Friday, April 30, 2010

Ibu.. Engkaulah Ratu Hatiku...

Hujung minggu nie Hari Ibu.. Tarikh sebenarnya aku tak tau.. tapi apa yg aku dengar... setiap tahun, sambutannya pada sabtu minggu pertama bulan Mei.. ntah ye ntah tak?? Bagi aku, hari2 adalah hari ibu.. sebab setiap hari aku akan mgadap mak aku..


Kalau duit lebih.. aku akan bawa makanan tuk dia.. sebab dia selalu je lapar.. dia masak.. jadi apa yg dia masak.. dia tak nak makan.. makan pun sikit je.. jadi aku terpaksalah carikan makanan tuk dia.. kadang2 aku masak gak.. cuma taklah kerap sangat..


Mak.. bagi aku mak adalah segala2nya.. bukan bagi aku saja.. bagi kita semua sebenarnya.. bagi anak2 yang amat menyintai seorang wanita bergelar mak..


Mak hidup susah dari kecil.. membantu arwah atok n atok ppuan aku tuk membesarkan adik2 nya.. Dari kecik dia dah bertanggungjawab menjaga adik2nya.. mak tak sekolah.. tapi dia kenal huruf sebab dia rajin.. walaupun dia tak lancar tapi masih boleh membaca..


Kesusahan hidup memaksa mak untuk membuat kerja2 yg berat.. menoreh... bersawah.. kerja estet.. buat atap rumah dari daun rumbia.. semuanya dia buat.. dengan kerja2 itu lah dia membesarkan kami adik beradik seramai 8 org..


Arwah abah pun cuma bekerja amik upah menjaga kebun cina.. Mak selalu cakap.. yg ada difikiran dia hanyalah untuk mencari duit bagi membeli makanan untuk anak2. Klu hujan malam tu.. dia akan menangis sebab dia risau.. pokok getah basah dan tentu dia tak de duit untuk membeli makanan. Tapi mak bukan jenis yg reti duduk diam..


Bila tiba musim tengkujuh, dia akan bersama2 akak2 aku pegi cari sayur kangkung kat parit dikebun sayur cina.. tak pun pegi cari cendawan tekukur.. pegi tangkap ikan kat sungai.. tangkap banyak2 n wat ikan kering..


Kami 8 beradik membesar didalam kesusahan.. semuanya tiada yg baru.. apa yg masih elok mak akan berikan kepada kami untuk disarungkan kebadan bagi menutup kulit yg dipenuhi panau dan bersisik dengan daki.

Aku?? hanya lebihan baju yg dah buruk aku pakai.. getah di pinggang yg dah tak mampu nak mencengkam dan aku ikatkan dengan tali rafia. aku tak pernah berseluar dalam (malu) sebab aku selalu pakai seluar pendek (sebab tu kaki aku tak cantik sebab byk bekas gigitan nyamuk dan kudis) Baju dalam?? baju dalam pertama aku hanya lepas aku berusia 14 tahun (aku pki t-shirt didalam baju sebab nak lindungi dada yg telah membesar) puas kena ejek gan rakan2.. Tapi aku bangga sebab aku beli baju dalam yg berharga RM1.20 dipasar malam dengan duit aku sendiri hasil jualan biji getah dan buah pinang.

Aku tak nak bebankan mak.. sebab aku lihat, baju mak pun tak pernah berganti..
Aku kesal kerana aku tinggalkan mak lepas aku berkahwin.. aku lupakan dia, aku marah dan merajuk dengan sikap mak yang tidak 100% merestui perkahwinan aku..

Benarlah seperti yang dikatakan, perkahwinan tanpa restu tidak akan bahagia.. dan aku ditinggalkan bersama 3 permata.. kerana dia memburu cinta dan kesenangan. Aku yg tidak bekerja, kurus kering(mak cakap macam rangka hidup) dan berwajah penuh dengan kekusutan ditinggalkan BODOH... Ditinggalkan BODOH oleh lelaki yang hanya mementingkan diri sendiri.. Meninggalkan anak2 yang masih memerlukan perhatian. (Adib pernah lari dan menangis dibelakang pintu bilik kerana kecewa melihat lelaki itu pergi, Lyana merayau malam2 mencari lengan yang selalu menjadi bantalnya dan Dani yang menampal gambar muka lelaki itu di gambar kami kerana Dani tak jumpa dan tiada gambar dia bersama lelaki tu)

Tapi... Mak.. mak yang selama ini aku marah dan sakit hati.. telah datang mengambil aku.. mengutip aku yang telah dibuang seperti sampah.. meletakkan aku ditempat yang selesa.. dibasuh dan dirawat hati, perasaan dan tubuh badan aku dengan kasih sayang, dengan cintanya yang tidak pernah berkurang..

Duit, semangat.. kasih sayang.. semuanya diberikan pada kami 4 beranak.. Alhamdulillah.. dengan keyakinan, semangat dan cintanya.. aku berjaya menempuh dugaan dari Allah.. Aku berjaya berada dimana aku berada sekarang.. Rezeki Allah ada dimana2.. dengan rezeki anak2 yang Allah telah turunkan melalui aku, aku mampu memiliki apa yang aku miliki sekarang. Aku mampu berkereta dan bakal memiliki rumah sendiri.
Semuanya kerana Mak..

Mak.. ampun dosa anakmu yang derhaka ini mak.. Halalkanlah susu dan makanan yang telah kau suapkan kedalam mulut anakmu yang telah banyak melukakan hatimu.. Aku tidak berdaya untuk melangkah keluar dan berhadapan dengan masyarakat dengan status ku ini.. tapi keyakinan yang kau tiupkan didalam jiwaku telah membuatkan aku semakin berani menghadapi jelingan dan umpatan.

Mak.. Jika aku mampu memberikan kau segunung berlian.. sudah tentu aku akan persembahkan dihadapanmu.. Aku tidak berdaya, hanya kasih sayang, perhatian dan doa saja yang mampu aku berikan.

Ya Allah.. Kau selamatkan lah ibuku, Kau berilah keredhaan kepadanya dan tempatkanlah di syurgaMu.

Ya Allah.. Kau ampunilah dosa2nya, kau kasihanilah dia seperti mana dia mengasihani aku, hamba Mu yang lemah ini.

Amin.. Ya Rabbal Alamin...

Wednesday, April 28, 2010

Cerita Katak Yang Pekak...

Pada suatu hari ada segerombolan katak-katak kecil,...… yang berlumba lari.

Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi. Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan dan memberi semangat kepada para peserta....

Perlumbaan dimulai... Secara jujur: Tak satupun penonton benar2 percaya bahwa katak2 kecil akan mencapai puncak menara.

Terdengar suara: "Oh, jalannya terlalu sukar!! Mereka TIDAK AKAN sampai ke puncak." atau:
"Tidak ada kesempatan untuk berhasil...Menaranya terlalu tinggi...!!

Katak2 kecil mulai berjatuhan. Satu persatu... ... Kecuali mereka yang tetap semangat menaiki menara perlahan- lahan semakin tinggi...dan semakin tinggi..

Penonton terus bersorak "Terlalu sukar!!! Tak seorangpun akan berjaya!" Lebih banyak lagi katak kecil lelah dan menyerah......

Tapi ada SATU yang melanjutkan hingga semakin tinggi dan tinggi... Dia tak akan menyerah! Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara. Kecuali satu katak kecil yang telah berusaha keras menjadi satu-satunya yang berhasil mencapai puncak!

SEMUA katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini boleh melakukannya? Seorang peserta bertanya bagaimana cara katak yang berhasil menemukan kekuatan untuk mencapai tujuan? Ternyata... Katak yang menjadi pemenang itu PEKAK!!!!

Kata bijak dari cerita ini adalah:
Jangan dengar orang lain yang mempunyai kecenderungan negatif ataupun pesimis... …kerana mereka mengambil sebagian besar mimpimu dan menjauhkannya darimu. Selalu fikirkan kata2 bertuah yang ada. Kerana segala sesuatu yang kamu dengar dan kamu baca boleh mempengaruhi perilakumu!

Kerana itu: Tetaplah selalu.... POSITIVE!

Dan yang terpenting: Buat PEKAK jika orang berkata kepadamu bahwa KAMU tidak bisa menggapai cita-citamu!

Selalulah berfikir: I can do this!

Kirim pesanan ini kepada temanmu. Berikan mereka motivasi!!! Kerana teman yang baik adalah teman yang saling memberi motivasi satu sama lain.

Ketahui Nombor Diri...

Assalammualaikum...
Dah beberapa kali dalam bulan nie.. aku hanya post lirik2 lagu yg menyentuh hati aku.. Semuanya kerana aku merasa hati aku tidak tenteram pada bulan nie.. Pernah satu malam (Jumaat malam sabtu lepas) aku mendapat satu kejutan.. Aku tak bleh tido.. hati menjadi sayu (aku menangis je), berdebar2.. bulu roma berdiri.. tapi selepas aku serahkan diri aku pada Allah.. Alhamdulillah.. aku kembali normal..
Ok.. aku sebenarnya ada 1 artikel yg aku amik dari Blog Teratak Maya Tempat Ku Lepak..harizamy… aku percaya penulis ini sendiri mendapatkan artikel ini dari saluran yang betul.. Jadi aku terfikir untuk dikongsi kan dengan rakan2 aku yg sudi menjengah ke blog aku nie..
Cuma peringatan untuk anda semua.. kita hanya jadikan ini sebagai pengetahuan.. Allah juga yg mengetahui..

1 – Satu.
Lambang keunggulan Tuhan. Nombor kemakmuran, keutuhan diri, kekuatan, keberanian dan kekuasaan.Rumah bernombor 1 akan sentiasa makmur. Tetamu suka datang kerana suasana yang tenteram, damai dan tenang.Kalau orang yang bernaung di bawah nombor ini, dia seorang yang berani. Mempunyai pendirian yang kukuh, memiliki kekuatan fizikal dan mental.

2 – Dua
Nombor ini bersifat pasangan seperti sejuk lawannya panas. Ia simbol pengesahan, penyaksian, perkaitan, syarat menemukan jawapan semula jadi dan jodoh.Menurut Prof. Dr. Norhisham, bagi seseorang yang sukar mendapat jodoh, berlindunglah di bawah nombor ini. Tidak perlu jumpa dukun atau mandi dibawah jambatan, cukup sekadar mengingati nombor itu.
Untuk lebih mudah, ambil segelas air sejuk mentah atau air kelapa, lebih elok air zam-zam. Tuliskan nombor 2 di luar gelas, memadai menggunakan hujung jari. Kemudian minum, ingat nombor itu dan niatkan dalam hati untuk mendapat pasangan.“Lakukan tujuh kali atau tujuh hari berturut-turut. Insya-Allah….tak sampai sebulan pasangan yang sesuai akan diperoleh,” tambahnya lagi.

3 – Tiga
Rahsia akal, bijaksana, keceriaan, kesuburan, keseimbangan, pembalasan dan penindasan.Bernaung di bawah nombor ini menjadikan anda seorang yang pintar dan bijaksana. Biasanya apabila hendak melakukan sesuatu pekerjaan akal akan berkata-kata sama ada ia baik atau buruk.Boleh menjadi pencipta yang baik tetapi bermula dengan kemusnahan. Setelah melalui beberapa kegagalan baru menikmati kejayaan. Tapi kalau putus asa, habislah.
Mudah memiliki sesuatu kekayaan, benda, rumah, kereta atau apa sahaja tetapi mudah pula melepaskannya.Pintar menyelesaikan setiap masalah walaupun terlalu rumit. Seorang yang subur, mempunyai anak ramai dan ibu bapa yang baik. Paling penting mereka ini awet muda.

4 – Empat
Nombor ini membawa simbol rupa bentuk, kesempurnaan, kemantapan kedudukan, kewangan dan kehidupan. Lambang kekuasaan, kestabilan dan lengkap. Ia stabil dan tidak mudah di ganggu-gugat atau dipengaruhi.Kekuatan mereka yang bernombor 4 ialah mampu melihat melalui daya imaginasi. Agakan mereka selalunya tepat dan kalau merancang, insha-Allah berhasil. Ramai arkitek, jurutera dan pereka-pereka bernaung di bawah nombor ini.

5 – Lima
Simbol kreatif, intelek, mampu mempengaruhi, pemikir, bijaksana, pengkritik dan tahap intelekual yang tinggi.Kalau menjadi hakim, dia akan laksanakan tugas dengan bijaksana dan dapat menyelesaikan segala masalah, perbalahan, kerumitan dan kesusahan.Kekuatannya adalah pada kata-kata. Mampu mempengaruhi orang lain membuat keputusan. Pandai memujuk, merayu supaya pertelingkahan dapat dileraikan.Jika anda tidak mampu membuat keputusan, ingatkan 5, nescaya mudah semuanya.

6 – Enam
Hati-hati dengan 6 jika anda lemah semangat, jangan gunakannya kerana syaitan dan iblis mudah merasuk.666 adalah lambang syaitan – gandaan kelemahan bagi mereka yang lemah semangat. Tetapi 6666 pula adalah kekuatan dan kesempurnaan kerana ia adalah bilangan ayat al-Quran.Kalau nombor peribadi anda 6, anda suka meramal dan boleh meramal dengan tepat. Mulut masin. Suka pada benda ghaib, boleh melihat dan menembusi alam ghaib.
Bagi yang belum kahwin tetapi sudah mempunyai pasangan atau idaman hati cubalah ingatkan 6 dan niatkan pada air seperti nombor 2. Percayalah tidak sampai sebulan niat akan terlaksana.

7 – Tujuh
Inilah nombor paling baik. Selain itu ia juga lambang pembalasan, memerintah, membangkitkan tenaga dalaman, pelindung, pemusnah dan penghalau hantu.Insha-Allah doa mereka dimakbulkan jika mengulangi 7 kali. Mereka juga bersifat melindungi dan mampu memerintah dengan baik. Nombor ini digunakan untuk menghalau hantu yang meresap di dalam badan.Caranya mudah – palitkan nombor 7 dengan menggunakan kapur di tempat yang sakit. Ia hanya mujarab dilakukan pada malam 13, 14 dan 15 (bulan penuh). Ataupun pelindung ibu yang sedang sakit bersalin daripada dimasuki iblis.

8 –Lapan
Orang Cina cukup suka nombor ini. Kebanyakan mereka sanggup bayar berpuluh ribu ringgit untuk mendpatkannya – untuk plat kereta atau rumah. Memanglah nombor itu mendorong ke arah menjadi semakin kaya tetapi sampai satu tahap jatuh bankrap.Sebabnya…. kerana mereka tidak tahu 8 sebenarnya bermaksud penamat kehidupan. Bagaimanapun nombor ini memang baik jika tahu rahsianya iaitu ia mendorong ke arah kekayaan, kemantapan, kehidupan, keadilan, sempurna, lengkap dan akhirnya kematian.Jika anda tidak tahu rahsia 8, jangan sesekali cuba menggunakannya. Dari segi sains oksigen terletak dalam atom 8. Sebab itulah jika tidak cukup oksigen orang akan mati.

9 – Sembilan
NOMBOR ini lambang kebenaran. Kerana itu polis menggunakan 999? Ia juga lambang tenaga yang kuat. Sebab itulah ia disimbolkan sebagai perjuangan, kepahlawanan, peperangan dan pertikaian. Bagaimanapun mereka yang bernaung di bawahnya mudah terlanjur dalam perbuatan dan percakapan atau suka lepas cakap.Tapi, jangan bimbang….walaupun mudah terlanjur tetapi anda seorang yang cukup sempurna dalam hal ilmu keduniaan. Nombor ini boleh digunakan untuk mencari semula barang yang hilang. Ingat nombor 9, barang yang hilang akan jumpa semula, jika tersalah simpan!

10 - 0
Simbol keabdian Yang Mencipta, Maha Kuasa. Kebesaran yang tidak dapat diukur dengan apa sekali pun. Tidak ada permulaan dan tidak ada pengakhiran – tiada penamat. Ia sentiasa akan berlingkar dalam pusingan yang sama tanpa ada titik akhir.Satu nombor yang cukup kuat, tidak mampu dikalahkan oleh segala ilmu yang ada. Tidak ada orang bernung dibawahnya. Hanya Pencipta memilikinya.

Menurut Prof. Dr. Norhisham, mengetahui nombor peribadi penting kerana melaluinya kita dapat mengenal diri. Hidup akan lebih teratur, sentiasa berwaspada ketika membuat perhitungan dan insha-Allah… tidak wujud penyesalan.Kita tidak perlu mencari Tok Piah, Kam tukang tilik, minyak cenduai Batin Yat atau bertemu bomoh fotostat bagi mencari barang hilang.
Anda mampu meramal masa depan sendiri, menghalau hantu, mencari pasangan dan mendapat kekayaan.Semuanya akan menjadi nyata kalau anda tahu apa rahsia nombor peribadi anda. Nak tahu nombor peribadi?
Formula secara ringkasnya: Campurkan tarikh lahir anda. Misalnya 12-12-1969à 1+2+1+2+1+9+6+9 = 31 ( 3+1=4) Jadi nombor peribadi anda adalah 4.Tetapi itu bukanlah perkiraan yang tepat. Ia hanya anggarankasar sahaja. Ujian secara rohani diperlukan kerana hanya kita yang tahu rahsia sendiri.

Saturday, April 24, 2010

KAU YANG SATU

Kaulah Yang Maha Esa,
Kaulah Yang Maha Pengasih,
Kaulah Yang Maha Penyayang,
Tiada hidup tanpaMu,
Kaulah Yang Maha Agung,
Kaulah Yang Maha Mengetahui,
Tuhan dunia akhirat,
Tiada aku tanpaMu,
Bilaku rasa pilu,
Bilaku rasa resah,
Bilaku kekosongan,
Kau tempatku mengadu,
OH Tuhan yang satu,
Engkaulah Tuhan yang satu,
Segala puji-pujianku,
Tujukan padaMU..padaMU,
Dan hidup dan matiku hanyalah,
UntukMu..untukMu...untukMU

Monday, April 19, 2010

Gelombang....

Nasibku dirundung malang,
Sederas gelombang,
Menghempas di pantai,
Semalam aku ternoda,
Dalam sinar cahaya di jendela,
Tiada esok lagi,
Gelap masa depan,
Sinar hidup ini tiada erti,
Hidupku seperti badai,
Tak henti gelora,
Musnahlah segala,
Perasaan dan harapan,
Untuk hari esok tiada lagi,
Oh Tuhanku,
KepadaMu ku pohon ampun doa restu,
Lindungilah daku yang tidak berdaya,
Di bumiMu ini

Thursday, April 15, 2010

Skuad Sinar FM Ford Escape...15 April, 2010

Assalammualaikum....


Semalam.. aku pegi muo.. Aku pegi nak beli kosmetik yang kawan aku order.. kebetulan.. on the way balik.. terserempak dengan Skuad Sinar FM Ford Ascape.. ada 2 keta.. ramai org yang mengerumuni keta tu.. aku n wawa pun tumpang sekaki.. cuba juga angkat tangan nak jawab soalan.. tapi tak dipilih pun...


Bukan susah pun soalannya...

1. Siapa DJ Sinar yang ramai isteri?? hehehe.. sudah tentulah Salih Yaacob (idola ramai lelaki)..

2.. Siapa DJ Sinar yang bersiaran dari jam 2- 6 petang?? DJ Zaidi Zainal... (soalannya aku tak pasti sebab tak berapa dengo.. tapi lbh kurang camtulah soalannya)

3. Siapakah DJ sinar yang berasal dari negeri Johor... Najman, Abby, Zaidi Zainal.. yang lain2 aku tak tau.. hehehe.. tapi Krill (pojaan atiku) dari Negeri Sembilan...


Aku beria2 angkat tangan.. siap melompat2 lagi.. (sampai kena gelak gan brader yg duduk kat belakang aku) tapi haremm... hehehe..


Sabtu Ahad nie ada karnival Bank Rakyat bersama Sinar FM di Tanjung Mas, Muar.. Pagi Ahad, aku dah janji gan Akak Zah, Akak Nor dan Akak Limah nak berkelah kat sana.. janji kul 8 pagi dah ada kat Tanjung.. bestnya... Tak sabar2 nak jumpa member2.. lama dah tak jumpa.. rindu sangat nak bergosip-gosipan.. hehehe...
Saya.. saya.. saya...

Agen nak kasi majalah.... wawa (tuding hijau) tension je sebab tak tau jawapan.. sapa soh tak dengar Sinar...

Cinta Tak Berganti...



Biarkanlah resah sayang,
Sukar ku lalui,
Buat ku berduka,
Kenangkanlah oh semalam,
Walau cinta dikunci,
Janji tak ku lupa,
Tak daya ku halangi,
Tak ku cuba jauhi,
Tetap di sini,
Terus menanti,
Ikrar kita mengharungi badai sakti,
Mencari sinar kasih suci,
Walaupun nafas ku ini pasti terhenti,
Jangan pula ada sangsi lubuk hati,
Percaya cinta tiada ganti,
Kau yang ku cari,
Kaulah kasih ke akhir hayat nanti

Saturday, April 3, 2010

Lagi Dugaan DariNYA..

Salam..
Coretan kedua tuk hari ini.. Bukan apa.. tengah dapat berehat nie.. rehatlah betul2...
Malam selasa lepas, dalam pukul 1 pagi, Lyana kejutkan aku dari tido.. Dia soh aku rasa dahi dia.. panas sangat.. tapi aku tak tau napa aku tak bertindak apa2.. aku tido semula dan biarkan dia sorang2 sakit (bila ingatkan balik perbuatan aku tu malam tu aku kesal sangat dan kalu apa2 terjadi malam tu pada dia memang aku takkan maafkan diri aku.) Dalam kul 2 pagi dia kejutkan aku lagi n cakap nak muntah.. Waktu tu barulah aku betul2 tersedar yang anak aku sakit. Aku bangun. Lepas muntah aku bagi Lyana minum air, makan roti sekeping n makan panadol sebiji. Malam tu aku jaga dia, aku basahkan tuala dan lapkan kebadan dan dahinya.
Lepas balik keje aku bawa dia keklinik.. makan ubat dia muntah.. aku kasi lagi ubat.. muntah lagi.. panas masih tak surut.. last2 aku bawa dia ke Klinik Kesihatan. Dapat ubat.. lepas makan barulah dia ok.. Malam tu aku masih tak tido sebab menjaga dia..
Pagi2 aku bangun buatkan dia bubur.. Lyana dapat MC 2 hari.. Keadaan dia hari ini dia makin baik.. cuma masih batuk2.. Makin kurus anak aku sebab tak nak makan..
Jumaat (02 April, 2010) aku pegi jemputan Majlis Maulidur Rasul dan Hari Anugerah Cemerlang SRA Lughatul Arabiah. Sek Agama Lyana, Adib dan Dani. Majlis start jam 3.00 petang dan aku sampai sekolah pada pukul 3.20 petang. Tetamu masih ramai yang belum datang. Tengah aku berjalan menuju kedewan.. dengan langkah bak model..
hehehe.. tetiba aku terpijak lubang yg dalam.. kat koridor sek tu.. aduyai.. malunya... kaki aku terseliuh.. tapak tangan dan lutut luka dan berdarah... aku bangun.. malu tak usah cite.. tapi yg paling aku terasa.. sakit yang amat2.. aku masih bleh melangkah.. Rasa nak balik je.. tapi memandangkan yang Adib akan dapat naik pentas tuk mengambil hadiah.. aku sabarkan hati.. Aku duduk tak bergerak2..
Selesai Majlis.. aku balik.. memandu dalam keadaan kaki yang sakit.. menambahkan kesakitan.. sampai kat umah.. aku dah tak bleh tahan.. aku cari minyak panas.. memang kaki aku makin membengkak dan sakit.. nak bergerak pun tak bleh...
Badan aku dah mengigil.. malam, lepas maghrib, akak ana bawa aku ke Klinik Kesihatan.. Doktor soh aku ke Hospital Besar Tangkak untuk X-Ray.. aduh.. aku dah seram sejuk.. lagi dah sakit.. nak kesana n kemari.. nak melangkah pun tak larat.. nasib baik ada wawa n akak ana.. diorg yang memimpin aku..
Yang aku syok masa kat Hospital.. aku duduk atas kerusi roda.. n ada org tolak aku.. hehehe.. bestnya...

Dalam Ambulan nak pegi X-Ray.. posing sikit.. sambil menahan sakit..
Mak aiii.. beso tu...

Bila dapat keputusan X-Ray.. semuanya ok.. tak de yang patah atau retak.. aku cuma terseliuh.. dioarg kasi aku ubat dan balut kaki aku.. balik umah.. semalaman aku tak bleh tido.. sakitnya.. bisa2.. walaupun aku dah makan ubat tahan sakit.. last2 aku buka bandage tu.. baru lega.. sampai kepagi baru aku bleh tido.. Alhamdulillah.. aku mampu bergerak dan dapatlah aku basuh baju yang dah seminggu tak berusik.. hehehe..
Hari nie keadaan bertambah baik dan aku main selesa...

Syukur.. Allah bagi aku ujian kerana Dia tau aku mampu menghadapinya.. juga sebagai peringatan pada aku untuk sentiasa mengingati NYA... maknanya DIA masih sayangkan aku...
Amin....

Jumaat Yang Penuh Dengan Emosi....

Assalammualaikum...
Malasnya aku nak update blog nie.. walaupun banyak cite yang aku nak kongsikan dengan kawan2 semua.. Sebenarnya, aku bukan malas sangat.. tapi masa tu kureng...
Sibuk gan anak2 lagi.. keje lagi (taklah bz sangat).. rumah lagi.. tapi yelah.. aku kena lebihkan masa tuk anak2 aku.. klu ada masa tuk berehat pun.. aku lebih suka duduk2, baring2 mengadap TV..
Kali nie.. aku nak cite ttg hari jumaat (sebenarnya tiap2 jumaat) yang bagi aku penuh dengan emosi.. Sejak dari mula Dani n Adib bersunat, wajib bagi mereka utk bersolat Jumaat dimasjid.. jadi setiap hari Jumaat adalah yang aku terpaksa korbankan masa rehat aku tuk tido (tengahari) bagi menghantar anak2 ke Masjid.. bukan jauh sangat pun Masjid Tangkak nie.. tapi masalahnya.. yang buat lambat adalah traffic light yang makan masa dalam 5-10 min klu nak tukar dari kaler merah ke kaler hijau.. itupun klu sempat.. dapatlah aku lepas.. klu keta beratur panjang.. alamat.. mau kena tunggu 2nd round...
Emosi bagi aku bukan apa sebenarnya.. aku sedih bila setiap kali aku hantar Adib n Dani.. Adib akan pegang tangan Dani (ikut pesanan aku soh jaga Dani baik2) n bawa Dani kedalam masjid.. Aku perhatikan dia dari jauh.. dari tempat parking. Masa inilah airmata aku akan mengalir.. satu perasaan yg cukup sebak, sayu dan sedih bila melihat anak2 lelaki aku yg masih kecil berdikari dlm menunaikan tanggungjawab pada agama.. Dani masih tak begitu faham ttg tjawab tu. Tapi tidak bagi Adib.. dia memang seorang kanak2 lelaki yang begitu bertanggungjawab dalam melaksanakan perintah Allah dan juga melunaskan amanah yang aku berikan untuk menjaga Dani sepanjang berada di Masjid.
Yang buatkan aku sedih bila kadang2 aku lihat, ada kanak2 lain yang datang bersama ayah masing2.. Dani akan perhatikan budak2 tu berpegangan tangan dengan ayah mereka.. waktu itulah aku akan jadi sebak..
Apapun aku bersyukur kerana Adib mampu memikul amanah yang aku berikan.. Moga Allah juga akan memberkati, meredhai dan menempatkan Adib, Dani dan Lyana di Syurga NYA...
Malam khamis (01 April, 2010) lepas aku terkejut dengan perilaku Dani.. Dani diminta untuk membawa gambar keluarga kesekolah. Aku tengok di sibuk sangat membongkar Album2 lama didalam tempat buku.. mula2 aku nak marah juga, tapi aku diamkan.. kemudian bila dia dah tak dapat cari apa yg dia nak, dia angkat semua album dan soh aku pilih gambar keluarga.
Aku pilih gambar masa raya.. cantik pic tu.. apa yang mengejutkan aku.. dani keluarkan gambar babah dia yang lama. Dia minta aku guntingkan kat bahagian badan dan tampalkan gambar tu didalam gambar kami berempat.. Aku tak kasi tapi jawapan dia.. " NANTI KLU KAWAN2 KITA TANYA MANA BABAH , APA KITA NAK JAWAP?" " KITA MALU NANTI SEBAB DALAM GAMBAR KAWAN2 KITA SEMUA ADA AYAH, KITA JE TAK DE."
Kelu lidah aku.. aku cakap dengan dia.. adik watlah apa nak buat.. umi tak kisah...
Aduyai Dani.. apalagi yang umie dapat buat tuk Dani?? Serba salah aku.. Rupanya aku tak mampu nak jadi ibu dan ayah dalam satu masa.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails