Thursday, January 27, 2011

Pengajarannya...

Tahun 80an... (tak ingat darjah berapa)

Subuh...

Selepas semalaman aku tertido dalam kesakitan... kepijaran dimulut dan mata... Pagi tu aku dikejutkan dengan usapan lembut dirambut ku. Aku membatukan diri... terdengar bisikan lembut ditelingaku...

" Mak sayangkan kau.. kalau mak tak sayang, mak tak akan tegur anak2 mak. Mak akan biarkan apa saja kau nak buat." Setitis airmata gugur dipipi aku...

Aku menahan tangis. Sebak didada mula terasa.

" Ina... Biarlah muka kita tak cantik.. biarlah kulit kita hitam legam.. asalkan akhlak kita terjaga."

" Mulut kena jaga bila bercakap, jangan sampai menyakitkan hati org. Hati kena baik... Tingkah laku wajib kita jaga, bersopan dengan orang tua."

" Mak memang tak suka kau cakap perkataan lucah. Mak tak ajar tu semua kat kau adik beradik."

" Ingat.. muka tak cantik tak pe.. hati.. mulut.. bahasa wajib dijaga."

" Biar orang buat kita.. kata kita.. Kutuk kita... jangan sekali2 kita balas perbuatan orang pada kita.. berdoa saja pada Allah. "

Airmata aku terus mengalir. Aku tersendu...

Pagi tu.. aku telah disedarkan betapa pentingnya seorang wanita menjaga akhlak, tingkah laku dan tutur kata.

Sehingga kini... aku masih mengingati kata2 mak. Kata2 yang aku ulangi kepada anak2 ku setiap kali mereka bertengkar.

Agaknya berapa ramaikah ibu-bapa diluar sana yang masih menasihati anak2 mereka agar tidak terlanjur dalam berkata2? Menjaga tingkah laku dan adab mereka apabila berhadapan dengan org yang lebih tua?

Hari nie ramai juga yang aku lihat anak2 muda melayu yang beragama islam dan masih dibangku sekolah sudah pandai mencarut, bersikap tidak sopan.

Moga ianya tidak terlaku dn diamalkan dikalangan keluarga dan rakan2 aku...

Perlu ke??

Tahun 80an... (tak ingat darjah berapa)

" Kau jangan pakai seluar pendek tu ina." Mak

" Napa mak?" aku heran.

" Takut sikit, kau anak dara." Terang mak.

" Alah.. bukan nampak "TUT" pun!"

Hari tu aku tertido dalam keadaan kesakitan dan sendu yang tak henti2. Mulut aku pijo a.k.a pijar... Mata pedih.. badan sakit kena balun dengan getah paip. Sepanjang hari aku telinga terpaksa menadah leteran mak.

" Aku tak penah anak aku mencarut. Aku tak suka anak aku cakap benda2 yang tak senonoh. Aku tak suka anak aku cakap yg bukan2. "

" Dari mana ko belajo cakap macam tu? Ko kawan gan sapa kat sekolah sampai berani cakap macam tu?"

Berasak2 soalan yang diajukan sambil tangan tak puas2 melumur mulut aku dengan lada kering yg telah siap digiling. Aku tak mampu nak jawab sebab mulut tak larat nak buka..

Airmata tak henti2 mengalir.. tanpa suara, tanpa raungan hanya sendu saja yang tinggal.. Sendu yang aku bawa hingga ke malam..

Sejak dari hari itu.. aku tak berani lagi nak mencarut.. sebut benda2 lucah.. Sampailah kini.. sampai dah beranak pinak.. dan aku juga ajarkan perkara yang sama pada anak2 aku.

Dan aku makin tak faham bila ada ppuan yg selamba menyebut perkataan itu.. kalu org tua2 aku mungkin tak berapa nak heran.. tapi nie budak2 ppuan muda.. remaja.. anak2 kecil baik lelaki mahupun ppuan.

Perlu ke mencarut?? Melepaskan kemarahan dengan mencarut?? Mengutuk org siap diselitkan dengan perkataan lucah?? Perlu ke????

Sedihhhhhh.......... Jauhkanlah aku dan anak2 aku dari semua tabiat buruk tu...

Anteh....

Anteh.... aku tak pernah tau nama sebenarnya...

Mengenali Anteh ketika aku berumur 17 tahun, seusai menduduki SPM. Aku bekerja disebuah kilang jahit baju ketika menunggu keputusan periksa. Anteh tidak bekerja di sana tapi aku mengenali dia melalui rakan setugas aku June yang bersekolah bersama dia.

Anteh seorang remaja nakal yang bergaul dengan mat-mat motor. Waktu tu masih tiada istilah mat atau minah rempit, yang ada cuma Bohsia dan Bohjan. Anteh sendiri mempunyai motor.

Yang aku ingat motornya kaler hijau.. motor RG rasanya.. dia juga bercita2 untuk memiliki motor PANTHER. Tapi sebab masih tidak bekerja tetap dia terpaksa memendamkan hasratnya.

Kami berdua rapat... sebenarnya bukan kami berdua saja... Kami yang aku maksudkan adalah 1 kumpulan seramai 6-7 orang... perempuan didalam kumpulan ini hanya aku dan june, selebihnya lelaki.. iaitu anteh, bakhtiar, ucop, rosli, nekmat dan aku tak ingat sangat yang lain2.

Tapi aku dan june bukan bohsia kerana kami tidak membonceng mereka. Aku mempunyai motor sendiri dan mempunyai lesen. Aku dan june juga tidak bertukar2 pasangan, tidak pernah melakukan perkara terlarang, tidak pernah menyentuh barang yg haram.

Kami hanya berjumpa untuk berbual2.. bercerita tentang motor dan juga kisah perlumbaan yang budak2 lelaki sertai. Port kami bukanlah di pondok2 dalam kebun getah atau dusun. Port kami ialah dirumah Anteh sendiri. Aku baik dengan ibu dan kakak Anteh..

Sepanjang mengenali Anteh.. aku tau dia bertukar2 pasangan.. dia taklah hensem tapi manis. Ramai bohsia2 suka kat dia kerana dia memang juara bawa motor.. Selalu menang klu ada lumba haram. Aku pernah ikut dia berlumba tapi hanya sekali. Itupun puas aku kena marah sebab Anteh memang tak kasi aku n june ikut. Dia takut mana tau ada polis atau JPJ... mau aku gan june terjebak sekali nanti.

Dia juga tak mau aku kena ngurat gan kumpulan lawan. Sebab aku penah dengar diaorg bertaruh bohsia sebagai hadiah kemenangan dan aku diminta sebagai hadiah oleh kumpulan lawan. Anteh berang dan hampir berlaku pergaduhan.. sudahnya aku kena hantar balik oleh rosli.

Bila aku kenangkan balik peristiwa tersebut.. sampai kini aku bersyukur kerana aku mempunyai kawan sebaik Anteh. Kalau orang lain mau aku dan june dah kena...

Kemalangan jgn citer pada Anteh kerana dia sendiri beberapa kali dah mengalaminya. Dah banyak dah besi masuk kedalam badannya. Tapi sejak abangnya, Baba meninggal kerana kemalangan sewaktu memandu laju, Anteh berubah. Anteh perlahan2 belajar untuk membaiki kenderaan. Walaupun dia tidak berpelajaran tinggi tapi dia berusaha bersungguh2 untuk berjaya. Hasilnya dia kini memiliki bengkelnya sendiri.

Hubungan aku dan Anteh jadi renggang dan putus selepas aku kahwin. Dan kami rapat semula selepas aku kembali bujang. Anteh kini mempunyai 2 cahayamata yang comel. Dialah yang jadi mekanik aku.

Aku sendiri tak tau apa sebenarnya yang aku ingin sampaikan disini, aku hanya ingin bercerita ttg kebaikan Anteh.. Selain daripada itu, aku nak tegaskan disini... dia kawan baik aku.. Ada juga suara2 yang berkata apa salahnya aku cuba untuk hidup bersama dia.. bagi aku itu mustahil kerana aku tak pernah mempunyai perasaan pada Anteh. Aku menghormati dan menyayangi dia sebagai seorang sahabat, kawan.. bukan kekasih.

Anteh juga begitu.. dia pernah cakap dengan aku.. kita nie baik sebagai kawan je kan??? Kalau bercinta.. memang asik nak bergaduh je.. ya... aku akui.. dulu pun kami asik bergaduh kerana kami sama2 degil dan panas baran.

Aku termenung kembali bila ingat semula kisah kami berdua. Dimana ya kawan2 uang lain???


Tuesday, January 18, 2011

Masanya Telah Tiba

Seiring dengan peningkatan usia kau, kematangan kau akan lebih terserlah. Jika dulu kau akan menangis semahu2nya saat dia pergi tapi tidak kali ini. Kau lebih tabah dan bersedia menghadapi hari2 yang mendatang.

Dia hadir dalam hidup kau tanpa paksaan dan juga tanpa kau sedari. Kau menerimanya kerana kekosongan yang telah ditinggalkan didalam hatimu. Kau berjanji bahawa tiada lagi selepas ini tapi takdir yang Allah tentukan buat dirimu buatkan kau tabah menerima.

Berbagai2 cabaran yang kau hadapi. Kau terpaksa menghadapi semua orang disekilingmu. Kau sorokkan hubungan ini demi menjaga hati2 insan disekelilingmu. Sejujuranya dia cuba meluahkan kasih sayang dan cintanya padamu. Kau menerima kerana kau tau yang hubungan itu tidak akan kemana2. Kau sendiri mahu ianya hanya setakat itu saja.

Tapi.... masa merubah segalanya. Kesungguhannya membuatkan hati kau terpaut. Dia ada disaat kau memerlukan. Dia selalu meminjamkan bahunya disaat kau mengalirkan airmata.
Dia mencari kau tanpa perlu kau mencarinya.

Dia sentiasa ada apabila kau terjatuh dan juga disaat kau berada diatas. Dorongan, kata2 perangsang, kasih sayang dan cintanya sentiasa menemanimu. Lagu2 cinta sering dinyanyikan ditelingamu.. Kau hampir tidak mengenali airmata kesedihan lagi. Yang hadir cuma airmata kegembiraan. Penjalinan kemesraan sejiwa sehati.. bersamanya ibaratnya emas dan permata. Kau sungguh bahagia.
Tapi setelah sekian lama, Hatimu yang telah keras dan kebal dulunya menjadi lembut kembali selepas kehadirannya. Setelah kembali menjadi lembut, hatimu terluka lagi. Dia berubah dengan sekelip mata. Pergi meninggalkan kau tanpa kau sendiri menduga. Tanpa angin dan ribut dia pergi berlalu. Dia berubah.. sebenar-benarnya berubah. Kau mencari kesilapan mu. Kau terlalu bertolak ansur dengannya.. Kesetiaan yang kau berikan kepadanya selama ini tidak dihargai. Kau masih mencari2 apakah salahmu. Dia membuatkan kau termenung dan kembali airmata membasahi pipimu...

Hati... rupanya kau akan terluka lagi kini.

Monday, January 17, 2011

Muak & Jelak... Terluka Jua Akhirnya...

" I sayangkan u... percayalah pada i.. i takkan sia2 kan u."

" I berjanji tak akan biarkan u menangis lagi. I akan jaga u dan anak2 u."

" Saya kangen pada awak..hehehe."

" Saya sayangkan awak..."

" I janji akan tolong u.. tapi bukan minggu nie.. minggu depan tau."

" Hadiah nie memang i tempah khas untuk u. U klu nak datanglah kesini. I akan sewa bilik honeymoon suite.. I nak pakaikan sendiri hadiah nie pada u."

" Kalau jumpa kejap, baik tak yah jumpa. Tidolah sini... i sewakan bilik nanti."

" Susah senang i sanggup sama2 hadapi dengan u. Klu u ada masalah... citerlah pada i. I sanggup tolong."

" I kasihan gan u n anak2 u. Belanja sekarang besar sangat. I tau u tak mampu nak tanggung sorang2"

" I sayangkan u... Sampai bila2 i akan sayangkan u."

" I terima u seadanya."

" I janji takkan sia2kan u n anak2 u."

" Anak2 u .. anak2 i juga."

" Kita sayang awaklah... Kita tak de kawan lain selain dari awak. Awak perempuan yang pertama tau hati kita. Awak perempuan yang pertama kita sayang."


Thursday, January 13, 2011

Kini Saatnya... 2011

Jam menunjukkan 5.30 pagi, 03 Januari, 2011.. aku bangkit dari tido...

Mula berkemas2 untuk kerja dan yang penting ini adalah hari pertama persekolahan.

Lyana.. Anak dara aku yang manis... UPSR bakal menanti dia pada tahun nie.. Dia melangkah ke darjah 6.

Adib.. Bujang tampan yang menawan.. Darjah 5.. dia melangkah kesekolah dengan gayanya yang kemas dan bersih.

Dani.. Si kecil yang comel dan comot!!.. Manja aku nie dah besar dah.. masuk darjah 2. Aku pasti dia berdebar2 untuk memulakan sessi ini.

Kali nie aku tak menenami mereka.. Aku nak mereka berdikari.. Letakkan di depan sekolah.. melihat mereka masuk pagar dan aku terus berlalu....

Dalam hati aku berdoa agar hari pertama mereka lancar... begitu juga dengan hari2 seterusnya...


2010 Yang Ditinggalkan... 2011 Yang Dihadapi.... bhgn 3


Selamat Menyambut kehadiran ahli baru untuk keluarga SMILE '92.. Sebagai mode aku kena juga mengalu2kan kehadiran dia... namanya aku lupa... malas nak sms mak dia n tanya.. tapi yang pasti anak dara. Comel... keinginan aku nak mempunyai baby kecik makin berkobar2.. tapi sayangnya aku tak mampu...

Salha melahirkan cahayamatanya yang ke3.. Masih perempuan.. tak berjaya lagi tuk memiliki anak lelaki. Tak pe Sal... usaha tangga kejayaan. Kebetulan Nor balik ke Tangkak pada hari Krismas yang lepas, jadi kami tak melepaskan peluang untuk berkunjung kerumah Salha di Segamat.

Aku bersama anak2... Nor sekeluarga juga Ana yang bersama Jenol dan anak2 nya.

Salha tentu sekali gembira dengan kehadiran kami semua. Aku rasa dekat sekilo tepung bibik dia goreng wat jemput2.. Abis semuanya kami sapu... hehehe... org tua makan sikit.. tapi disebabkan masing2 ada askar yang kecik2 n kuat makan... jadi korang faham2 jelah...





30 Disember, 2010 aku cuti untuk membayar yuran anak2. Rupanya aku dah tgok salah tarikh Tarikh sebenarnya ialah 31 Disember... aduhhh.. camne lah aku bleh tak perasan?? Cuai betul....
Selesai semua urusan.. aku mula menyediakan keperluan anak2 sekolah.

Semua buku teks, kerja dan buku tulis aku sampulkan. Aku nak semuanya kemas dan teratur.. untuk minggu pertama persekolahan.. Semua baju anak2 aku yang gosokkan.. tapi itu untuk minggu pertama je aku kasi manja anak2... lepas nie.. Lyana n Adib kenalah gosok sendiri.. Mudah bagi aku kerana mereka tak banyak karenah.. Lyana dah 12 tahun dan dah tau tanggungjawabnya. Dah jadi anak dara.. Semuanya dah sedia... tinggal menanti masanya tiba...


2010 Yang Ditinggalkan... 2011 Yang Dihadapi.... bhgn 2

Perjalanan ke Mersing aku teruskan walaupun aku masih runsing dengan keadaan kewangan aku. Duit kereta kancil, perbelanjaan sekolah anak2 yang masih belum selesai.. Tapi aku gagahkan juga diri untuk pergi..

Dari Muar kami seramai 7 org menaiki 2 buah kenderaan. Seperti biasa akulah Ketua Rombongan bagi mereka. Semuanya aku yang tentukan, dari segi tempat tinggal, masa perjalanan dan tempat berkumpul juga tempat makan.

Bertolak pada jam 10 pagi dari Tangkak, masuk ke Tol Ayer Itam. Tepat jam 12.30 kami bertolak ke Mersing melalui Kluang, Kahang dan juga Felda Nitar. 2 buah kereta dari Muar dan 1 buah dari Batu Pahat.
Sampai di Mersing pada jam 2. petang. Kami mengambil keputusan untuk membeli keropok dulu sebelum check in di Suara's Chalet.

Selesai membeli belah (keropok sebenarnya) kami check in. Melepaskan lelah.. sebelum keluar semula bagi meninjau2 Bandar Mersing.

Makan malam ikan bakar di D'Semak Restoran. Sedap dan murah....



Seawal 7.00 pagi, 20 Disember, 2010.... didalam hujan lebat kami menuju ke PKG Endau. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa hanya 15 min menjadi 30 min kerana hujan yang lebat dan keadaan jalan yang licin.

Setiba di PKG Endau yang kelihatan hanya PT dari PKG Daerah Muar dan BP.. Kemudian barulah sampai daripada BTPN n juga pegawai2 yang lain

Selesai Mesyuarat.. kami bergerak ke rumah PT PKG Endau, Halim. Sedap betul makan mee goreng mak halim. Masing2 dengan muka yang tak malu makan bertambah2.. hehehe.. sebenarnya kami lapar.. maklumlah cuaca sejuk. dok dalam bilik aircond...
Sebelum balik ke bilik di Suara's Chalet, kami sempat singgah di Pantai Air Papan.

Pagi 21 Disember, 2010 kami singgah di PKG Mersing sebelum balik ke Tangkak. Singgah melawat kawasan.. hehehe... Thanks buat En Muhyidin dan juga Azna kerana bawa n belanja kami sarapan pagi. Sedapppp...


Aku sampai dirumah pada jam 4 petang.. penat n mengantok... tapi masih banyak yang perlu aku langsaikan..

2010 Yang Ditinggalkan... 2011 Yang Dihadapi.... bhgn 1

Assalammualaikum...

Hampir sebulan aku langsung tidak menyentuh blog ini... Kemalasan adalah penyumbang utama... tetapi yang menjadi mangsa dan sering aku persalahkan adalah ketandusan idea.

Begitu banyak cerita yang terkumpul.. dari bulan Disember 2010.. aku melalui pelbagai peristiwa. Catatan ini tak mungkin dapat aku muatkan segala2nya.. cukuplah sekadar meringkaskan cerita.

Bermula dengan Mesyuarat yang telah dijalankan di PKG Endau. Rentetan dari Mesyuarat itu aku mendapat banyak tempahan untuk membeli barangan dagangan. Ahad 19 Disember, 2011 adalah tarikh aku perlu bergerak ke Mersing bersama2 rakan2 lain.. Jadi pada Sabtu sebelumnya aku bercadang membawa anak2 berjalan2 selain mendapatkan stok bagi daganganku.

Perjalanan ke Muar aku lanjutkan ke Melaka. Dalam hati dah tak sedap... Alat penghawa dingin kereta aku yang tidak pernah bermasalah tiba2 tidak berfungsi dengan baik... Kesejukan yang diharap diganti dengan wap yang panas. Sudahlah cuaca panas diluar.. ditambah dengan kepanasan didalam kenderaan. Anak2 mula mengeluh... ingin saja aku berpatah balik tapi disebabkan aku perlu melunaskan beberapa kerja aku gagahkan diri untuk meneruskan perjalanan sambil hati aku tak putus2 berdoa agar tiada sebarang kejadian buruk yang berlaku.

Selesai urusan pertama aku teruskan perjalanan untuk membawa anak2 menonton wayang. Pilihan kami adalah NARNIA.. filem kegemaran kami berempat. Hatiku puas kerana dapat mengembirakan anak2 walaupun debaran didada masih ada kerana kereta yang bermasalah masih ada, cuma aku pendamkan demi anak2.

Kusangka panas hingga ke petang.. hehehehe.. Dalam perjalanan pulang, setiba di KM 177.1 Lebuhraya Utara Selatan selepas Tol Jasin menghala ke Tangkak, enjin kancil ku mati... Aduyaiiii.. Nasib aku memang baik kerana waktu itu aku mengekori sebuah bas ekspress. Lampu kecemasan aku berikan dan terus bergerak ketepi jalan.

Aku menghubungi PLUS bantuan dan juga Anteh (Mekanik aku). Jam menunjukkan 5.11 petang. Setelah setengah jam menanti mereka sampai. Giler!!! itu yang dapat aku katakan.. kereta aku langsung tidak boleh dihidupkan apalagi untuk digerakkan. Hampir 6.30 petang tapi tiada apa yang boleh Anteh lakukan untuk menghidupkan enjin kereta aku.

Setelah puas mencuba dan masih tidak berjaya, Anteh meminta kereta ku ditunda ke kedainya. Syukur kerana aku mempunyai kawan sebaik Anteh.. (nanti aku akan ceritakan kisah kami berdua dari saat perkenalan sehingga sekarang)





Tidak perlulah aku detailkan apa yang telah ditukarkan kepada kancil tu.. Anteh sungguh baik hati kerana memberikan aku masa untuk melangsaikan bayaran. Yelah, dengan belanja yang perlu aku sediakan untuk ke Mersing juga persekolahan anak2, dia memberikan kelonggaran kepada aku.

Thanks Anteh... Aku tau kau sayangkan aku dari dulu lagi.. cuma kita tak de jodoh kan??? hehehe... tapi aku rasa hubungan kita lebih baik sebagai sahabat saja daripada menjadi pasangan hidup kerana kita selalu bertengkar dulu.. hehehe...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails