Tuesday, November 30, 2010

Mereka pergi lagi...

Mengalir lagi airmata aku...
Jiwa aku rasa teramat kosong... aku tak sangup nak melalui keadaan ini lagi, tapi apa yang dapat aku lakukan??

Demi kebahagiaan mereka, aku korbankan hati dan perasaan aku.
Aku tahu, mereka tidak akan lama tapi sehari tanpa mereka bagaikan setahun...

Sepi mengelilingi aku... Dani ada disisi tapi setiap anak2 tidak sama tingkah mereka.

Lyana sendiri mengalirkan airmata saat berpisah tadi. Mengapa?? Sedangkan dia tidak pernah beraksi sebegini.

Adib juga sugul..

Lyana.. Adib... umie sayangkan kalian tapi perkongsian ini terpaksa kita lalui demi kesinambungan sebuah kehidupan. Kalian berhak mendapat kasih sayang seorang ayah. Dan Babah juga layak merasai kasih sayang anak2nya.

Cuma.. Dani.... Aku menitiskan airmata tatkala dia bersalaman dengan Babahnya. Babahnya mengucup pipi mongel Dani. Tanpa hanya setakat itu... Dani lari semula kepada aku...

Ya sayang... Lyana, Adib, Dani... kita terpaksa korbankan diri kita, hati dan perasaan kita demi melihat kebahagiaan babah. Dia memilih untuk mementingkan mengutamakan cinta, hati dan perasaannya. Biarlah dia dengan dunianya dan kita dengan dunia kita.

Cuma.. berilah umie peluang untuk memberikan kasih sayang kepada kalian. Mencurahkan segala kudrat yang ada untuk membesarkan kalian agar kalian menjadi insan yang berguna dimasa hadapan. Cinta, kasih dan sayang umie terhadap anak2 umie tiada tandingannya.. Kalianlah nyawa umie...

Saturday, November 27, 2010

Tiba-tiba saja....

Wajahnya bujur, berkumis nipis, hidung mancung dan berkulit putih.

Mengenali dia pada penghujung tahun 2007 melalui sebuah laman sosial. Dia menyapa dengan sebuah pesanan yang amat ringkas. Mengenalkan diri sebagai R, berumur 37 tahun, duda yang kematian isteri selepas melahirkan anak mereka yang ketiga. 3 cahayamata yang kesemuanya puteri. Tujuan dia untuk menyertai laman sosial itu hanyalah untuk mencari wanita yang boleh dijadikan ibu kepada anak2 nya.

Huluran salam perkenalan dia aku terima kerana aku rasakan, apa salahnya... dia tiada tuannya.. jadi yang pasti aku tidak menganggu rumahtangga sesiapa.

Hubungan itu kami teruskan dengan bertukar-tukar nombor telefon.

Dari hari kehari, hubungan kami menjadi rapat walaupun hanya berbual dan bersms di telefon saja. Mungkin keserasian ada diantara kami. Tapi aku masih tak puas hati kerana aku tidak mengenali dia secara berdepan. Aku lebih suka menilai orang dengan cara berbual secara bersemuka, melihat dari bahasa tubuhnya, lirikan matanya dan cara sebenar senyumannya.

Tahun 2008 membuka lembaran baru dalam hidup aku apabila dia menyatakan yang aku adalah pilihan yang tepat untuk dijadikan ibu kepada anak2nya. Menerima tidak, menolak pun tidak. Apa yang aku katakan hanyalah aku perlu bertemu dengannya. Persetujuan dicapai dan kami berjanji untuk bertemu di Melaka, negeri kelahirannya dan tidak jauh dari kediaman aku.

Aku bawa kereta kancil aku, berpakaian ala kadar.. blouse dan jeans. Dia datang dengan kereta wira berwarna biru. OOO.. kereta Wira je.. gumam ku didalam hati.
Terbukanya pintu kereta wira yang dah buruk itu... wah.... aku terpaku apabila melihat dia, dia memang Mat Smart. Berkemeja lengan pendek, berseluar khaki dan berkasut kulit. Aku tunduk dan memandang kakiku yang hanya bersandal.

Selepas saling berkenalan dan bertukar senyuman aku mengajak dia kedestinasi kami seterusnya. Kata sepakat diambil dan Mahkota Parade adalah tujuan kami.

Aku melangkah ke keretanya tapi....

" Naik kereta U lah, I malas nak drive." Aku tertelan senyumanku... eemm.. bukan permulaan yang bagus untuk temujanji yang pertama. Eemmm......

Jadilah aku pemandu yang tidak bertauliah. Kebetulan minyak kereta aku dah hampir habis, aku berhenti untuk mengisinya...

Aku yang kena isi guna duit aku.. aku pegi bayar sendiri kat kaunter dan pam sendiri minyak tu ketangki.... Dia hanya duduk didalam kereta yang masih terbuka enjinnya dan terpasang alat penghawa dingin. Eeemmmm....

Sampai di Dataran Pahlawan, aku mencari tempat letak kereta.

" I laparlah tak sempat sarapan. Dapat teh tarik sedap ni." Kami sama2 mencari tempat untuk makan.

Aku nampak kedai mamak yang agak popular di Melaka dan mencadangkan kepadanya..

" Mamak???? Eeiii.. tak selera I... kita pegi tempat lainlah.. I memang tak suka makan kat kedai mamak." Cebiknya...

" Kita pegi MP lah.. tengok apa ada kat sana." Usul ku...

" Hah.. nie baru kelas... I baru je ingat nak ajak u pegi Coffee Beans." Dia tersenyum lebar sambil menarik kerusi di restoran tersebut.

" U nak minum apa??"

" Ikutlah, i tak kisah. Kat sini tak de teh tarik kan?"

" Apalah u nie, nie Coffee Bean lah. Mana ada teh tarik!" Dia ketawa besar sambil berlalu.

Macamlah aku nie bodoh dan kampung beno sampai tak penah minum kat tempat tu. Dia tak tau agaknya yang aku perli dia tadi.

Kami duduk dan berbual sementara menanti hidangan tiba. Sebenarnya aku agak canggung duduk bersama dia.

Sepanjang waktu, dia lebih mendominasikan perbualan diantara kami.

I keje kat pejabat kedutaan "TUT"

Gaji i Rm5000 sebulan.

I ada 2 orang gaji. 1 untuk jaga baby i, yang 1 lagi tuk kemas rumah n jaga anak2 i yang lain.

I kawan gan YB ini.. YB itu.. I ada syer gan YB ini.. dan YB itu.

Hari tu masa i ambil pegawai kedutaan di KLIA, i terserempak dengan YB "TUT". Kawan baik i, orang kanan dia. Jadi i dapat lah salam dia.

I dok Kondo di area Damansara (Tempat yang berlaku tanah runtuh).

Family i semuanya moden dan berjaya. Adik i kawin dengan orang korea. Kitaorg selalu main Golf n layan Life Band kat hotel. Akak i yang umur 50 lebih pun masih layan tau life band, siap menari2 lagi.

Biasanya gan arwah wife i, i selalu shopping kat KLCC.. tempat lain susah nak dapat baju yang dia suka. I plak suka shopping kat Kelab Golf. Baju2 kat sana semuanya cantik2 dan sesuai gan jiwa i.

Arwah wife i tak pakai tudung macam u, tapi semua adik beradik i sayang kat dia. Akak i selalu belanja dia pegi shopping.

Dan... Bla... Bla.. Bla.. Bla....

Dari pukul 12 sehingga ke pukul 2 aku terpaksa menadahkan telinga aku mendengar cerita dia. Aku kepenatan dan akhirnya aku berlakon.

" I peninglah.. jom balik."

" Lahhh.. tadi ok je?"

" Cuaca panas sangat, lagipun i tak biasa minum kopi banyak2." Temberang ku...

" Ok!"

Aku cepat2 melangkah kekereta aku. Dia berbisik ditelinga untuk memegang tangan ku. Aku cuma mengelengkan kepala.

Didalam kereta, aku masih lagi memandu. Dia tak pulak menawarkan diri untuk membantu aku. Yang buat aku terus memadamkan dia dari senarai pendek calon2 bakal suami aku ialah apabila dia merayu agar aku membawa dia ke Sungai Udang iaitu untuk ditunjukkan rumah peninggalan Arwah ibu bapanya. Tak gentleman langsung.. dalam sakit2(walaupun berlakon) dia masih ada hati meminta aku memandu jauh2. Dari Bandar Hilir ke Sungai Udang dan balik semula ke Air Keroh. Aduyai....

Itulah kali pertama dan terakhir aku bertemu dengannya.

Selepas itu, aku terus tidak melayani sebarang panggilan dan pesanan dari nya. Aku benci lelaki macam tu. Dia hanya menceritakan kehebatan dia.. Aku meluat... Aku tak tau kenapa... tapi aku lebih suka lelaki yang suka merendah diri. Yang melayani wanita sebagai wanita.. mungkin dia nak test aku. Tapi aku tak perlu ujian kerana aku memang tak suka lelaki yang macam tu... Setiap kali berbual dia tak berani untuk bertentang mata denganku.
Matanya asik melilau kesana kemari. Dengan cara dia berbicara menampakkan keangkuhan dia.

Nasib akulah gamaknya...


ps: Aku benci dengan kata2 yang sentiasa bermain dibibirnya
"Bagi i seks dan duit bukan keutamaan i, tapi keperluan saja". Boleh caya ke??

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha

Salam..

Selamat menyambut hari raya Aidiladha buat semua rakan2 dan pembaca blog aku nie..

Bagi yang membuat korban pada tahun nie.. Alhamdulillah.. moga korban kita diterima oleh Allah...

Bagi yang menunaikan Ibadah Haji.. Semoga anda semua akan mendapat Haji Mabrur..

Setiap hari aku berdoa agar satu hari nanti aku akan menjadi tetamu Allah...

Amin....

Kisah aku dan dia...

Assalammualaikum...

Blog ini aku biarkan sepi.. sunyi tanpa sebarang calitan untuk seketika.. ini kerana aku kekeringan idea dan kebenakan fikiran yang sedang melanda.. Aku tak tau dimana datangnya keresahan ini.. adakah kerana aku telah mengkhianati atau sebenarnya aku dikhianati???

Kisah yang aku ingin paparkan disini adalah datangnya dari kisah aku sendiri.. aku mengambil langkah berani kerana aku tau pasti akan ada yang akan menghubungi aku untuk bertanyakan kepada aku apa sebenarnya yang berlaku.. maafkan aku.. rahsia tetap rahsia.. ini luahan isi hati aku...

Selepas umur aku genap 35 tahun... aku telah tanamkan dihati yang aku tidak ingin lagi mencari cinta.. Ya.. aku tak perlu mencari kerana ianya datang dengan sendirinya.. tapi kedatangannya kali ini menjadikan aku serba salah. Antara keinginan untuk memiliki, menyintai dan keinginan dicintai, dimiliki.

Dia datang.. ya.. aku kenal dia... aku kenal dah lama tapi sebelum ini kami hanya kenalan saja. Ada 2 sebab aku hanya kenal saja dengannya.. tak perlu lah aku jelaskan sebab2nya.

Tapi sejak aku berkawan dengan dia, ada yang tak suka. Dia tak suka kerana mereka pernah bercinta. Dia tinggalkan lelaki ini kerana mengejar kebahagiaan yang dia sendiri tak pasti. Dan setelah 2 kali dia dikecewakan dia ingin kembali padanya.

Sedangkan pada masa ini kami telah berkawan rapat. Aku dianggap perampas..
Dan sehingga kini aku masih didalam dilemma... perlu kah aku meneruskan hubungan ini atau menoktahkannya???

Maafkan aku.. aku sayangkan mereka berdua. Kedua-duanya tak dapat aku lepaskan..
Buat sahabat aku... Kau yang pergi meninggalkan dia.. Aku yang mengisi kekosongan hatinya..
Buat sidia.. Aku menyayangi dirimu tapi aku lebih menyayangi sahabat ku itu.. maafkan aku...

Wednesday, November 10, 2010

Reunion SMILE '92 - Pengkalan Balak, 7 November, 2010


Assalammualaikum...

Reunion ke-2.. aku buat dalam keadaan tertekan. Aku kelam kabut dengan segala macam aktiviti. Bermula dengan kursus yg wajib aku hadiri di Melaka dari 1-4 Nov. Balik dari kursus 5-6 Nov, aku bertolak ke Kuantan melalui Mersing untuk menyertai Family Day MHCC dan Majlis Perkahwinan Admin MHCC Sourthen, Saudara Pekanboy di Pekan, Pahang.

Perancangan rakan2 aku nak mengadakan pada 6hb.. aku minta mereka teruskan tanpa kehadiran aku tapi mereka semua tak setuju.. hahaha.. MODERATOR yang ayu n bersopan santun nie tak de.. tak jalan le majlis.. hehehe.... Jadi ianya ditunda pada 7 Nov.. Sebelum kesana macam cerita yang aku dengar.. macam2 hal.. ada yang kecik ati... ada yang marah... ada yang angin.... ada yang mulut tak dijaga..cakap tak fikir tentang perasaan orang lain.. dan yang paling penting.. AKU... aku yang pening nak tangani semuanya.. nak kumpulkan kawan2 nie bukan senang tapi Alhamdulillah... aku berjaya juga kumpulkan 17 org rakan2 aku bersama keluarga masing2.

Sponsor pun banyak aku dapat kali nie.. aku berbelanja dengan berhemah... selagi boleh jimat... aku berjimat.. duit selebihnya aku masukkan kedalam tabung. Senang nak adakan Reunion akan datang.

Kali nie tujuan kami dekat2 je... Pengkalan Balak.. Aku tempah 2 Chalet di Ismah Beach Resort.. Cantik tempat nie dengan private beach.. kawasan lapang ditepi pantai yang luas untuk aku wat telemacth. Mereka juga menyediakan 2 buah kanopi untuk kami berteduh (kebetulan hujan walaupun tak lebat), senang bagi kami untuk makan minum.. Makan tengahari aku minta kawan2 buat potluck... bawa sikit makanan.. (aku melenggang kangkung) tak sempat langsung nak masak. Lagipun memang banyak makanan..

Petang kami semua akan makan di kedai kawan lama kami yang dah lama, sangat2 lama tak jumpa di Pengkalan Balak juga... Helmynizam. Dulu dia bersekolah bersama2 kami di SK Ledang dari darjah 3-6. Selepas tu dia balik ke Melaka.

Sampai2 je kawan2 aku buka bekalan masing2.. Masing2 lapo...

Zaki bawa air jagung.. Thanks Zaki..
Nie tukang kacau.. memang pengacau... hahaha
MODE yang ayu... hehehe.. (tak salahkan puji diri sendiri.. lagipun nie blog aku)




Acara makan...


Angkat tangan semua...

Baru 17 family tapi dah kecoh n beso dah... tapi kami semua puas ati dan seronok dengan perjumpaan kali nie... Moga dimasa akan datang aku mampu adakan lagi perjumpaan seperti nie...

Tahniah buat kawan2 yang telah datang dan tahniah buat aku yg berjaya untuk kali ke2... (walaupun dalam keadaan tergesa2)

Wasalam...

PEKAN MENJERIT 5-6 NOVEMBER, 2010


Assalammualaikum...

1-4 November 2010, aku kursus di Hotel Seri Malaysia Melaka. 4 Hari yang penuh dengan kebosanan kecuali untuk hari ke2 kerana adanya kelas motivasi diri yg dikendalikan Kaunselor JPNJ.. Best kelas nie.. penuh dengan maklumat dan aktiviti. Hilang stress kami semua...
Balik 4 Nov, Lyana dan Adib dijemput oleh bekas akak ipar aku. Petang tu juga aku bersiap2 untuk keKuantan bagi menghadiri Family Day MHCC dan juga Majlis perkahwinan Pekanboy, Admin MHCC Southern.

Subuh-subuh gelap 5 Nov, aku dijemput oleh rakan MHCC. Kami terus bergerak ke meet point untuk bertemu rakan MHCC yang lain di Mersing. Aku pergi bersama Dani, kami sama2 teruja.



Di Endau, Rompin.. berehat untuk melepaskan lelah sambil bersarapan.


Sampai di Pekan, Pahang.. kenderaan MHCC telah di iringi oleh 4 polis trafik untuk melancarkan perjalanan kami untuk ke Kuantan.

Mandi Kolam di Duta Village Resort.

Jamuan Makan Malam..


menunggu masa untuk kerumah Pekan.










Petang 6 Nov, jam 4.30 kami bertolak balik ke Tangkak melalui Muadzam Shah dan Segamat.
Aku gembira kerana dapat menghabiskan masa bersama... Walaupun kepenatan tapi aku puas hati..

Love u...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails