Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan...

Ya Allah... Aku menadahkan tangan aku memohon keampunan dariMU.. memohon Keredhaan MU, dibulan yang mulia ini Ya Allah...

Ketika azan berkumandang, aku menitiskan airmata.. setelah sekian lama aku pergi... aku melupakan rumahMU.. kini aku kembali mengadapMU, Ya Allah..

"BARANGSIAPA YANG MENUNAIKAN SOLAT SUNAT TERAWIH PADA MALAM PERTAMA, MAKA KELUAR DOSA-DOSA ORANG MUKMIN, SEPERTIMANA IA BARU DILAHIRKAN, MENDAPAT KEAMPUNAN DARI ALLAH"

Aku tertunduk malu.. malu untuk mengadap YG ESA. Ya Allah.. layakkah aku mendapat keampunanMU sedangkan, aku insan yang berdosa yang terlalu leka dengan kenikmatan dunia.

Aku menahan sedu.. malu jika terlihat oleh jemaah lain terutama ibu dan anak gadis ku yang turut sama berjemaah.


Tapi didalam aku ketakutan, timbul pula satu perasaan indah yang meresap ke jiwa aku... dah lama aku tak rasakan perasaan ini sehinggakan airmata aku menjadi begitu murah... syukur Ya Allah kerana menemukan aku dengannya sekali lagi...

Sampai disaat aku menulis disini, perasaan indah tadi masih terbekas disanubari.. aku ingin sekali mengekalkannya..

Selamat menjalani ibadah berpuasa dan selamat menunaikan solat sunat terawih...

Monday, August 2, 2010

Tiada Lagi....

Genap usia aku 35 tahun pada Khamis lepas...

Usia yang kukira sudah cukup matang lebih2 lagi selepas melalui 1001 dugaan, rintangan, suka dan duka kehidupan..

Selepas berpisah pada usia 29 tahun, aku cuba memulakan hidup baru bersama anak2... didalam hati aku menanamkan hasrat untuk mencari pengganti tapi mungkin kerana kesukaran yang aku lalui dalam setiap hubungan maka aku menetapkan had. Aku berhasrat untuk berhenti mencari pasangan apabila usia aku mencapai 35 tahun.

Jika aku masih tidak bertemu dengan pasangan aku dikala usia mencecah 35 tahun aku akan berhenti mencari pasangan.. Andai ada jodoh aku dengan sesiapa.. biarlah ianya datang sendiri dari pihak lelaki... Aku mahu menumpukan perhatian aku pada anak2 dan ibadahku pada Allah...

Ya.. aku pernah menyimpan hasrat, sebelum 35 tahun aku akan berkahwin semula dan ingin mempunyai anak tapi impian aku tak tercapai.
Apapun aku bersyukur kerana diwaktu ini aku mampu memiliki rumah dan kereta sendiri. Jadi jika aku masih tiada suami, sekurang2nya aku masih punya tempat untuk berteduh dan pastinya aku tidak mahu menyusahkan keluarga aku..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails