilal pun membawa tongkat itu kepada Rasulullah s.a.w.

Setelah Rasulullah s.a.w. menerima tongkat tersebut dari Bilal r.a. maka beliau pun menyerahkan kepada 'Ukasyah.


Melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. tampil ke hadapan sambil berkata:
"Wahai 'Ukasyah, janganlah kamu qishash baginda s.a.w. tetapi kamu qishashlah kami berdua."

Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar kata-kata Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. maka dengan segera beliau berkata:
"Wahai Abu Bakar, Umar, duduklah kamu berdua sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua."

Kemudian Ali r.a. bangun, lalu berkata:
"Wahai "Ukasyah! Aku adalah orang yang sentiasa berada di samping Rasulullah s.a.w. oleh itu kamu pukullah aku dan janganlah kamu menqishash Rasulullah s.a.w."

Lalu Rasulullah s.a.w. berkata:
"Wahai Ali, duduklah kamu sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu."

Setelah itu Hasan dan Husin bangun dengan berkata:
"Wahai 'Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahawa kami ini adalah cucu Rasulullah s.a.w., kalau kamu menqishash kami sama dengan kamu menqishash Rasulullah s.a.w."


Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah s.a.w. pun berkata:
"Wahai buah hatiku, duduklah kamu berdua."

Berkata Rasulullah s.a.w.
"Wahai 'Ukasyah pukullah saya kalau kamu hendak memukul."

Kemudian 'Ukasyah berkata:
"Ya Rasulullah s.a.w., anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju."

Maka Rasulullah s.a.w. pun membuka baju, sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. membuka baju maka menangislah semua yang hadir.

Sebaik sahaja 'Ukasyah melihat tubuh badan Rasulullah s.a.w. maka ia pun mencium beliau dan berkata;
"Saya tebus anda dengan jiwa saya, ya Rasulullah s.a.w. siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan begini adalah sebab saya hendak menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh Allah s.w.t dengan badan saya. Dan Allah s.w.t. menjaga saya dari neraka dengan kehormatanmu."

Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata:
"Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya."


Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas kegembiraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah pun berkata:
"Wahai 'Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah s.a.w. di dalam syurga."


Apabila ajal Rasulullah s.a.w. makin hampir maka beliau pun memanggil para sahabat ke rumah Siti Aisyah r.a. dan beliau berkata:

"Selamat datang kamu semua semoga Allah s.w.t. mengasihi kamu semua, saya berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada Allah s.w.t. dan mentaati segala perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua hampir dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada Allah s.w.t dan menempatkannya di syurga. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abas hendaklah menuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya. Setelah itu kamu kapanilah aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kapanilah aku dengan kain yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan aku di atas balai tempat tidurku dalam rumahku ini. Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar meninggalkan aku. Pertama yang akan menshalatkan aku ialah Allah s.w.t., kemudian yang akan menshalat aku ialah Jibril a.s., kemudian diikuti oleh malaikat Israfil, malaikat Mikail, dan yang akhir sekali malaikat lzrail berserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk beramai-rarnai bershalat ke atasku."


Sebaik sahaja para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu maka mereka pun menangis dengan nada yang keras dan berkata:
"Ya Rasulullah s.a.w. anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua, yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam pertemuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila anda sudah tiada nanti kepada siapakah yang akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?."


Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata:
"Dengarlah para sahabatku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah AI-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada AI-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pengajaran dari mati."


Setelah Rasulullah s.a.w. berkata demikian, maka sakit Rasulullah s.a.w. bermula. Dalam bulan safar Rasulullah s.a.w. sakit selama 18 hari dan sering diziarahi oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa Rasulullah s.a.w. diutus pada hari Isnin dan wafat pada hari Isnin.


Pada hari Isnin penyakit Rasulullah s.a.w. bertambah berat, setelah Bilal r.a. selesaikan azan subuh, maka Bilal r.a. pun pergi ke rumah Rasulullah s.a.w.. Sesampainya Bilal r.a. di rumah Rasulullah s.a.w. maka Bilal r.a. pun memberi salam:
"Assalammualaika ya rasulullah."


Lalu dijawab oleh Fatimah r.a.:
"Rasulullah s.a.w. masih sibuk dengan urusan beliau."


Setelah Bilal r.a. mendengar penjelasan dari Fatimah r.a. maka Bilal r.a. pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fatimah r.a. itu.

Apabila waktu subuh hampir hendak lupus, lalu Bilal pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah s.a.w. dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal r.a. telah di dengar oleh Rasulullah s.a.w. dan baginda berkata;
"Masuklah wahai bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimamkan solat subuh berjemaah dengan mereka yang hadir."


Setelah mendengar kata-kata Rasulullah s.a.w. maka Bilal r.a. pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangan di atas kepala dengan berkata:
"Aduh musibah."

Sebaik sahaja Bilal r.a. sarnpai di masjid maka Bilal r.a. pun memberitahu Abu Bakar tentang apa yang telah Rasulullah s.a.w. katakan kepadanya.

Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan dirinya apabila ia melihat mimbar kosong maka dengan suara yang keras Abu Bakar r.a. menangis sehingga ia jatuh pengsan. Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah dalam masjid, sehingga Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Fatimah r.a.;
"Wahai Fatimah apakah yang telah berlaku?."

Maka Fatimah r.a. pun berkata:
"Kekecohan kaum muslimin, sebab anda tidak pergi ke masjid."


Kemudian Rasulullah s.a.w. memanggil Ali r.a. dan Fadhl bin Abas, lalu Rasulullah s.a.w. bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid. Setelah Rasulullah s.a.w. sampai di masjid maka beliau pun bersolat subuh bersama dengan para jemaah.

Setelah selesai solat subuh maka Rasulullah s.a.w. pun berkata:
"Wahai kaum muslimin, kamu semua sentiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah, oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kcpada Allah s.w.t. dan mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia."

Setelah berkala demikian maka Rasulullah s.a.w. pun pulang ke rumah beliau. Kemudian Allah s.w.t. mewahyukan kepada malaikat lzrail:
"Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak mencabut rohnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya maka minta izinlah lerlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka masukiah kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak izinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali padaku."


Sebaik sahaja malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah s.w.t. maka malaikal lzrail pun turun dengan menyerupai orang Arab Badwi. Setelah malaikat lzrail sampai di hadapan rumah Rasulullah s.a.w. maka ia pun memberi salam:
"Assalaamu alaikum yaa ahia baitin nubuwwati wa ma danir risaalati a adkhulu?" [Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu semua sekalian, wahai penghuni rumah nabi dan sumber risaalah, bolehkan saya masuk?"

Apabila Fatimah mendengar orang memberi salam maka ia-pun berkata;
"Wahai hamba Allah, Rasulullah s.a.w. sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin berat."


Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti dipermulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Falimah r.a.:
"Wahai Fatimah, siapakah di depan pintu itu."

Maka Fatimah r.a. pun berkata:
"Ya Rasulullah, ada seorang Arab badwi memanggil mu, dan aku telah katakan kepadanya bahawa anda sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya dengan tajam sehingga saya merasa mcnggigil badan saya."

Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata;
"Wahai Fatimah, tahu-kah kamu siapakah orang itu?."

Jawab Fatimah;
"Tidak ayah."


"Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta meramaikan kubur." Fatimah r.a. tidak dapat menahan air matanya lagi setelah mengetahui bahawa saat perpisahan dengan ayahandanya akan berakhir, dia menangis sepuas-puasnya.

Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar tangisan Falimah r.a. maka beliau pun berkata:
"Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, engkaulah orang yang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan aku."

Kemudian Rasulullah s.a.w. pun menjemput malaikat lzrail masuk. Maka malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap: "Assalamuaalaikum ya Rasulullah."

Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab:
"Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut rohku?"


Maka berkata malaikat lzrail:
"Kedatangan saya adalah untuk menziarahimu dan untuk mencabut rohmu, itupun kalau kamu izinkan, kalau kamu tidak izinkan maka aku akan kembali."

Berkata Rasulullah s.a.w.: "Wahai lzrail, di manakah kamu tinggalkan Jibril?"

Berkata lzrail: "Saya tinggalkan Jibril di langit dunia, semua para malaikat sedang memuliakan dia."

Tidak beberapa saat kemudian Jibril a.s. pun turun dan duduk dekat kepala Rasulullah s.a.w. Apabila Rasulullah s.a.w. melihat kedatangan Jibril a.s. maka Rasulullah s.a.w. pun berkata:
"Wahai Jibril, tahukah kamu bahawa ajalku sudah dekat"

Berkata Jibril a.s.: "Ya aku memang tahu."

Rasulullah s.a.w. bertanya lagi:
"Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang menggembirakan aku disisi Allah s.w.t."

Berkata Jibril a.s.: "Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi menanti rohmu dilangit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua para bidadari sudah berhias menanti kehadiran rohmu."

Berkala Rasulullah s.a.w.: "Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti."

Berkata Jibril a.s.: "Allah s.w.t. telah berfirman yang ber-maksud:

"Sesungguhnya aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga."

Berkata Rasulullah s.a.w.: "Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku."

Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai lzrail, dekatlah kamu kepadaku."

Selelah itu Malaikat lzrail pun memulakan tugasnya, apabila roh nya sampai pada pusat, maka Rasulullah s.a.w. pun berkata:
"Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati."

Jibril a.s. mengalihkan pandangan dari Rasulullah s.a.w. apabila mendengar kata-kata beliau itu. Melihatkan telatah Jibril a.s. itu maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?"


Jibril a.s. berkata: "Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?"

Anas bin Malik r.a. berkata: "Apabila roh Rasulullah s.a.w. telah sampai di dada beliau telah bersabda:

"Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga shalat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu."

Ali r.a. berkata: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah s.a.w. berkata: "Umatku, umatku."


Telah bersabda Rasulullah s.a.w. bahawa: "Malaikat Jibril a.s. telah berkata kepadaku;

"Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah s.w.t. telah menciptakan sebuah laut di belakang gunung Qaf, dan di laut itu terdapat ikan yang selalu membaca selawat untukmu, kalau sesiapa yang mengambil seekor ikan dari laut tersebut maka akan lumpuhlah kedua belah tangannya dan ikan tersebut akan menjadi batu."


Rasullulah mengingati kita umatnya sewaktu kewafatan Baginda. Adakah kita sentiasa mengingati Banginda???

Sumber : http://www.pekanrabu.com/zubir/wahyu.html

Kelahiran Rasulullah s.a.w..


Keajaiban dunia sempena kelahiran Rasulullah s.a.w....................

"Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. pada 12 Rabiulawal, Tahun Gajah di Mekah al-Mukarramah sebagai pembuka rahmat di pelosok alam semesta.Kelahiran baginda menjadi seribu satu tanda bahawa baginda akan menjadi utusan terakhir dalam menyampaikan risalah Islam. Ia merupakan peristiwa utama dalam sejarah Islam.

Baginda mempunyai kelebihan luar biasa, bukan sahaja dilihat dalam konteks sebelum kelahirannya tetapi dalam konteks semasa dan selepas dilahirkan. Peristiwa luar biasa ini disebut sebagai Irhas. Irhas bermaksud satu perkara luar biasa bagi manusia yang normal dan hanya diberikan kepada bakal nabi. Irhas dikategorikan kepada tiga:

1. Irhas yang dinyatakan di dalam kitab yang tidak boleh diubah atau dipinda.
2. Alamat-alamat kerasulan yang dibuktikan melalui perkhabaran daripada orang alim melalui ilham dan sebagainya.
3. Kejadian luar biasa yang berlaku semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Sehubungan itu, masih ramai masyarakat Islam yang sebenarnya tidak mengetahui peristiwa di sebalik kelahiran baginda. Ini kerana masih banyak lagi rahsia yang belum tersingkap. Oleh itu penulis terpanggil untuk menyingkap kembali peristiwa di sebalik kelahiran baginda Junjungan Besar s.a.w.

Sebenarnya banyak keajaiban yang berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.
Pertama, semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kandungan bondanya, Aminah, beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil.

Kehamilannya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia.

Selain itu kehamilannya ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya.

Kedua, ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi.

Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.

Ketiga, peperangan tentera bergajah yang disebut di dalam al-Quran surah al-Fil, datang menyerang kota Mekah. Ia diketuai oleh tentera bergajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi.

Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah.

Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.

Keempat, Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa.

Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata `Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.

''Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi darjatnya daripada Nabi Isa dan Musa.

Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman.

Semasa baginda dilahirkan, bondanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria. Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat.

Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan.

Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan dua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa. Kemudian bondanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan ``Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik''.

Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.

Dikatakan juga pada malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerosakan dan kemusnahan.

Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, ``Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, ``telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.''

Selain itu di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut.

Namun, api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi.

Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah. Setelah baginda lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat. Dalam riwayat yang sahih dan masyhur, ketika baginda diasuh oleh ibu susunya iaitu Halimatus Sa'diah, ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah mengalami kemarau.

Begitu juga binatang ternakan seperti kambing mengeluarkan susu yang banyak. Selain itu, Nabi tidak pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat termasuk juga pakaian baginda.

Halimah dan suaminya juga beberapa kali melihat tompokan awan kecil di atas kepala melindungi baginda daripada panas matahari.

Ketika berusia empat tahun, sedang baginda bermain-main dengan saudara susuannya, tiba-tiba datang malaikat mendekati baginda iaitu malaikat Jibril dan Mikail.Lalu membelah dada baginda dan mengeluar kan segumpal darah dan mencuci gumpalan darah itu dengan salji. Ada yang meriwayatkan bahawa gumpalan darah itu dicuci di dalam bejana emas dengan air zam-zam, lalu diletakkan semula di tempatnya. hal ini jelas diterangkan dalam surah Insyirah ayat 1 : Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad)?

Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini kerana baginda adalah khatamun nubuwwah, penutup segala nabi.

Perkara -perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan baginda di sisi Allah, sekali gus sebagai bukti kerasulannya.

Di samping itu, bukti -bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab kitab terdahulu seperti kitab Taurat, Zabur dan Injil sebagai rasul yang terakhir"

Sumber : http://www.pekanrabu.com/zubir/kelahiran.html

Valentine... Siri 2

Sememang Islam sangat menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang di antara satu sama lain akan tetapi untuk meluahkan kasih sayang di antara seorang lelaki dan perempuan perlu melalui saluran yang dibenarkan oleh syarak bukan yang menggalakkan kepada perkara-perkara yang mendorong atau merangsang kepada yang dilarang dan maksiat.

Realitinya, Islam adalah agama yang praktikal, bukan mengongkong. Islam agama yang mengatur kehidupan dengan lebih sempurna. Islam tidak pernah menyekat hubungan kasih sayang di antara umatnya.

Dalam Islam ada tiga kategori kasih:

Pertama : kasih Pencipta (Allah Subhanahu wataala) kepada hamba-Nya;

Kedua : kasih hamba kepada Pencipta dan

Ketiga : kasih makhluk sesama makhluk.

Banyak ayat-ayat Al-Quran dan hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan mengenai hikmat dan besarnya faedah berkasih sayang.

Allah Subhanahu wataala menjelaskan tentang keagungan nikmat-Nya kepada ma-khluk-Nya melalui nikmat kasih sayang; yang tafsirnya:

“Dan (Dialah) yang menyatupadukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di muka bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatupadukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka.” (Surah Al-Anfaal: 63).

Dan tafsirnya lagi:
“Lalu Allah menyatukan di antara hati (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara.” (Surah Ali Imran: 103).


Dengan penjelasan ayat di atas bahawa Allah Subhanahu wataala sangat mencela dan mengingatkan dengan keras tentang perpecahan sesama makhluk. Allah Subhanahu Wataala juga memerintahkan umat Islam supaya sentiasa berpegang teguh dengan agama Allah dan dilarang berpecah belah dan bermusuhan.

Kasih sesama makhluk pada sifatnya adalah tidak kekal, ia bergantung kepada keadaan, tetapi kasih hamba kepada pencipta-nya dengan iman dan takwa, manakala kasih Pencipta kepada hamba berkekalan.
Hal in jelas sebagaimana firman Allah subhanahu wataala yang tafsirnya

“Katakanlah (Wahai Muhammad): “jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengetahui.” (Surah Ali Imran: 31).

Oleh itu sebaik-baiknya hendaklah setiap orang Islam khasnya golongan remaja tidak terikut-ikut dengan budaya ‘Hari Kekasih’ yang dicipta oleh orang-orang Kristian, sebaliknya hendaklah menumpukan masa dan waktu kepada Allah Subhanahu Wataala dengan melakukan apa jua pekara yang mendatangkan manfaat yang matlamat akhirnya menghidupkan cinta kepada Allah Subhanahu Wataala.

‘HARI Kekasih’ yang dibawa oleh orang-orang Barat tanpa disedari bertujuan untuk melekakan dan merosak akhlak masyarakat Islam, kerana senario menyambut ‘Hari Kekasih’ berlaku di kalangan remaja Islam. Sungguhpun ia belum sampai ke tahap yang kronik, namun begitu apa yang lebih membimbangkan bukanlah setakat berutus-utus kad ucapan dan hadiah, atau meraikannya di kelab-kelab disko, tetapi kemungkinan adanya segelintir remaja yang sanggup menghadiahkan kehormatan diri demi membuktikan kesetiaan.

Bagi menjelaskan masalah sebilangan remaja yang begitu mudah terpengaruh dengan budaya asing, Al-Quran memberi pengajaran dan ingatan kepada umat Islam, bahawa orang Yahudi dan Kristian akan terus berusaha sedaya upaya untuk memperdaya umat Islam supaya mengikut kehendak mereka. Allah Subhanahu Wataala berfirman yang tafsirnya:

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar.” Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh daripada Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. Orang-orang yang kami berikan kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutar-belit maksudnya), mereka itulah orang-orang yang beriman kepadanya; dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang-orang yang rugi.’’ (Surah Al-Baqarah: 120-121)

Ayat ini memberi pengajaran kepada umat Islam bahawa orang-orang Yahudi dan Nasrani itu akan terus berusaha sedaya upaya untuk memperdaya orang-orang Islam supaya mengikut telunjuk dan kehendak mereka.

Berbagai-bagai cara dan jalan yang mereka lakukan untuk merosakkan kepercayaan dan keperibadian orang-orang Islam, dan kerana ramai yang tidak menyedari hakikat ini maka bukan sedikit dari kalangan umat Islam yang terikut-ikut dengan adat dan budaya serta cara hidup mereka, semata-mata dengan alasan menurut peredaran zaman, sekalipun yang diikuti itu bersalahan dengan ajaran Islam dan bertentangan dengan akhlak dan budi pekerti yang mulia. Hakikat ini wajib diketahui dan disedari; mana-mana yang terlanjur, wajib kembali ke jalan yang benar.

Oleh itu, sebagai orang Islam kita hendaklah membuat sesuatu perkara itu dengan mengikut landasan Islam yang sebenar. Mengamalkan adat dan budaya Melayu yang sopan lagi tertib tidaklah salah asalkan tidak bertentangan dengan prinsip dan ajaran Islam.

Islam sangat menitikberatkan soal remaja di antaranya bagaimana mengarah hala tuju tentang percintaan. Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam ada menyebutkan bahawa tujuh golongan manusia yang akan mendapat perlindungan atau lembayung Allah antaranya: Pemuda atau remaja yang sentiasa beribadat kepada Allah tidak kira pagi, petang, siang atau malam; seorang laki-laki apabila diajak oleh perempuan yang cantik jelita dan kaya raya untuk melakukan maksiat, dia menolak kerana takutkan Allah, sebagaimana Baginda bersabda yang maksudnya:

“Tujuh orang yang dilindungi oleh Allah dalam naungan-Nya pada hari tidak ada naungan kecuali naungan-Nya iaitu: Imam yang adil, pemuda yang selalu beribadat kepada Allah, orang yang hatinya sentiasa terpaut kepada masjid, dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah, seorang laki-laki yang diajak oleh perempuan yang kaya dan cantik melakukan maksiat, lalu dia berkata: “Sesungguhnya aku takut kepada Allah,” seorang laki-laki yang sentiasa bersedekah dengan sembunyi-sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang telah dinafkahkan oleh tangan kanannya, dan seseorang yang sentiasa ingat kepada Allah (berzikir) di tempat yang sunyi sehingga matanya mengalir air mata.” (Hadis riwayat Bukhari).

Berdasarkan hadis di atas, jelaslah bahawa pemuda dan remaja yang hebat itu ialah pemuda yang tahan ujian dan mempunyai jati diri serta tidak mudah terpengaruh semata-mata cinta dan takut kepada Allah Subhanahu Wataala.
Selain itu, Allah Subhanahu Wataala memberikan ganjaran dan petunjuk kepada orang-orang yang beriman dan takut kepada Allah Subhanahu Wataala dengan membuat perkara yang disuruh dan menjauhi segala perkara yang dilarang-Nya. Perkara ini jelas sebagaimana kisah ashhab Al-Kahfi disebutkan dalam Al-Quran, Allah berfirman yang tafsirnya:


Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar: Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.” (Surah Al-Kahfi: 13).

Harus diingat mengamal dan mengikut budaya asing, terutamanya di dalam meraikan hari-hari tertentu tanpa mengetahui latar belakang perayaan tersebut, sebenarnya akan menjerumuskan umat Islam kepada kehancuran kerana perkara-perkara seperti ini bukan sahaja menjejaskan akhlak orang-orang Islam bahkan boleh menjejaskan keimanan dan akidah mereka.

Sumber: Brunei Darussalam Mufti’s Office

Valentine.. Siri 1

Aku sebenarnya tak faham kenapa masih ada pasangan melayu yang beragama islam menyambut Hari Valentine.

Bukannya apa.. umum mengetahui Hari Valentine sebenarnya hari apa... masih tak tau hari apa??? Meh aku jelaskan... baca betul2 dan jangan amik mudah perkara yang melibatkan agama kita. Aku pun bukanlah orang yang kuat agama tapi rasanya perkara yang mudah macam nie tentu saja senang nak masuk kedalam kepala.


Setakat nie Lyana, Adib n Dani tak pernah bertanya lagi tentang Hari Valentine jadi belum masanya lagi untuk aku jelaskan pada mereka. Yg aku sebok2kan sekarang adalah tentang Hari Keputeraan Junjungan Besar kita Nabi Muhammad s.a.w, pada 15hb nanti.



Bagi merungkaikan isu ini, kita perlu mendalami dan memahami apakah maksud di sebalik Valentine itu sendiri serta asal-usul ia menjadi sebuah perayaan? Dari sudut bahasa, Valentine dalam bahasa Inggeris atau Valentino dalam bahasa Itali adalah berasal daripada nama sebuah keluarga berbangsa Rom, iaitu Valentinus yang juga berasal daripada bahasa Latin iaitu valens yang bermaksud; kuat, aktif, sihat dan seumpamanya (laman web Behind The Name: The Etemology and History of First Name).


Menurut sejarah pula, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa beliau yang telah berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 Masihi begitu bermakna bagi Ratu Isabella sehingga dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri. Justeru itu, 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan tersebut dengan dinamakan hari Valentine.


Terdapat tiga pendapat mengenai asal-usul Hari Valentine.


Pertama, Hari Valentine bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno, ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi Rom. Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.


Pendapat kedua pula menyatakan pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi.
Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine sebagai upacara keagamaan.


Manakala pendapat ketiga mengatakan Hari Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St. Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin.


Tindakan St. Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.


Sejarah di atas jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine merupakan perayaan keagamaan yang disambut oleh umat Kristian. Malah sekiranya kita merujuk kepada kenyataan-kenyataan pihak Kristian pada hari ini, mereka masih menganggap Hari Valentine sebagai satu ritual di dalam agama Kristian.


Di dalam laman web Spiritrestoration.org: The Premier, Ecumenical Christian Website. A Resource For Mature Christians and Scholars di bawah topik Definition of religious Holy Days (Pengertian Hari-hari Suci keagamaan), di bawah indeks Saint Valentine’s Day menyebut bahawa: “Christian celebration of the love of God presented in Jesus and in the lives of Christian believers. St Valentine was a 3rd century martyr. This day is widely observed in the USA as a secular celebration of love.” Bermaksud : Perayaan Kristian terhadap kecintaan kepada Tuhan, dipersembahkan buat Jesus dan di kalangan penganut Kristian, St. Valentine merupakan syahid abad ketiga. Hari ini dilihat begitu meluas sekali dirayakan di USA sebagai perayaan cinta di zaman sekular.


Termaktub di dalam laman web Catholic Encyclopedia pengiktirafan bahawa walau dalam apa jua versi berkenaan dengan St. Valentine, kesemua mereka adalah dianggap sebagai syahid. Petikan menyebut : At least three different Saint Valentines, all of them martyrs, are mentioned in the early martyrologies under date of 14 February. Bermaksud : Sekurang-kurangnya terdapat tiga orang St. Valentine yang berbeza, kesemua mereka merupakan syahid, ianya disebut sebagai golongan syahid yang terawal pada tarikh 14 Februari.
Manakala Britain Broadcasting Company (BBC) News Online Network melaporkan pada hari Ahad, 14 Februari 1999 bahawa terdapat dakwaan daripada biarawan di Gereja St. John Duns Scotus di Glasgow, Scotland bahawa wujudnya tulang Valentine yang syahid, ianya merupakan servis istimewa hari Valentine pada hujung minggu serta diletakkan di ruang pameran sebagai pameran umum dengan termaktub di atas kerandanya tulisan ‘Corpus St. Valentine Martyris’. Dikatakan bahawa mayatnya telah diletakkan di ruang sayap Gereja St. Francis semenjak berabad lamanya, dan enam tahun lepas mereka baru sahaja meletakkannya di dalam keranda kayu di dalam kotak kadbod di atas almari berhampiran rumah gereja.


Dalam pada itu, nama St. Valentine juga sering digunakan oleh gereja-gereja Roman Katolik bersempena mengingati jasa-jasa tokoh agama tersebut, seumpama St. Valentine Church di Philadelphia, Pennsylvania, St. Valentine’s Catholic Church di Peru, Illinois, St. Valentine Church di Bethel Park, Pennsylvania, St. Valentine Church di Thonstetten, Moosburg, Munich dan St. Valentine Church di Buffalo, New York.
Berdasarkan fakta-fakta di atas, jelas bahawa Hari Valentine merupakan salah sebuah perayaan yang menjadi amalan ritual di dalam agama Kristian. Ini sekaligus bercanggah dengan prinsip Islam yang tidak membenarkan umatnya meniru identiti atau cara hidup agama lain lebih-lebih dalam soal yang melibatkan aqidah Islam.


Islam sangat prihatin dan sangat menginginkan supaya umatnya mempunyai identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dan serupa dengan umat lain. Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain.

Ini berdasarkan firman Allah S.W.T.;


“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.”(al-Kafirun ayat 1-6)


Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal-hal bersifat individu, misalnya dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan dan sebagainya yang dikhuatiri bercanggah dengan identiti dan syariah Islam. Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam.


Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.;


“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Dalam hal ini Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memutuskan bahawa “Amalan menyambut Hari Valentine’s Day adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam”.


Manakala Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.


Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia




Ini saja yang aku dapat selepas aku GOOGLE.. payah gak nak cari fakta yang betul2 tepat. Sebab ada juga versi yang aku baca.. Tapi aku tak ingat sangat sebab aku baca masa aku umur 15 tahun dari suratkhabar, aku potong n tampalkan di papan kenyataan Persatuan Agama Islam di sekolah aku n juga di dalam kelas aku. Kisah yang aku baca berlaku di Spain agaknya.. (maaf ingat2 lupa, puas dah google tapi tak jumpa)

Kisah paderi yang bernama St Valentine. Di negeri nie agama islam memang diharamkan. Mereka terpaksa bersembunyi. Si Paderi nie kisahnya telah umumkan kat semua kaum muslimin untuk berkumpul pada subuh, 14 Februari.. mereka akan dipindahkan kenegeri lain (tak ingat kat mana) dengan menaiki kapal. Jadi semuanya kalau nak selamat kenalah naik kapal tu dan akan dibebaskan belayar ke negeri lain.

Jadi pada subuh, 14 Februari.. semua kaum muslimin telah menaiki kapal tersebut. Tetapi malang bagi mereka kerana Si Paderi Valentine dah sebenarnya dah menipu diorg. Bila semua kaum muslimin tersebut dah berada didalam kapal, Kapal tersebut telah dibakar. Maka terhapuslah kesemua kaum muslimin...

Itu kisah yang aku baca. Jadi bagi aku kalau kita merayakan Hari Valentine samalah seperti kita merayakan hari pembunuhan saudara seagama kita.

Wednesday, February 9, 2011

Delete

SITUASI 1

" Hai sayang, u wat apa?"

" Saya tengah layan member kat FB."

" U bukalah cam u. I nak tengok u. Rindulah."

Lepas on Webcam...

" Cantiknya, I suka tengok u. Hilang rindu i."

" Apa yang cantiknya plak? Muka tak berkemas, gan pki baju kaftan, pun cantik ke??"

" Bagi i, u cantik. Bibir u seksi sangat. I nak sangat cium bibir seksi u 2."

" Seksi?"

Bangun pegi kat cermin solek. Muncungkan mulut macam Anita Sarawak. Kepala senget kiri dan kanan sambil pose cuba cari angle yg seksi.
--> "Kat mana yang seksi nie?" gumam aku sendiri.

BUZZ...

" Mana u pegi sayang??"

" Tak kemana pun."

" Meh sini i nak pelok u. Badan u mesti sedap kena pelok."

Dan mulalah aksi dia di Cam .. Buka baju.. buka ikatan kain pelekat. Perghhhhh.... nampak siut. Kecik je... hahahahaha...

Aku tutup muka gan jari tapi celah2 jari terbuka. Nak juga tengok.. hebat sangat ke? Dia dah mula urut... aku gelak.. pandang kiri pandang kanan.. perati anak2 aku.. tak nak diaorg tgok.

Aku buka Yahoo Messenger. Pegi kat nama dia.. Terus tekan delete...

Padan muka ko... buang terus dari senarai..


SITUASI 2

" Rambut u panjang ke sayang?"

" Yup! Napa?"

" Bleh i tengok, bukalah CAM u?"

" Tak bleh. Tak mau. Napa?"

" Panjang sampai mana?"

" Bahu.. bawah sikitlah."

" Nanti u simpan panjang lagi. I suka perempuan rambut panjang."

" Rimaslah."

" Simpan je.. seksi tau ppuan rambut panjang nie."

Bangun pegi kat cermin solek. Lentok-lentok kan kepala macam Ella. Kuak rambut kiri, kuak rambut ke kanan. terserlah rambut putih yang lebih banyak dari rambut hitam. Kepala senget kiri dan kanan sambil pose cuba cari angle yg seksi.
--> "Kat mana yang seksi nie?" gumam aku sendiri.

BUZZ

" Alah... simpanlah. Biar sampai tutup 'TUT" u masa u bogel. Seksi sayang.. U buat depan i nanti.. i terus terkam u."

" Bila u nak jumpa i?"

" Sabtu nie bleh tak sayang?"

" Kat mana?'

" Melaka lah. I sewa kat Seri Malaysia ke, Air keroh ke? U datang terus masuk bilik i."

" Bleh ke?"

" Bleh sayang... Nanti i nak u bogel depan i sebab i nak terkam u."

Aku buka Yahoo Messenger. Pegi kat nama dia.. Terus tekan delete...

Padan muka ko... buang terus dari senarai..


SITUASI 3

" Boleh berkenalan?'

" Boleh. Dari mana?"

" KL. U dah kawin?"

" Dah."

" Anak u ada berapa?"

" 3 orang."

" I suka perempuan yang ada pengalaman."

" Maksud U?"

" Yelah, dah kawin. Dan ada anak 3 lagi. Banyak yang u tau."

" Biasa je."

" I suka main gan wife orang. Semuanya ada pengalaman. Dah ramai gak i main wife orang. Sedappppp."

" Umur u berapa?"

" 27 tahun sayang. U nak tak keluar gan i?"

" Pegi mana?"

" Kita pegi genting. I sewa bilik kat sana. Kita bleh main puas-puas."

" Nanti apa yang i nak cakap gan HB i."

" U cakaplah u ada kursus. I bleh menyamar dari pejabat u dan kol HB u cakap u ada kursus kena overnight."

" Dengan ppuan lain pun u wat macam tu ke?"

" Ada yang i buat.. ada yang tak."

" Ok kalau macam tu. Nanti i MSG u tau."

" Bagilah no HP u. Senang i nak sms. Klu bleh u sms sekali PIC u yang seksi2. PIC "TUT" dan "TUT" u kat i. I nak wa kajian sikit."

" Hehehehehe.. Bleh.. jap ye?"

Aku buka Yahoo Messanger. Pegi kat nama dia.. Terus tekan delete...

Padan muka ko... buang terus dari senarai..


ps: Agaknya diaorg ingat aku nie apa ek?? Confius betol...!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails