Monday, May 31, 2010

Reunion Smile '92, Corus Paradise Resort Port Dickson, 28 - 29 Mei, 2010


Reunion Smile '92 telah lama aku rancangkan... rasanya dari tahun 2006 lagi.. Waktu itu aku bercadang nak lakukan pada Hari Raya Aidilfitri... yelah bukan senang nak kumpulkan kawan2 yang telah mempunyai keluarga dan tanggungjawab masing2..

Tapi semua perancangan aku gagal kerana tidak pernah mendapat sambutan... Saban tahun aku merancang benda yg sama tanpa jemu2.. dari 1 lokasi ke 1 lokasi yang lain.. tapi masih tiada sambutan... masalah pertama ialah komunikasi.. aku tiada no telefon mereka.. aku cuma tahu dimana letaknya rumah kawan2 aku nie, yelah dah berkawan dari kecil.. masa sekolah dulu aku pernah juga berjalan2 kerumah diaorg untuk beraya..

Tapi untuk kali ini... aku dapat hubungi mereka melalui laman sosial Facebook.. dari seorang rakan, ke seorang yang lain... dan kami masing2 dapat berhubung dengan laman ini.. Aku pun buat inisiatif sendiri dengan mewujudkan satu akaun diatas nama SMILE LEDANG '92 untuk kawan2 dari tahun 92 berkumpul dan berbual.

Pada awalnya semuanya ok.. tapi bak kata org tua... ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari... Jangkaan aku meleset apabila aku ingatkan mereka masih rakan2 sekolah aku yang tidak berubah.. rupanya kedudukan, kerjaya dan diploma/ijazah yang dipegang buatkan manusia nie berubah.. Ada yg langsung tidak mahu bergaul dengan kami (kumpulan SMILE) ada yang dengan lagaknya.. ada yang asik berbahasa inggeris... ada yang asik menceritakan kehebatan dia dalam kerjaya... ada yang tidak mahu menyertai kami kerana menggangap kumpulan nie hanya tuk bekas pelajar dari kelas sains dan perdagangan saja... dan macam2 lagi karenah yang terpaksa aku layani...


Tapi disebabkan semangat aku kuat dan aku berfikir secara waras.. aku mengikut saja rentak mereka...

Aku merancang untuk membuat reunion di Gunung Ledang Resort, tapi kebanyakan mereka memilih untuk ke Port Dickson... maka aku pun terus bersetuju. Setelah hampir 2 bulan merancang, mencari dan menempah lokasi, merancang tarikh, membuat promosi besar2an di FB.. sambutan yang diterima kurang memberangsangkan.. Tapi aku tak patah semangat dan hasilnya... aku dan yang telah bersetuju untuk menyertai majlis ini telah berkumpul di Corus Paradise Resort Port Dickson pada 28 - 29 Mei, 2010.









Acara Sukaneka untuk kanak2.. petang 28 Mei,


BBQ...




Pagi 29 Mei, mandi kolam selepas sarapan..


Moga ini bukan kali terakhir kita bertemu...
Bayangkan pertemuan pertama selepas 18 tahun..
(bagi sesetengah daripada kami)


Acara bergambar beramai2 selepas check out... 29 Mei, 2010



Selain dari aku... kawan2 lain yang datang ialah.. Nor, Ana, Jenol, Azhar, Abu Samah, Salha, Aeishah, Rizal dan Yusnita telah datang. Masing2 bukan saja datang membawa keluarga tetapi juga membawa bersama sumbangan untuk menjayakan majlis nie.. Thanks kawan2.. next time kita buat lagi...

Walaupun penat, aku masih boleh tersenyum kepuasan kerana kejayaan pertama aku nie.. aku harap dilain waktu ramai lagi yang akan menyertai kami...

Tuesday, May 25, 2010

Aku Ada Kamu....


Dikala ku kehilangan didalam kegelapan,

Kau suluhkan sinar petunjuk,

Dikala ku kesedihan kau ukirkan senyuman,

Dengan penuh sabar memujuk,

Engkau penyambut tiap kali aku terjatuh,

Andai hari esok langit akan runtuh,

Tabah lah menjunjung bersamaku,

Andai hari esok dunia gelora,

Tak ku gemuruh selagi ku ada kamu,

Dikala aku tak pasti,

Kau tampil dengan berani,

Membimbing agar lebih yakin,

Dan bila hidup penuh soalan kau berikan jawapan,

Melengkap semua kekurangan,

Engkau penyambut tiap kali aku terjatuh

Andai hari esok langit akan runtuh,

Tabah lah menjunjung bersamaku,

Andai hari esok dunia gelora,

Tak ku gemuruh selagi ku ada kamu,

Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu,

Andai hari esok langit akan runtuh,

Tabah lah menjunjung bersamaku,

Andai hari esok dunia gelora,

Tak ku gemuruh selagi ku ada kamu,


Tuesday, May 18, 2010

Perkahwinan Bukan Kerana Nafsu Semata-mata...

6 tahun bukan waktu yang singkat bagi seorang ppuan yang berstatus seperti aku.. dalam masa 6 tahun, macam perkara yang aku telah alami..


Pernah di tuduh cuba merampas suami orang, aku dipanggil dengan panggilan Janda Pasar Malam, rumah sewa aku pernah dipanjat oleh lelaki yang gila seks (benci betul aku gan mamat nie), dikejar suami orang yang mengaku cintakan dan nak kawin dengan aku.. tapi depan bini dia, dia cakap aku yang gilakan dia..

Dicemburui oleh isteri ketua aku kerana takut aku akan mengurat suaminya.. (sampai semua org kampung ditempat aku bekerja bertanya tentang kegatalan aku, melalui cerita yang disebarkan oleh pekerja sekolah). Gangguan2 seksual samada melalui perkataan, jelingan mata, sentuhan secara fizikal (samada cuba menyentuh dan ada yg telah menyentuh aku)

Dipulaukan dan tidak langsung diundang untuk sebarang majlis dan kursus yang membabitkan jabatan aku samada diadakan didalam daerah atau di luar daerah (yang nie aku betul2 terkilan kerana mereka tidak profesional) kalau majlis itu memerlukan pegawai diiringi isteri.. maka nama aku akan dikeluarkan.. takut bini bos aku mengamuklah tu.. dan 1001 lagi perkara yang berkaitan.. sehingga ada diantaranya tak mampu aku ingati..


Tapi sehingga kini aku bersabar kerana bagi aku.. setiap ujian yang Allah turunkan ada hikmahnya..


Baru2 nie, aku dilamar.. aku keliru untuk terima atau tidak. Aku mengaku yang hati aku terusik dengan kehadiran dia.. cuma aku takut.. takut dgn penerimaan mak aku, penerimaan anak2 aku.

Bagi aku.. jika aku berkahwin untuk kali ke2 nie.. biarlah ianya untuk selama2nya.. siapa yang tak mau bahagia?? Tanyalah pada setiap perempuan di dunia nie.. takkan ada seorg pun yang menjawap akan sanggup menjadi Janda..

Perkahwinan aku pada kali jika ianya berlaku bukan hanya untuk diri aku semata2.. ianya mestilah untuk anak2 aku juga..
Aku mencari lelaki yang boleh aku jadikan imam kepada aku dan anak2.. pembimbing kami.. pelindung kami.. dan pemimpin kami.. Anak2 aku rindukan kasih sayang seorg lelaki bergelar ayah.. ayah yang boleh diajak bermain bola diwaktu petang, yang boleh membawa mereka ke masjid pada hari Jumaat, ayah yang boleh mereka diajak berbual tentang perlawanan bolasepak atau badminton yang mereka tonton di TV.. atau ayah yang mereka boleh ajak lawan bergusti diwaktu lapang..

Bagi aku pula.. aku perlukan teman untuk aku berkongsi rasa hati.. teman waktu aku menangis dan ketawa.. teman yang boleh aku jadikan lawan jika mempunyai pendapat yang berbeza.. juga teman yang boleh menjadi pemandu aku sekali sekala.. yang ada waktu aku sakit pening.. yang akan melarang aku membeli sesuatu yang bukan keperluan aku.. eemm... banyak rupanya yang aku impikan...

Tapi apa yang aku kesalkan.. aku dituduh mencari suami hanya untuk melayani nafsu aku.. Aku gila2 nak kawin sebab nafsu aku makin terdesak..

" BAGI AKU INA.. TU SEMUA NAFSU KAU.. KALAU AKU JADI KAU.. AKU AKAN BESARKAN ANAK2 JE.. NAFSU AKU, AKU LETAK NO 2.. TU SEMUA NAFSU DUNIA TU.. NAFSU KAU SEMATA2"

Aku terpana dengan komen ini.. luka dihati aku berdarah lagi.. berdarah bukan kerana ditinggalkan tapi berdarah kerana dituduh sedemikian... Sungguh aku kecewa dengan kenyataan kawan yang aku anggap sebagai SAHABAT aku.. Tuduhan yang dilemparkan kepada aku membuatkan aku berasa seakan2 disimbah dengan air longkang.. kotor, busuk, hitam dan menjijikkan..

6 tahun aku bersabar daripada melayani nafsu aku.. 6 tahun tiada sentuhan dari lelaki yang aku terima.. tiba2 ini yang aku dapat.. agaknya 6 tahun masih tidak mampu membuktikan yang aku seorang yang kebal dari mempertahankan maruah diri aku..

Kalaulah aku jenis perempuan yang mengikut kata nafsuku.. sudah tentu aku tidak memilih untuk bertahan selama 6 tahun. Bukan aku tak pernah di lamar orang.. bukan sekali 2.. tetapi dah banyak kali.. cuma aku tidak melayaninya kerana aku tidak mahu terburu2..

Kalaulah aku jenis perempuan yang mengikut kata nafsu.. buat apa aku kawin?? Bukan susah nak cari lelaki yang boleh aku jadikan bahan santapan.. bukan tiada lelaki yang mengajak aku ke arah "ITU".. sudah tentu boleh saja.. aku kenakan sikit bayaran dan juga.. yang penting aku tak perlu ada komitmen..

Tapi aku masih waras lagi.. aku masih memikirkan tentang dosa dan pahala.. masih memikirkan tentang anak2 aku.. dan paling penting.. aku masih memikirkan tentang mak n adik beradik aku.. Tentu mak akan malu mempunyai anak seperti aku.. abang n akak2 aku akan malu mempunyai adik seperti aku.. Anak2?? tentu sekali akan malu mempunyai umie seperti aku.. dan Allah.. tidakkah aku akan malu nanti untuk berhadapan denganNYA di SANA nanti??

Ya Allah.. Kau Maha Mengetahui apa yang hambaMu ini berdosa ini lalui setiap hari.. Ampunilah aku Ya Allah.. aku bermohon kepadaMU agar diringankan ujian yang Kau berikan ini Ya Allah.. Berikanlah aku keredhaanMU dan jauhkan aku dari siksa Api nerakaMU... sesungguhnya Kau lah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang... Amin...

Bagi aku..perkahwinan bukanlah hanya kerana nafsu semata-mata...

Wednesday, May 12, 2010

Malasnyaaaaa.....

Aduyai... napalah aku berada dalam zon malas sedunia nie???

Sejak 2 menjak nie.. aku cukup malas membaca... mungkin kerana aku dah pasang internet kat umah. Itu yg buatkan aku terlalu malas nak membuka buku... Bukan aku tak baca langsung.. memang aku baca.. cuma mesti tak habis.. separuh-separuh..

Aku beli majalah Jelita keluaran Mei, 2010.. Majalah Intrend, Mei 2010.. Majalah Millenium Muslim... Novel Cinta Sufi.. Kisah Salahudin Al Ayubi..
semuanya tak habis aku baca..

Majalah jelita misalnya.. dah dekat 2 minggu aku letakkan atas almari buku bilik aku..

majalah Intrend dan Millenium Muslim.. aku tak ingat aku letak kat mana??

Cinta Sufi.. memang aku bawa kemana saja buku tu sejak seminggu yg lalu.. Aku usung.. pegi opis.. balik opis.. pegi opis.. balik opis.. letak atas meja opis.. letak sebelah meja komputer aku.. letak sebelah bantal aku (masa nak tido) tapi.. haram aku tak baca... dari aritu aku masuk bab 11.. rasanya dah 2 hari dah masih di bab 11.. tak berganjak2.. aduhai... napalah aku dapat penyakit nie???

Salahudin Al Ayubi... Mana buku nie ek?? Dimanakah letaknya???


Sabtu lepas aku ke Tai Kuang Book Store MP, Melaka.. Aku belikan buku tuk anak2 aku.. aku cuba2 cari buku tuk aku baca.. tapi memandangkan aku tau yg buku tu akan jadi pekasam.. hanya aku simpan didalam almari lepas aku sampul cantik2... baik aku tak yah beli..

Memang.. malas adalah satu virus yang amat2 berbahaya.. Dan aku telah diserang oleh virus tersebut.. Tapi masalahnya.. aku suka plak baca.. suratkabar (makin suka).. aku suka baca blog.. Agaknya lah kan... aku jadi macam nie.. tak nak pegang buku.. sebab aku lebih suka ngadap laptop aku dan membaca bahan yg terpapar dalam skrin. Padahal.. aku tahu.. mata yg rabun nie akan bertambah rabun dan berpinau2 kerana tlalu asik memandang skrin laptop.

Memang aku kena cari ubat nie.. kalu tak virus nie akan terus berkembang dan mekar menjadi barah dan menyerang seluruh jiwa aku..



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails